Thursday
Alunan zikir dorong Peluk Islam
|
|
POKOK SENA – Kemerduan laungan azan dan zikir menimbulkan rasa tenang
kepada seorang banduan sehingga membuatkan dia mengambil keputusan
memeluk Islam.
Banduan yang mahu dikenali dengan Ahmad, 25, merupakan seorang
penganut agama Kristian sebelum memeluk Islam pada 10 Oktober tahun
lalu.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. (al-Ra`d:28)
|
|
Ahmad berkata, tindakannya memeluk Islam ketika berada dalam tahanan
reman di Penjara Alor Setar langsung tidak dipengaruhi atau dipaksa
sesiapa.
Menurutnya, keinginan memeluk Islam pernah dirasai sebelum menjadi
penghuni tirai besi itu, namun pelbagai halangan dan cabaran yang
terpaksa dihadapi sehingga hasratnya itu terpaksa dilupakan.
“Sebelum ini hati saya sering memberontak dan ada sahaja yang tidak
kena, namun apabila terdengar alunan zikir yang dipasang, saya akan
berasa lebih tenang untuk menjalani kehidupan sebagai banduan.
“Saya juga memberitahu kepada keluarga yang saya memeluk Islam dan
mereka menerimanya dengan hati terbuka namun, ayah saya masih belum
dapat menerima keputusan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahmad yang berasal dari Alor Setar terpaksa menjadi penghuni tirai
besi di Penjara Pokok Sena selama dua tahun sepuluh bulan atas kesalahan
mengedar dadah.
Menurutnya, sepanjang berada dalam penjara banyak ilmu mengenai agama
Islam dipelajari nya termasuklah solat, mengaji al-Quran, berpuasa dan
lain-lain.
“Zikir, al-Quran dan munajat kini menjadi ‘teman’ kepada diri setiap
kali dia berasa sunyi atau tertekan. Sepanjang Ramadan yang lalu, dia
juga berpuasa seperti umat Islam yang lain dan bersyukur kerana mampu
menghabiskan puasa selama sebulan dengan penuh sabar,” katanya.
Ahmad berkata, sebagai persediaan, dia juga berlatih untuk berpuasa
sunat selama tiga minggu sebelum tiba Ramadan supaya lebih mudah baginya
berdepan dengan puasa yang sebenar.
“Selain berpuasa, saya juga membayar zakat fitrah dengan menggunakan
gaji saya sebagai banduan yang memakai baju kolar hijau sebanyak 60 sen
sehari,” katanya.
Ahmad berkata, perasaan sebak timbul apabila dia membayar zakat
kerana dengan cara itu dia melakukan kebaikan dengan membantu golongan
susah selain mendapat ganjaran pahala.
Menurutnya, setelah dibebaskan nanti, dia menyimpan hasrat untuk
berdaftar dengan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) untuk
mendalami ilmu Islam agar dirinya tidak mudah terpengaruh dengan cabaran
dunia luar.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih