Saturday

Restoran Hantar Makanan Guna Dulang Terbang (4 Gambar)

Sebagai seorang pelanggan restoran, sudah tentu kita mahukan kelainan daripada mereka. Sama ada kelainan dari segi makanan, lokasi premis dan sebagainya. Jangan terkejut jika anda berkunjung ke sebuah restoran di London, anda akan menerima pesanan makanan dengan sebuah dulang terbang yang unik. Jangan terkejut! Inilah satu idea inovasi yang telah diperkenalkan oleh mereka. Sedikit sebanyak sudah menjimatkan tenaga kerja. Jika anda masih lagi, filem 3 Idiots juga ada menunjukkan satu reka bentuk kipas terbang yang hampir serupa dengan gambar di bawah ini.
pinggan1
LONDON – Rangkaian restoran Britain, Yo! Sushi melancarkan perkhidmatan dulang terbang yang didakwa sebagai yang pertama di dunia untuk menghantar hidangan sushi ke meja pelanggan dengan pantas.

Perkhidmatan yang dinamakan sebagai iTray itu menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas.

Dron yang dikawal menggunakan komputer iPad itu boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam.
Ia yang dikawal oleh pekerja restoran berkenaan digunakan untuk menerbangkan sushi dari dapur premis tersebut ke meja pelanggan.


Seorang pelanggan yang menerima hidangan menggunakan iTray berkata, dia kagum dengan konsep tersebut.

“Apabila saya memesan makanan, saya tidak menyangka ia akan diterbangkan ke meja saya,” katanya. – Agensi
pinggan2
pinggan3
pinggan4



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...