Friday
Ngeri! Latihan Membunuh Pasukan Tentera Marin US Di Thailand (8 Fot
Ngeri! Latihan Membunuh Pasukan Tentera Marin US Di Thailand (8 Foto) | Apabila kita menyertai pasukan tentera negara, tidak boleh tidak kita perlu menjalani satu latihan keras di mana ia menguji ketahanan fizikal dan mental. Latihan ini diadakan adalah bertujuan agar setiap tentera akan sentiasa bersedia dalam sebarang kemungkinan. Namun latihan yang dijalankan oleh pihak tentera marin US memang sungguh mengerikan. Apa yang mengerikan sebenarnya?
Pasukan Tentera Marin US telah mengadakan satu latihan ‘survival’ di Thailand dengan memperkenalkan Cobra Gold 2013 iaitu satu latihan khas membunuh ular. Kemudian mereka akan minum darah ular itu sebagai ganti air sekiranya terdesak
Sunday
Kisah Pengawal Penjara Guantanamo Peluk Islam
Kisah Pengawal Penjara Guantanamo Peluk Islam | Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kem tahanan “pengganas” di Guantanamo Bay.
Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang
athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat.
Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo.
Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau
sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang
berasal dari Ethiopia. Perbualan tentang agama antara mereka berdua
membawa kepada terbukanya hanti Terry untuk memeluk agama Islam pada
tahun 2003.
Beliau mengucap syahadah di hadapan beberapa orang
banduan dan secara serta merta kehidupan beliau berubah. Terry mula
kehilangan rakan dan dicemuh pengawal penjara yang lain. Beliau juga
dituduh sebagai PEMBELOT kerana memeluk agama “ganas” Islam. Selepas
berhenti berkhidmat kepada tentera beliau kembali semula ke Amerika
Syarikat.
Di Amerika beliau mula menjadi
seorang pemabuk dan mengambil dadah. Ini adalah kerana beliau mahu
melupakan apa yang beliau lihat sepanjang beliau bertugas di Gitmo.
Menurut Terry lagi beliau melihat banduan diseksa dengan teruk sekali.
Ada banduan yang dipaksa berdiri sambil tangan digari selama 8 jam
berturut-turut sehingga terbuang air besar. Beliau melihat muka banduan
dicalit dengan darah haid serta banduan bogel disimbah air di dalam
bilik dengan penghawa dingin pada tahap maksimum.
Kerana tidak mahu meneruskan hidup yang tidak tentu arah beliau berubah untuk menjadi seorang muslim sejati. Beliau
berhenti meminum minuman keras dan mengambil dadah. Terry menulis
sebuah buku bertajuk “TRAITOR” yang menceritakan pengalaman beliau
bekerja sebagai pengawal penjara di Gitmo dan hijrah beliau menjadi
seorang muslim.
Kini beliau berusaha untuk memaksa Presiden
Obama menutup kem tahanan Gitmo yang pada hemat beliau melanggar hak
asasi manusia dan tidak langsung menepati ideal Amerika Syarikat yang
mengutamakan kebebasan dan hak saksama antara manusia. Obama pernah
berjanji pada tahun 2008 untuk menutup Gitmo jika memenangi pilihanraya
presiden. Janji tidak ditepai kini masa menjawab kepada Terry.
Apabila ditemuramah mengapa beliau memeluk Islam, Terry Holdbrooks berkata;
“I had all the freedom in the
world, But I was waking up unhappy while these men were in cages,
smiling and praying five times a day.”
Anda boleh follow Terry Holdbrooks atau nama Islam beliau sekarang Mustafa Abdullah di Twitter di @TerryHoldbrooks.
kisahbest.my
Saturday
WTH | Pasaraya Jual Beli Barangan Ahli Sihir
Korang bosan melawat pasaraya jusco,tesco,disco?Jom usya kat bawah;
Pernah menonton filem Harry Potter? Sebuah filem berkisar tentang perjalanan seorang budak lelaki dalam mempelajari ilmu sihir demi menentang kuasa jahat. Percaya tak bahawa wujudnya pasar barangan ahli sihir di dunia? Tetapi itulah yang nyata ada. Pasar ahli sihir ini dikenali sebagai Market fetish Akodessewa Togo. Ia diiktiraf sebagai pasaran fetish terbesar di dunia, tempat di mana pengamal Voodoo boleh mencari apa-apa yang mereka perlukan untuk ritual mereka. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Read more ...
Pernah menonton filem Harry Potter? Sebuah filem berkisar tentang perjalanan seorang budak lelaki dalam mempelajari ilmu sihir demi menentang kuasa jahat. Percaya tak bahawa wujudnya pasar barangan ahli sihir di dunia? Tetapi itulah yang nyata ada. Pasar ahli sihir ini dikenali sebagai Market fetish Akodessewa Togo. Ia diiktiraf sebagai pasaran fetish terbesar di dunia, tempat di mana pengamal Voodoo boleh mencari apa-apa yang mereka perlukan untuk ritual mereka. Boleh lihat gambar di bawah ini.
Amalan sihir bermula di Afrika Barat,
sebelum hamba dibawa ke oleh Amerika , dan di negara-negara seperti
Togo, Ghana, atau Nigeria agama sangat penting. Ramai orang
percaya penyembuh yang menggunakan bahagian-bahagian haiwan dan azimat
pelik boleh sembah roh dengan ritual pelik mereka, dan
menyelesaikan masalah mereka. Dan jika ada satu tempat di mana tukang
sihir boleh menyimpan bekalan menyeramkan , ia adalah Pasaran
Akodessewa fetish, di ibu kota Togo, Lome. ia sebagai farmasi luar di
mana pelbagai bahagian-bahagian binatang, patung tulang dan herba
mengambil tempat perubatan konvensional
Restoran Hantar Makanan Guna Dulang Terbang (4 Gambar)
Sebagai seorang pelanggan restoran, sudah
tentu kita mahukan kelainan daripada mereka. Sama ada kelainan dari
segi makanan, lokasi premis dan sebagainya. Jangan terkejut jika anda
berkunjung ke sebuah restoran di London, anda akan menerima pesanan makanan dengan sebuah dulang terbang yang unik.
Jangan terkejut! Inilah satu idea inovasi yang telah diperkenalkan oleh
mereka. Sedikit sebanyak sudah menjimatkan tenaga kerja. Jika anda
masih lagi, filem 3 Idiots juga ada menunjukkan satu reka bentuk kipas terbang yang hampir serupa dengan gambar di bawah ini.
Perkhidmatan yang dinamakan sebagai iTray itu menggunakan dulang yang diletakkan pada pesawat dron kawalan jauh yang dilengkapi kamera dan bilah kipas.
Dron yang dikawal menggunakan komputer iPad itu boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam.
Ia yang dikawal oleh pekerja restoran berkenaan digunakan untuk menerbangkan sushi dari dapur premis tersebut ke meja pelanggan.
Seorang pelanggan yang menerima hidangan menggunakan iTray berkata, dia kagum dengan konsep tersebut.
“Apabila saya memesan makanan, saya tidak menyangka ia akan diterbangkan ke meja saya,” katanya. – Agensi
Read more ...
LONDON – Rangkaian
restoran Britain, Yo! Sushi melancarkan perkhidmatan dulang terbang yang
didakwa sebagai yang pertama di dunia untuk menghantar hidangan sushi
ke meja pelanggan dengan pantas.
Dron yang dikawal menggunakan komputer iPad itu boleh bergerak selaju 40 kilometer sejam.
Ia yang dikawal oleh pekerja restoran berkenaan digunakan untuk menerbangkan sushi dari dapur premis tersebut ke meja pelanggan.
Seorang pelanggan yang menerima hidangan menggunakan iTray berkata, dia kagum dengan konsep tersebut.
“Apabila saya memesan makanan, saya tidak menyangka ia akan diterbangkan ke meja saya,” katanya. – Agensi
Pakai Tudung, Walau Belum Umum Islam..
KASIH AYAH...Lee menyuap keropok kepada anaknya yang memasuki tahun satu di SK Kampung Tengah, semalam.
KUALA TERENGGANU: “Saya tertarik untuk memakai tudung apabila melihat rakan yang bertudung kelihatan cantik, sopan serta tidak perlu mendandan rambut yang pasti mengambil masa lama,” kata Lee Jing Hwa, 7, yang mencuri tumpuan apabila memakai tudung ketika mendaftar sebagai pelajar tahun satu di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah, Manir, di sini, semalam.
Walaupun masih belum mengumumkan ke Islamannya, Jing Hwa, satu-satunya pelajar berketurunan Cina di sekolah itu, hadir ke sekolah dengan berbaju kurung dan kelihatan tidak kekok memakai tudung seperti pelajar perempuan Islam.
Bapanya, Lee Chee Peng, 50, berkata, anak perempuannya itu mula memakai tudung sejak berusia lima tahun ketika belajar di Tadika Kemas berhampiran rumahnya di Taman Sri Manir. Menurutnya, walaupun ada tadika Cina dekat rumahnya, dia memilih menghantar anaknya itu ke Tadika Kemas bagi membolehkannya bergaul dengan kanak-kanak Melayu.
“Saya mahu dia mengalami persekitaran berbeza dan bercampur dengan rakan dari bangsa lain memandangkan negara kita berbilang kaum.
“Guru di tadika tidak memaksanya memakai tudung, malah membenarkan dia memakai gaun, tetapi dia lebih suka pakai baju kurung dan bertudung kerana baginya nampak lebih comel,” katanya yang tidak kisah dengan penampilan anak kelima daripada enam beradik itu.
“Bagi mempelajari bahasa Cina, saya menghantar mereka ke kelas tambahan.
Kredit:ibnuhasyim.
Sunday
Khasiat Dan Kelebihan Barli
Barli atau nama botaninya Hordeum
Vulgarie dikatakan bijirin pertama yang telah ditanam di timur tengah
kira-kira 9000 tahun dan mungkin juga merupakan bijirin terawal dan
paling penting pada ketika itu. Isi rong atau bijirin barli boleh
dijadikan tepung, emping dan bran. Batangnya boleh dijadikan kertas dan
bahan pembinaaan manakala keseluruhan tanaman boleh dijadikan sebagai
makanan haiwan ternakan.
Pokok barli tergolong dalam keluarga
Gramineae dan menyerupai pokok gandum yang banyak ditanam di
Negara-negara barat. Barli ditanam daripada biji sehinggalah ia menjadi
pokok yang tingginya kira-kira satu meter. Bijirin barli merupakan
sumber terbaik serat pemakanan, protein dan karbohidrat kompleks serta
vitamin dan galian.
Terdapat dua jenis serat pemakanan iaitu
mudah dilarutkan dan tidak mudah dilarutkan. Barli mempunyai kedua-dua
jenis serat ini merupakan sumber terbaik serat yang mudah dilarut.
Kajian klinikal di Australia, Kanada dan Amerika Syarikat melaporkan
bahawa serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolesterol dalam
darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi
memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.
Beta-glucan adalah bahan utama dalam
serat mudah larut yang didapati daripada isi rong. Barli daripada
variety ‘waxy’ lebih tinggi kandungan beta-glucan daripada jenis barli
lain. Tahap beta-glucan yang tinggi dalam variety barli ini dikatakan
bartanggungjawab dalam meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah
di kalangan pesakit diabetes tahap 2.
Tokotrienol dan tokoferol (tokol)
merupakan minyak yang bertindak sebagai antioksida semula jadi.
Antioksida membantu meneutralkan radikal bebas dan boleh mengurangkan
risiko penyakit barah dan jantung. Barli mengandungi tokol yang tinggi.
Barli juga merupakan sumber baik bagi
vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan
galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah. Penyelidik di
England melaporkan barli mempunyai kromium yang tinggi dan dikatakan
merupakan sumber terbaik kromium.
Pesakit diabetes perlu mengawasi tahap
gula dalam darah dengan berhati-hati. Jika memakan barli dalam jumlah
yang signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Hipoglisemia
(gula dalam darah rendah) boleh berlaku.
Tunas bijirin barli bertindak sebagai
pelega, pengeluar kahak dan pelembut. Kadang kala ia juga bertindak
sebagai bahan yang boleh menyebabkan keguguran. Dikatakan tunas barli
boleh digunakan untuk merawat dyspepsia serta muntah dan kekembungan
akibat meminum susu ibu. Sebaik-baiknya tunas bijirin barli ini tidak
diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi kerana ia mengurangkan
pengaliran susu.
Bijirin barli pula bertindak sebagai
penghadam, pelega dan dikatakan sesuai dimakan sebagai makanan
berkhasiat atau dijadikan air barli (rebusan air barli dalam air). Biji
barli juga digunakan sebagai ramuan tampal untuk luka dan luka akibat
terbakar. Bijirin barli juga dikatakan boleh membantu dalam
menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai penahan selera
makan.
Air rebusan bijirin barli pula dikatakan mampu diambil sebagai
penyejuk badan.
Selain bijirin barli, daun pokok barli
yang berupa seperti lalang dan berwarna hijau juga dikatakan berkhasiat.
Apabila daun ini mencapai ketinggian sehingga 12 hingga 14 inci, ia
mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yagn
diperlukan oleh manusia.
Malah dikatakan jus barli hijau
mengandungi 11 kali kalsium daripada susu lembu, hampir 5 kali besi
dalam bayam, 7 kali vitamin C dalam oren dan 80 mg vitamin B12 daripada
100 gm barli.
Bagi penyakit serius seperti arthritis
dan barah, pengambilan jus ramuan daun barli yang berwarna hijau atau
yang telah dikeringkan, yang diambil dalam jangka masa dua jam selepas
makan kepada 20 minit sebelum hidangan seterusnya dikatakan mampu
membuatkan enzim-enzim digunakan dengan baik.
Cara ini dapat membiarkan enzim diambil
secara langsung dan sekali gus masuk ke dalam saluran darah di mana ia
digunakan bagi memperbaiki dan menyembuhkan tubuh. Jus yang dihasilkan
daripada daun barli juga dikatakan mampu merendahkan tahap kolesterol
dalam darah. Bahan kimia dalam daun ini dikatakan mampu melambatkan
penghasilan kerosakkan saluran darah yang disebabkan oleh diabetes.
Tuesday
Jin ada akaun Twitter | LOL! Jin Peramah
Inilah twitternya > https://twitter.com/s_2017_s
entahla benar atau tak,laptop apa dia guna ya?dapat mana wifi?~ aku ada jumpa satu conservation
baca ini juga > Sebaik-baik Jin Adalah Sejahat-jahat Manusia (Penipuan Fakta)
Saturday
10 Amalan Jijik Dalam Menyediakan Makanan | Yukkk!
Masyarakat sering memandang ringan tentang isu kebersihan lebih-lebih
lagi dalam hal penyediaan makanan. Ia tidak sepatutnya berlaku dan
pengguna sepatutnya perlu mengambil sikap sentiasa peduli, peka dan
prihatin tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka. Berikut adalah
antara 10 perkara yang dilihat benar-benar berlaku di depan mata dan
sebahagian darinya dilaporkan oleh Facebookers yang dilontarkan melalui Facebook The Secret Medicines.
Jika anda ternampak salah satu dari perkara di atas terjadi, tinggalkan saja makanan itu dan makan di tempat lain. Kesihatan lebih utama dari wang ringgit. ~ Artikel oleh The Secret Medicines
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/06/10-amalan-jijik-dalam-menyediakan.html
Read more ...
- Periuk kuah roti canai dipanaskan di atas kuali leper tempat membuat roti canai. Bayangkan punggung periuk itu diletakkan di merata tempat kemudian dipanaskan di atas kuali leper tempat roti canai dimasak. Bakteria dari merata tempat akan berpindah ke atas kuali leper itu kemudian berpindah pula kepada roti canai yang dimakan.
- Tuala Kecil. Tuala 'Good Morning' yang tak pernah dibasuh biasa diguna berulang kali untuk 'membersihkan' dan mengelap minyak serta sisa-sisa memasak di atas periuk leper. Cebisan-cebisan halus dari fabrik yang tidak kelihatan sudah tentu akan tertinggal dan melekat di atas kuali lalu berpindah ke makanan.
- Hidangan bertindih. Piring kecil bersaiz 1 ke 2 inci untuk meletakkan sos atau sambal serta piring kuah bersaiz 4-5 inci untuk meletak kuah ditindihkan di atas piring makanan utama yang kebiasaannya boleh mencemar makanan. Perkara ini boleh berlaku disebabkan penyedia atau pembawa makanan mahu kerja mudah dan tidak cukup tangan untuk memegang gelas minuman dan pinggan makanan sekaligus. Apa saja bahagian belakang seperti punggung kuali atau bawah piring terdedah kepada risiko kekotoran kerana bahagian itu biasanya digunakan untuk menyentuh permukaan. Ia lebih kurang sama keadaannya dengan periuk dipanaskan di atas kuali leper. Lebih baik gunakan talam yang mempunyai lekukan pembahagi untuk memisahkan makanan, kuah dan sebagainya.
- Sudip atau penyepit yang sama digunakan untuk mengendalikan makanan mentah dan juga yang sudah dimasak lebih-lebih lagi makanan seperti daging. Daging mentah boleh tercemar dengan bakteria seperti E. Coli.
- Lauk-pauk yang dihurung lalat terutama di kawasan yang banyak lalat. Lalat adalah serangga pengotor dan sering hinggap di atas kotoran terutama najis dan ia boleh memindahkan kotoran itu ke atas makanan atau lauk-pauk. Untuk memudahkan pelanggan memilih lauk disamping menjaga kebersihan, gunakan penutup transparent.
- Tukang masak yang berbual atau tidak memakai topi dan apron semasa memasak. Perbualan ketika memasak boleh mendedahkan makanan terhadap pencemaran air liur tukang masak dan topi dan apron yang tidak dipakai boleh memindahkan kotoran kepada makanan seperti rambut tukang masak dan juga peluh.
- Telur ayam tidak dibasuh terlebih dahulu. Jika tidak dibasuh, sisa-sisa najis ayam yang melekat (walaupun tidak kelihatan) akan masuk terus ke dalam makanan apabila kulit telur dipecahkan. Amalan sebegini boleh menyebabkan bakteria mudah berpindah ke dalam makanan dan membiak.
-
Meletakkan periuk, kuali atau apa saja yang mengandungi makanan di atas
lantai atau tempat yang rendah. Makanan ini mudah terdedah kepada
pencemaran bakteria kerana kotoran sering jatuh di tempat yang lebih
rendah. (Gambar: lihatlah bagaimana penutup periuk itu menyentuh lantai)
Kredit: gambar diambil dari laman web ondscene.my - Batuk atau bersin semasa membawa makanan untuk dihidangkan. Apabila seseorang itu batuk atau bersin, beribu-biru bakteria dan virus akan tersebar ke persekitaran terutama makanan yang sedang dibawa. Makanan akan tercemar dan orang yang memakannya mungkin mendapat penyakit.
- Melakukan berbagai pekerjaan. Jika seseorang menggunakan tangannya untuk menguli tepung atau menebar roti canai, ia tidak menjadi masalah selagi tangannya telah dibasuh dengan bersih dan kukunya dipotong pendek tetapi dia tidak seharusnya melakukan pekerjaan lain seperti menjadi juruwang memegang wang tunai, kerana wang adalah antara tempat paling banyak bakteria ditemui. Dia juga tidak boleh bekerja sebagai tukang cuci lantai atau pencuci pinggan mangkuk.
Jika anda ternampak salah satu dari perkara di atas terjadi, tinggalkan saja makanan itu dan makan di tempat lain. Kesihatan lebih utama dari wang ringgit. ~ Artikel oleh The Secret Medicines
http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/06/10-amalan-jijik-dalam-menyediakan.html
Puisi Cinta Seorang Programer Komputer | Seandainya Hatimu Sebuah System
Seandainya hatimu sebuah System
Maka akan aku scan dirimu untuk mencari port yang terbuka
Agar tiada keraguan bila aku c:\> nc -l -o -v -e terus ke hatimu
Tapi, aku hanya berani Ping di kejauhan, disebalik Anonymous Proxy
Aku tidak berani! Adakah ini rasanya cinta
Atau aku memang sebenarnya pengecut..
Seandainya hatimu sebuah System
Ingin rasanya aku memanafaatkan vulnerabilitiesmu
Akan kuguna PHP Injection dan aku ls -la; find / -perm 777 -type d
Untuk kepastian jika di hatimu masih ada folder untuk diriku
Adakah masih ada Free Space bagiku?
Perlukah ku memasang Backdoor "Remote Connect-Back Shell"
Lalu hanya menunggu saja Connection darimu..
Seandainya hatimu sebuah system
Saat semua Request-ku diterima, akan ku terus ke Bugtraq
Untuk memastikan Bug terbarumu
Lalu aku akan Patch dan Patch berterusan, demi menjaga Service-mu agar tidak Crash
Aku akan menjadi Firewallmu, akan ku pasang Portsentry
Dan men Setting Error Page mu "The page cannot be found Coz Has Been Owned by Someone get out!"
Aku janji tidak akan ada lagi Malicious Program atau Hidden Service
Kerana aku sangat sayang dan mencintaimu
Seandainya hatimu sebuah System
Jangan pula ada kata "You dont have permission to access it" untuk aku
Jika tidak mahu di Ping Flood atau DDos Attack! jangan, aku merayu
Hanya kau dewi cintaku..
Seandainya hatimu sebuah System?
Tapi, sayang, hatimu bukanlah sebuah system
Kamu adalah dewi impianku, yang mengacaukan Systemku!
Suatu saat nanti, aku akan datang dan mengatakan; Kalau..
Di hatiku diserang Virus yang melalaikan
Pasti tiada Anti Virus lain yang mampu mengatasinya..
Melainkan dirimu.
Oleh: Anonymous Poet
Sumber: Anonymous Blog
Thursday
Bahaya Makanan Goreng Dengan Minyak 'Recycle'
Dalam istilah masakan, 'deep fried' maksudnya memasak dengan merendamkan makanan ke dalam minyak yang banyak yang dipanaskan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng boleh mencecah suhu sehingga lebih 200°C. Ayam, kentang, donat, onion ring adalah antara makanan yang popular digoreng secara deep fried. Senarai-senarai ini adalah merupakan makanan ala-Barat. Bagaimana pula dengan makanan ala-keTimuran seperti di negara kita?
Makanan tempatan tidak kurang juga menggunakan kaedah 'deep-fried' seperti pisang goreng, berbagai jenis cucur seperti cucur udang, cucur bawang dan sebagainya. Sudah tiba masanya kita melihat kembali apa yang kita makan selama ini biarpun ia telah lama dipraktikkan oleh generasi sebelum kita.
Makanan yang digoreng tinggi kandungan kalori dan boleh menyebabkan berat badan bertambah hingga menjadi obesiti. Semasa menggoreng, makanan akan menyerap minyak lalu menambahkan jumlah lemak di dalam makanan yang anda makan.
Makanan yang digoreng dengan lemak tepu atau lemak trans meningkatkan risiko penyakit koronari jantung iaitu saluran arteri yang semakin sempit atau tersumbat.
Penggunaan Minyak 'Recycle'
Peniaga yang menjual makanan 'deep fried' sudah tentu tidak akan membuang minyak yang telah digunakan kerana ia akan meningkatkan kos operasi dan mengurangkan margin keuntungan. Kebanyakannya terutama peniaga pisang goreng akan menyimpan minyak yang telah digunakan, menapis kerak-kerak dan kemudian menggunakan semula untuk menggoreng makanan. Perkara ini akan berterusan beberapa hari berikutnya sehingga ke satu tahap dimana minyak itu sudah bertukar menjadi hitam barulah mereka akan menggunakan minyak yang baru.
Penggunaan minyak 'recycle' ini sebenarnya amat merbahaya kerana ia dicemari oleh sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser dan tekanan darah tinggi. Minyak yang telah digunakan akan merosot (teroksida, terpolimer dan terhidrolisis) lalu membentuk komponen merbahaya. Kemerosotan ini diikuti oleh perubahan tahap keasidan lemak, perubahan warna minyak dan peningkatan asid lemak trans - asid lemak yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa minyak juga adalah punca kepada masalah kulit muka seperti jerawat atau acne. Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak dari masalah ini ialah dengan berhenti dari mengambil makanan yang digoreng lebih-lebih yang digoreng secara deep-fried. Orang Eskimo mempunyai kulit yang licin kerana mereka makan ikan - sumber minyak yang baik untuk omega-3.
Pisang Yang Digoreng
Pisang adalah makanan yang baik dan banyak khasiat tetapi mengapa ia perlu digoreng? Memakan pisang goreng samalah seperti anda meminum minyak terus masuk ke dalam perut anda lebih-lebih lagi minyak yang diguna semula. Tepung yang dibancuh untuk menyaluti pisang adalah tempat yang baik untuk minyak berkumpul. Struktur pisang itu sendiri bertindak seperti ruang simpanan untuk minyak masuk dan berkumpul di dalamnya.
FDA menetapkan bahawa penggunaan minyak masakan yang telah digunakan tidak boleh melebihi 25% dari jumlah minyak yang digunakan untuk menggoreng. Ketetapan ini berdasarkan kepada Total Polar Compounds (TPC). TPC termasuk semua bahan yang terbentuk yang mempunyai polar yang lebih tinggi trigliseride teroksida, diagliseride dan asid lemak. Tahap maksima bagi polar compound masakan ialah 25g/100g minyak. - Artikel oleh The Secret Medicines
Gout: Rawatan Dengan Air
Gout disebabkan pengumpulan kristal asid urik berlebihan berpunca dari diet yang biasanya menyerang bahagian sendi. Mayoclinic.org, laman web untuk golongan professional dalam bidang perubatan konvensional tidak langsung menyebut bahawa gout berpunca dari diet tetapi menyatakan golongan lelaki lebih mudah mendapat gout berbanding wanita.
Kristal asid urik biasanya terlerai di dalam darah dan keluar bersama air kencing. Kristal asid yang bersifat tajam menyebabkan keradangan pada bahagian yang diserang. Keradangan itu akan menyebabkan pesakit merasa amat sakit. Kebiasaannya, doktor akan memberi ubat ibuprofen atau colchicine mengikut keadaan pesakit. Ubat-ubat ini bekerja untuk mengurangkan kesakitan dan mengawal keradangan. Bagaimanapun, ubat ini boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pesakit. Antaranya ialah seperti cirit-birit, muntah, lemah kebolehan utk melawan jangkitan, strok, serangan jantung, pendarahan dalam perut dan kehadiran darah di dalam air kencing.
Menurut laman web drugs.com, colchicine bukanlah ubat untuk arthritis atau gout, dan ia tidak akan menghalang penyakit-penyakit ini dari berkembang. Menurut laman web itu lagi, Colchicine juga tidak boleh digunakan sebagai ubat rutin untuk lain-lain keadaan.
Apa yang hendak diperkatakan di sini ialah bagaimana ubat-ubat ini bekerja. Ia hanya bertindak mengawal atau mengurangkan kesakitan sahaja, bukannya merawat atau menghilangkan terus penyakit gout. Ubat-ubat ini langsung tidak berbuat apa-apa terhadap pengumpulan asid urik yang berlebihan di bahagian yang terkena sakit.
Jadi, apakah cara yang paling berkesan untuk mengurangkan kehadiran asid urik ini supaya gout tidak menyerang? Caranya ialah minum air dengan banyak. Air bukan saja membantu mengeluarkan toksin dari dalam tubuh malah mampu meneutralkan asid di dalam badan.
Menurut kajian oleh penyelidik di Boston University School of Medicine, kekurangan air (dehidrasi) boleh menyebabkan serangan gout.
"Dehidrasi boleh meningkatkan kepekatan asid urik serum dalam darah. Ia juga boleh memberi kesan kepada keupayaan buah pinggang untuk membersihkan asid urik dan boleh membuat asid urik lebih cenderung untuk membentuk kristal," menurut kenyataan ketua penyelidik, Tuhina Neogi, MD, PhD.
Kajian dilakukan terhadap 535 orang yang pernah mengalami serangan gout dalam tempoh setahun. Dalam kajian itu, para peserta telah diminta untuk memberikan maklumat tentang berapa banyak air yang mereka minum dalam tempoh 24 jam sebelum setiap serangan gout dan pada masa-masa apabila mereka tidak mendapat serangan gout.
Dr. Neogi mendapati mereka yang minum 5-8 gelas air mengurangkan risiko 40 peratus dari serangan gout berbanding dengan mereka yang minum hanya segelas air atau kurang dalam tempoh 24 jam.
Bagaimanapun, beliau tidak boleh membuat cadangan khusus berapa jumlah air yang perlu diminum kerana ia bergantung kepada keadaan perubatan asas dan tahap aktiviti fizikal seseorang. Beliau menambah, pesakit perlu berbincang dengan doktor mereka jika mereka mempunyai apa-apa soalan berkaitan perkara ini. Kajian ini telah dibentangkan pada mesyuarat tahunan 2009 American College of Rheumatology di Philadelphia.
Menurut penulis buku "Water For Health, For Healing, For Life", Dr. Fereydoon Batmanghelidj, "sakit sendi, sakit belakang, arthritis disebabkan oleh dehidrasi kronik. Tubuh manusia juga mempunyai panggilan kecemasan untuk air. Pedih ulu hati, sakit sendi reumatoid, sakit belakang, migrain, ulser, sakit fibromyalgiac, walaupun kesakitan angina - adalah tanda-tanda dehidrasi dalam badan. - Artikel oleh The Secret Medicines
Tuesday
Nabi Tiada Bayang-bayang | Habaq Mai Sapa Kata
Dakwaan mereka yang mengatakan Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang adalah dakwaan tidak berasas sama sekali, tidaklah mereka yang mendakwa itu mempunyai hujah melainkan palsu dan dusta balaka.
Sebaliknya, telah jelas dari riwayat-riwayat Sahih bahawa Nabi SAW mempunyai bayang-bayang, berikut adalah buktinya:
1) Pengakuan Nabi SAW sendiri
Nabi SAW sendiri mengakui bahawa Baginda mempunyai bayang-bayang, diriwayatkan dari Anas bin Malik, katanya:
بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآَلِهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي ذَاتَ لَيْلَةٍ صَلاةً ، إِذْ مَدَّ يَدَهُ ، ثُمَّ أَخَّرَهَا ، فَقُلْنَا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، رَأَيْنَاكَ صَنَعْتَ فِي هَذِهِ الصَّلاةِ شَيْئًا ، لَمْ تَكُنْ تَصْنَعُهُ فِيمَا قَبْلَهُ ، قَالَ : " أَجَلْ ، إِنَّهُ عُرِضَتْ عَلَيَّ الْجَنَّةَ ، فَرَأَيْتُ فِيهَا دَالَيَةً قُطُوفُهَا دَانِيَةٌ ، فَأَرَدْتُ أَنْ أَتَنَاوَلَ مِنْهَا شَيْئًا ، فَأُوحِيَ إِلَيَّ أَنِ اسْتَأْخِرْ ، فَاسْتَأْخَرْتُ ، وَعُرِضَتْ عَلَيَّ النَّارُ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ ، حَتَّى رَأَيْتُ ظِلِّي وَظِلَّكُمْ فِيهَا ، فَأَوْمَأْتُ إِلَيْكُمْ أَنِ اسْتَأْخِرُوا ، فَأُوحِيَ إِلَيَّ أَنْ أَقْرِهِمْ ، فَإِنَّكَ أَسْلَمْتَ وَأَسْلَمُوا ، وَهَاجَرْتَ وَهَاجَرُوا ، وَجَاهَدْتَ وَجَاهَدُوا ، فَلَمْ أَرَ لَكَ فَضْلا عَلَيْهِمْ إِلا بِالنُّبُوَّةِ ، فَأَوَّلْتُ ذَلِكَ مَا يَلْقَى أُمَّتِي بَعْدِي مِنَ الْفِتَنِ " .
Terjemahan: "suatu malam Nabi SAW mengimami kami solat, dan ketika sedang solat Baginda SAW melunjurkan tangan Baginda kemudian Baginda menariknya semula. Maka kami berkata kepada Nabi SAW -selepas solat-: "wahai Rasul Allah! Kami melihat kamu melakukan sesuatu dalam solat yang kami tidak pernah lihat kamu melakukannya sebelum ini", maka Nabi SAW menjawab: "sungguh -semasa solat tadi-, Syurga telah diperlihatkan kepadaku, dan aku melihat dalamnya, buah-buahan yang amat hampir dekat, aku ingin mengambil satu akan tetapi aku diberitahu agar bertahan, maka aku pun bertahan dan tidak mengambilnya, kemudian Neraka diperlihatkan kepadaku, hingga aku nampak bayang-bayangku serta bayang-bayang kamu semua, maka aku berisyarat dengan tanganku untuk kamu semua berundur..."
[Hadith Sahih: dikeluarkan Ibn Khuzaimah dalam kitab Sahihnya Mukhtasarul Mukhtasar (2/50), bahkan kata Imam Abu Awanah dalam Ithaf (1063): "هَذَا الْحَدِيثُ يُسَاوِي أَلْفَ حديث - hadith ini menyamai seribu hadith", saya berkata: dan ini adalah isyarat Tashih (pensahihan)]
Sabda Nabi SAW: " حَتَّى رَأَيْتُ ظِلِّي - hingga aku nampak bayang-bayangku" jelas menunjukkan bahawa Baginda SAW mempunyai bayang-bayang, dan ini adalah kata-kata dari bibir Baginda sendiri.
2) Kenyataan dari para isteri Nabi SAW sendiri
Para isteri Nabi SAW sendiri dalam sejumlah hadith menjelaskan mereka melihat jelas bayang-bayang Baginda, antaranya ialah:
1- Dari Zainab
Hal ini dijelaskan oleh 'Aishah, katanya:
أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي سَفَرٍ لَهُ ، فَاعْتَلَّ بَعِيرٌ لِصَفِيَّةَ ، وَفِي إِبِلِ زَيْنَبَ فَضْلٌ ، فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ بَعِيرًا لِصَفِيَّةَ اعْتَلَّ ، فَلَوْ أَعْطَيْتِهَا بَعِيرًا مِنْ إِبِلِكِ " . فَقَالَتْ : أَنَا أُعْطِي تِلْكَ الْيَهُودِيَّةَ . قَالَ : فَتَرَكَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَا الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمَ ، شَهْرَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً ، لَا يَأْتِيهَا ، قَالَتْ : حَتَّى يَئِسْتُ مِنْهُ وَحَوَّلْتُ سَرِيرِي . قَالَتْ : فَبَيْنَمَا أَنَا يَوْمًا بِنِصْفِ النَّهَارِ ، إِذَا أَنَا بِظِلِّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُقْبِلٌ .
Terjemahan: "sesungguhnya Nabi SAW pada suatu ketika dalam permusafiran Baginda SAW, unta isteri Baginda iaitu unta Safiyyah jatuh sakit, walaubagaimanapun, isteri Baginda yang lain iaitu Zainab mempunyai unta lebihan. Maka Baginda SAW berkata kepada Zainab: "unta Safiyyah jatuh sakit, sudikah kamu meminjamkan unta lebihan kamu?", maka Zainab menjawab: "perlukah aku beri pinjam kepada si yahudi itu? (Nota: Safiyyah sebelum memeluk Islam, adalah seorang yahudi), mendengarkan jawapan Zainab itu maka Nabi SAW (menjadi sedih dan) meninggalkan Zainab untuk selama 2 atau 3 bulan dan Baginda tidak mahu datang kepada Zainab...- hingga suatu hari - Zainab berkata: "hinggalah satu hari, pada waktu tengah hari, aku dapat melihat kelibat bayang-bayang Rasulullah datang menghampiriku"
[Hadith Sahih: dikeluarkan Ahmad (6/132), Syaikh Syu'aib al-Arnaut menDha'ifkan hadith ini, kata al-Arnaut: "إسناده ضعيف لجهاله شميسه - isnadnya Dha'if kerana majhulnya Syameesah", saya berkata: moga Allah memberkati dan mengampuni al-Syaikh Syu'aib, penDha'ifan beliau untuk hadith ini tidaklah tepat, yang zahir bagiku hadith ini Sahih isnadnya, dan Syameesah (disebut juga sebagai Samiyyah) bukanlah majhul, bahkan beliau Thiqah, dinilai Thiqah oleh Imam al-Jihbiz Yahya ibn Ma'in (rujuk: Tarikh Ibn Ma'in, 131/418), bahkan Imam Syu'bah al-Hajjaj meriwayatkan hadith dari Syameesah menunjukkan beliau Thiqah, maklum bahawa Syu'bah al-Hajjaj tidak meriwayatkan melainkan dari mereka yang Thiqah, sekiranya Syameesah benar majhul sekalipun, itu bukanlah alasan kukuh menolak riwayat ini kerana periwayatan majhul diterima dengan beberapa petunjuk antaranya ia jika ia dari wanita dan Syameesah adalah wanita, tiada cacat pada matan, serta tidak menyalahi usul, Allah Maha Mengetahui]
Kenyataan Zainab bahawa dia melihat bayang-bayang Nabi SAW sewaktu Nabi datang kepadanya, adalah jelas menunjukkan Baginda mempunyai bayang-bayang.
2- Dari Safiyyah dalam sebuah hadith yang sangat panjang, disebut:
فلما كان شهر ربيع الاول دخل عليها فرات ظله
Terjemahan: "apabila masuk bulan Rabi' al-Awwal, Baginda SAW datang kepadaku, dan aku nampak bayang-bayang Baginda"
[Hadith Sahih: dikeluarkan Ahmad (6/338), Syaikh Syu'aib al-Arnaut menDha'ifkan hadith ini kerana Syameesah, dan penilaian beliau ini tidaklah tepat sebagaimana yang telah dijelaskan dalam hadith sebelum ini. Bahkan kata al-Haithami selepas mengeluarkan hadith ini : "وفيه سمية روى لها أبو داود وغيره ولم يضعفها أحد وبقية رجاله ثقات - dalam isnadnya terdapat perawi bernama Samiyyah (disebut juga Syameesah), meriwayatkan darinya Abu Daud dan lain-lain, dan tidaklah walau seorangpun mereka menDha'ifkan dia, baki perawi lain adalah Thiqah", saya berkata: bahkan dia dinilai Thiqah oleh Yahya ibn Ma'in, dan Syu'bah meriwayatkan darinya menguatkan lagi petunjuk bahawa dia Thiqah]
Kenyataan Safiyyah, melihat bayang-bayang Nabi SAW sewaktu Nabi datang kepadanya, adalah jelas menunjukkan Baginda mempunyai bayang-bayang.
Konklusi:
Demikianlah antara riwayat Sahih yang membuktikan bahawa Nabi SAW mempunyai bayang-bayang, kenyataan dari para isteri Nabi sendiri, bahkan pengakuan dari Baginda SAW sendiri.
Siapakah yang lebih dekat kepada Nabi SAW melainkan para isteri Baginda sendiri, dan siapakah yang lebih mengetahui akan perihal diri Baginda SAW melainkan diri Baginda sendiri.
Dakwaan bahawa Nabi SAW tidak mempunyai bayang-bayang bukan saja tidak mempunyai hujah serta dalil Sahih, bahkan ia bercanggah dengan riwayat-riwayat yang Sahih lagi jelas.
~ Fathi Al-Sakandary / Iskandariah / Mesir ~
Terjemahan: "suatu malam Nabi SAW mengimami kami solat, dan ketika sedang solat Baginda SAW melunjurkan tangan Baginda kemudian Baginda menariknya semula. Maka kami berkata kepada Nabi SAW -selepas solat-: "wahai Rasul Allah! Kami melihat kamu melakukan sesuatu dalam solat yang kami tidak pernah lihat kamu melakukannya sebelum ini", maka Nabi SAW menjawab: "sungguh -semasa solat tadi-, Syurga telah diperlihatkan kepadaku, dan aku melihat dalamnya, buah-buahan yang amat hampir dekat, aku ingin mengambil satu akan tetapi aku diberitahu agar bertahan, maka aku pun bertahan dan tidak mengambilnya, kemudian Neraka diperlihatkan kepadaku, hingga aku nampak bayang-bayangku serta bayang-bayang kamu semua, maka aku berisyarat dengan tanganku untuk kamu semua berundur..."
Terjemahan: "apabila masuk bulan Rabi' al-Awwal, Baginda SAW datang kepadaku, dan aku nampak bayang-bayang Baginda"