Saturday

Kenangan Dibawa Hingga ke Syurga | BEST AWARD OF MEMORIES

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته  ,wazzup All reader!pasti semua reader di sini ada kenangan tersendiri ..saat indah ❤ bersama orang tercinta,dirindui,musuh,crush,xgf,Wawa Zainal ,dll? Entri ini  juga termasuk kenangan 'Aku' di blog ini,dan Blog www.hantuwriter.blogspot.com  ada kenangan tersendiri yang aku takkan lupakan.Sebenarnya,ada sejuta satu kisah di sebalik blog ini.Ayat-ayat Pasrah~Aku ada suatu topik yang menarik dan misteri untuk dikongsikan bersama.Harap dapat dikongsikan  rakan-rakan yang lain juga.





Adakah selepas hembusan nafas terakhir kita lupa semua kenangan?.Adakah saat kita dibangkitkan di akhirat,kita lupa segala kenangan yang pernah mewarnai diri???Jika Anda kata 'YA!',bermakna Anda di akhirat kelak, lupa orang yang pernah anda jumpa dan sayangi !Jika Anda kata 'TIDAK!' maka Anda bersama denga jawaban Saya.Maha Suci Allah yang menciptakan manusia~  (◠‿◠)

Kenangan itu terlalu berharga, tak dapat dibayar mahupun dengan segunung emas dan permata.mengajar kita. Dan kenangan itu sendiri yang sering sangat berada dalam kotak fikiran kita mahupun menyimpan maklumat yang lebih kekal berbanding otak iaitu dikenali sebagai  ganglia cells dalam Qalbu.Wooiii,teringat xbf,xgf,bekas tunang, ka?!Macam tak dak kenangan lain pulak dengan rakan-rakan,keluarga,Cikgu,dll...hehehhe,Jk,.

Ada juga yang berkata sesetengah orang sanggup hidup dalam kenangan sepanjang hayatnya. Maksud di sini adalah, ada sesetengah orang rela menghabiskan hidupnya semata untuk suatu kenangan yang baginya terlalu indah di dalam hayatnya. Umpama William Shakespears, hidupnya seolah-olah hanya diabadikan untuk berkarya dan seolah-olah hanya hidup dalam dunia khayalan rekaannya semata. Bahagiakah jika hidup begini? Hidup terpuruk dalam ruang lingkup ciptaan sendiri.



   

Umar bin Al-Khattab,diiukuti oleh Imam Ahamad pernah berkata:


"Pasangan-pasangan mereka adalah orang-orang yang sejenis dan serupa dengan mereka."

Allah S.W.T. berfirman; "...dan apabila roh-roh dipertemukan...''(Surah At-Takwir:7)

Iaitu,tatkala setiap orang yang beramal dipertemukan dengan yang serupa dan sesuai dengannya.Antara dua orang yang saling mencintai di jalan Allah akan saling dipertemukan di syurga.Antara dua orang yang saling mencintai di jalan syaitan juga dipertemukan di neraka Al-Jahim.

Di dalam kitab Shahih Al-Hakim dan yang lainnya disebutkan:


"Setiap kali seseorang itu mencintai orang tertentu,pasti ia akan dipertemukannya(pada hari kiamat)."

Yang paling Mulia dan paling Utama adalah cinta di jalan Allah dan cinta kerana Allah.Cinta ini akan mendorong untuk mencintainya apa sahaja yang dicintai oleh Allah,dan seterusnya mencintai Allah dan Rasul-Nya.Tanamkanlah  dalam diri Kemanisan Iman.



                                                       credit; eidae  :)
Kenangan adalah sesuatu yang masih ataupun selalu ada didalam ingatan dan fikiran seseorang dari sesuatu yang terjadi pada masa lalu, apakah itu sebuah kisah, kejadian mahupun sesuatu yang pernah dijalani dan dialami oleh seseorang manusia . setiap kenangan akan membuat diri seseorang mengingat suatu yang ia alami di masa lalu yang terkadang membuatnya terbawa pada ingatan yang terbayang dalam fikirannya tentang suatu kisah ataupun kejadian. 

 Antara nas al-Quran bahawa kenangan dibawa hingga ke syurga;



Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya  dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
(Al-Baqarah 2:25) | <Embed> | English Translation 




Dalam mentafsir surah Al-Baqarah ayat 25,terdapat dua pendapat dalam masalah ini dan mereka ada hujah-hujah tersendiri.Beberapa ulama seperti Ibnu Jarir cenderung men-tarjih(mengkuatkan) pendapat pertama dan berdebat dengan beberapa hujah...Tapi bukanlah aku nak bahaskan panjang lebar mengenai bab ini -_-' ...lari tajuk asal laa..

ayat 25, al-Baqarah  juga menunjukkan bahawa ahli syurga,beliau teringat kembali buah tersebut hampir mirip dengan yang pernah ada di bumi .Namun tidaklah sama rasanya..

Kelompok lain termasuk Ibnu Mas'ud,Ibnu Abbas dan beberapa sahabat Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa buah-buahan di syurga warnanya hampir sama namun berbeza cita rasanya.

Kata Mujahid,"Buah-buahan sama warnanya tetapi tidak sama rasanya".Rabi' bin Anas juga mengatakan hal yang sama.



                                                                               gambar sekadar hiasan  


Tirmidzi berkata bahawa berkata kepada kami Hannad yang berkata bahawa berkata kepada kami Muhammad bin Fudhail dari Atha' bin Saib dari Muharib bin Datsar dari Abdullah bin Umar r.a yang berkata Rasulullah S.A.W bersabda:

"Al-Kautsar adalah sungai di syurga .Kedua-dua tepinya dari emas.Saluran airnya adalah mutiara dan intan berlian.Tanahnya lebih wangi daripada kasturi.Airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih dari ais."(Diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah.Kata Tirmidzi,hadis ini hasan sahih)

Dalam Sahih Bukhari hadis dari Hammam dari Qatadah dari Anas r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda"

"Ketika aku berjalan dalam syurga,kebetulan aku bertemu dengan sebuah sungai,kedua-kedua tepinya kubah mutiara yang terlubang di dalamnya.

"Aku bertanya, 'Apakah ini Jibril.' Jawabnya,Inilah sungai Kautsar yang diberikan Tuhan kepadamu,sedang baunya bagai kasturi yang harum semerbak."


Reader-reader yang dikasihi,Kita yakin dan percaya kata-kata Rasulullah S.A.W berdasarkan hadis yang Sahih!Kelak dapat merasai sendiri jika seseorang  berada dalam syurga..Dengan erti kata lain,seseorang akan teringat apa yang pernah digambarkan keadaan dan suasana di syurga yang diceritakan melalui hadis dan al-Quran..Saat itu,seseorang dapat membezakan dan dapat memberi perbandingan sendiri~

"Al-Kautsar adalah sungai di syurga .Kedua-dua tepinya dari emas.Saluran airnya adalah mutiara dan intan berlian.Tanahnya lebih wangi daripada kasturi.Airnya lebih manis daripada madu dan lebih putih dari ais."(Diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah.Kata Tirmidzi,hadis ini hasan sahih)




Jika anda ingin membezakan sesuatu,mestilah anda mengenal,merasai dan melaluinya..Tak kenal maka tak cinta,Tak cinta maka tak Kawin..example ; my xgf the last stand more better dari yang sebelumnya;Rasa garam adalah masin,rasa gula adalah manis ..;Babi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Dari segi aroma terdapat sedikit perbezaan kerana daging babi mempunya aroma tersendiri manakala daging lembu berbau lebih hanyir. Dari segi aroma inilah, perkara paling penting untuk kita membezakannya, kerana walaupun warnanya sudah di tukar dan dicampur kedua dua daging ini, namun aromanya tetap boleh membezakan kedua dua daging ini.LOL!  




carian anda:memori alam roh,memori alam barzakh,kenangan di syurga,tafsir ayat surah albaqarah ayat 25,

sekian ,

Ada yang anda ingin tambahkan? (─‿‿─)    
 





 

Read more ...

Monday

Puisi Cinta Atom

yang amik subjek kimia,mesti taw an ^^


Ketika kumampu tunjukkan elektron hati di permukaan
Kaucampakkan diriku seolah tak berarti bagimu
Kucoba bangun diriku seperti bola
Namun kau tetap mengganti diriku dengan yang lain


Rutherford nama kekasih barumu
Menggantikan aku, Thomson yang manis sepertiroti kismis
Kau pikir apa istimewanya dia
Tak mampu jelaskan mengapa elektron cintanya tak jatuh ke
Inti hatimu


Bukankah lebih baik kau pergi dan mencintaiku lagi
Mengapa kau malah berpindah ke orbit cinta Neils Bohr
Apa istimewanya dia dariku, kulitnya yang bersimbol K, L, M?
Padahal elektron hatinya tak kukuh dan sering tereksitasi


Namun kini setelah kurenungkan
Tak ada gunanya cintaku di persimpangan
Meski kita mirip sifatnya, namun hati kita tetaplah berisotop
Tak mungkin netral, karena neutron cinta kit berbeda


Biarlah kini kusepi di penitian
Menunggu suatu saat kau akan berisoton denganku
Meski elektron dan proton hati kita berbeda
Namun, neutron hati kita netral dan tak tergoyahkan



Posted By sm4rtcroz 
Read more ...

Sunday

[HADIS PALSU] Mala’ikat Melihat 70 Kali Sehari


 


1- Telah tersebar suatu hadis palsu di Internet berbunyi:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.”

2- Ibnu `Iraq Al-Kananiy menyebut hadis ini dalam Tanzih Asy-Syari`ah (2/375) dan Muhammad bin Tahir Al-Fataniy menyebut dalam Tazkiratu l-Mawdhu`at (1/214). Kedua-dua kitab ini ialah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis mawdhu` (rekaan).

3- Hadis ini juga disebutkan dalam Musnad Al-Firdaws oleh Ad-Daylamiy (no. 894). Kitab ini ialah himpunan hadis dha`if dan mawdhu`.

4- Menyebarkan hadis palsu ini ialah suatu pendustaan ke atas Nabi.

WaLlahu a`lam.

Read more ...

Saturday

Kisah Pengantin Mati Ketika Sujud Dalam Solat

Ini merupakan sebuah kisah bagaimana seorang mujahadah yang meninggal dunia pada hari perkahwinannya dalam keadaan sujud dalam solat! Subhanallah! Kisah Best ingin mengingatkan para pembaca agar sentiasa mendahulukan Allah dalam apa kerja yang sedang dilakukan. Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Mari kita susuri kisah yang hebat ini.
Gambar hiasan: Wanita muslimah memakaikan busana perkahwinan.
Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”
Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.
Kemudian dia, di waktu sedang dalam keadaan pengantin, memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!
Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?
Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

Sumber: Myberita
Read more ...

Kuda Berbulu Emas Yang Unik (5 Foto)

Kuda Berbulu Emas Yang Unik (5 Foto)

| July 2, 2013 | 1 Comment
Luar Biasa! Kuda Berbulu Emas Yang Unik (5 Foto) | Kuda antara haiwan yang boleh dianggap mahal dan bernilai bagi sesetengah orang. Oleh kerana itulah, tidak semua orang mampu memilikinya. Kita juga berpeluang untuk menunggang kuda antaranya di Zoo, tempat belajar menunggang dan lain-lain lagi. Namun pernahkah anda menunggang kuda seperti spesis kuda berbulu emas ini? Nampak unik dan luar biasa sebenarnya. KisahBest.My difahamkan kuda spesis ini amat jarang ditemui dan ia dikira sebagai haiwan yang sedang pupus di dunia ini.
kuda5
Dikenali dengan nama Akhal-Teke, ia merupakan spesies kuda berbulu emas keturunan (breeding) dari Turkmenistan. Selain berpenampilan penuh kemilau seperti emas, kuda jenis ini juga dikenali kerana ketangkasan serta punya daya tahan yang hebat untuk melakukan aktiviti berat.
Spesies Akhal-Teke merupakan spesies kuda terancam yang hanya tinggal sedikit jumlahnya. Kuda yang juga menjadi lambang negara Turkmenistan ini menurut wikipedia hanya berjumlah sekitar 3500 ekor sahaja ketika ini.
kuda1
kuda2
kuda3
kuda4
Read more ...

Wednesday

Pelajar 15 Tahun Import Airsoft

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, seorang pelajar berusia 15 tahun ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki mengimport lima senjata tiruan dari Amerika Syarikat, China dan Taiwan yang dibeli secara online dengan alasan untuk dijadikan koleksi peribadi.
Senjata api jenis M16, pistol Glock, Colt 45 automatik dan Air Rifle MP5 dikesan oleh anggota Unit Kastam Pos, JKDM, Cawangan Ipoh menerusi mesin pengimbas di Pejabat Pos Ipoh, tengah hari Sabtu lalu.

Pengarah Kastam negeri Datuk Mohd Nasir Said berkata, susulan rampasan pada pukul 12 tengah hari itu, pihaknya menahan remaja lelaki dari Kuala Kangsar mengikut Seksyen 116 Akta Kastam 1967 sebelum dilepaskan dengan jaminan. 


“Lima senjata tiruan berkualiti tinggi itu dianggar bernilai RM2,043.90 dan duti terlibat ialah RM878.88. Kesemua senjata itu menyerupai senjata sebenar tetapi menggunakan peluru getah manakala Air Rifle itu menggunakan peluru tembaga.

“Remaja yang masih bersekolah itu telah dilepaskan dengan jaminan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan remaja sekolah tingkatan tiga terbabit memperolehi wang dari ibu bapanya untuk membeli senjata api tiruan berkenaan.
Beliau berkata, lima senjata api yang dirampas itu adalah sebahagian daripada 10 unit senjata yang dirampas pasukan penguatkuasaan kastam negeri bagi tempoh Januari hingga Jun termasuk dua unit dirampas di Kompleks Bukit Berapit, Pengkalan Hulu manakala, tiga unit lain dikesan di pejabat pos negeri,” katanya.
Katanya, pihaknya memandang serius pengimportan tanpa permit senjata api tiruan berkenaan kerana ia bukan sahaja mampu mengancam keselamatan negara sebaliknya boleh disalah guna untuk tujuan jenayah. – hmetro
Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...