Saturday
10 Amalan Jijik Dalam Menyediakan Makanan | Yukkk!
Masyarakat sering memandang ringan tentang isu kebersihan lebih-lebih
lagi dalam hal penyediaan makanan. Ia tidak sepatutnya berlaku dan
pengguna sepatutnya perlu mengambil sikap sentiasa peduli, peka dan
prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Berikut adalah
antara 10 perkara yang dilihat benar-benar berlaku di depan mata dan
sebahagian darinya dilaporkan oleh Facebookers yang dilontarkan melalui Facebook The Secret Medicines.
Jika anda ternampak salah satu dari perkara di atas terjadi, tinggalkan saja makanan itu dan makan di tempat lain. Kesihatan lebih utama dari wang ringgit. ~ Artikel oleh The Secret Medicines
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/06/10-amalan-jijik-dalam-menyediakan.html
- Periuk kuah roti canai dipanaskan di atas kuali leper tempat membuat roti canai. Bayangkan punggung periuk itu diletakkan di merata tempat kemudian dipanaskan di atas kuali leper tempat roti canai dimasak. Bakteria dari merata tempat akan berpindah ke atas kuali leper itu kemudian berpindah pula kepada roti canai yang dimakan.
- Tuala Kecil. Tuala 'Good Morning' yang tak pernah dibasuh biasa diguna berulang kali untuk 'membersihkan' dan mengelap minyak serta sisa-sisa memasak di atas periuk leper. Cebisan-cebisan halus dari fabrik yang tidak kelihatan sudah tentu akan tertinggal dan melekat di atas kuali lalu berpindah ke makanan.
- Hidangan bertindih. Piring kecil bersaiz 1 ke 2 inci untuk meletakkan sos atau sambal serta piring kuah bersaiz 4-5 inci untuk meletak kuah ditindihkan di atas piring makanan utama yang kebiasaannya boleh mencemar makanan. Perkara ini boleh berlaku disebabkan penyedia atau pembawa makanan mahu kerja mudah dan tidak cukup tangan untuk memegang gelas minuman dan pinggan makanan sekaligus. Apa saja bahagian belakang seperti punggung kuali atau bawah piring terdedah kepada risiko kekotoran kerana bahagian itu biasanya digunakan untuk menyentuh permukaan. Ia lebih kurang sama keadaannya dengan periuk dipanaskan di atas kuali leper. Lebih baik gunakan talam yang mempunyai lekukan pembahagi untuk memisahkan makanan, kuah dan sebagainya.
- Sudip atau penyepit yang sama digunakan untuk mengendalikan makanan mentah dan juga yang sudah dimasak lebih-lebih lagi makanan seperti daging. Daging mentah boleh tercemar dengan bakteria seperti E. Coli.
- Lauk-pauk yang dihurung lalat terutama di kawasan yang banyak lalat. Lalat adalah serangga pengotor dan sering hinggap di atas kotoran terutama najis dan ia boleh memindahkan kotoran itu ke atas makanan atau lauk-pauk. Untuk memudahkan pelanggan memilih lauk disamping menjaga kebersihan, gunakan penutup transparent.
- Tukang masak yang berbual atau tidak memakai topi dan apron semasa memasak. Perbualan ketika memasak boleh mendedahkan makanan terhadap pencemaran air liur tukang masak dan topi dan apron yang tidak dipakai boleh memindahkan kotoran kepada makanan seperti rambut tukang masak dan juga peluh.
- Telur ayam tidak dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak dibasuh, sisa-sisa najis ayam yang melekat (walaupun tidak kelihatan) akan masuk terus ke dalam makanan apabila kulit telur dipecahkan. Amalan sebegini boleh menyebabkan bakteria mudah berpindah ke dalam makanan dan membiak.
-
Meletakkan periuk, kuali atau apa saja yang mengandungi makanan di atas
lantai atau tempat yang rendah. Makanan ini mudah terdedah kepada
pencemaran bakteria kerana kotoran sering jatuh di tempat yang lebih
rendah. (Gambar: lihatlah bagaimana penutup periuk itu menyentuh lantai)
Kredit: gambar diambil dari laman web ondscene.my - Batuk atau bersin semasa membawa makanan untuk dihidangkan. Apabila seseorang itu batuk atau bersin, beribu-biru bakteria dan virus akan tersebar ke persekitaran terutama makanan yang sedang dibawa. Makanan akan tercemar dan orang yang memakannya mungkin mendapat penyakit.
- Melakukan berbagai pekerjaan. Jika seseorang menggunakan tangannya untuk menguli tepung atau menebar roti canai, ia tidak menjadi masalah selagi tangannya telah dibasuh dengan bersih dan kukunya dipotong pendek tetapi dia tidak seharusnya melakukan pekerjaan lain seperti menjadi juruwang memegang wang tunai, kerana wang adalah antara tempat paling banyak bakteria ditemui. Dia juga tidak boleh bekerja sebagai tukang cuci lantai atau pencuci pinggan mangkuk.
Jika anda ternampak salah satu dari perkara di atas terjadi, tinggalkan saja makanan itu dan makan di tempat lain. Kesihatan lebih utama dari wang ringgit. ~ Artikel oleh The Secret Medicines
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/06/10-amalan-jijik-dalam-menyediakan.html
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih