Wednesday
Solat Membuat Hatiku Tenang – Zinedine Zidane
Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain
bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai
pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah,
tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola
Benua Biru.
Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik
UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah
pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari
Syurga). “Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan ‘made in
heaven’. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan,” ujar Andy di satu
kesempatan.
Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya
menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau
Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si
kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan
bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan
penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik
lantaran sukar merebut bola dari kakinya.
Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan
sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya,
hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar
dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik
dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan.
Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah
bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab
mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila
Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998,
2000, dan 2003).
Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga
Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen.
Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang
menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan
first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga
Champions kesembilan. Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas
Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa.
Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa
untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut
sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu.
Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane
mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik.
“Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, ”
Prestasi Zidane:
Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus
Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis
Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis
Liga Champions 2002 bersama Real Madrid
Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid)
La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid
Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis
Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.
Pemain Terbaik Eropah pada 1998
sumber dari republika.co.id
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih