Sunday

Add dalam Facebook | Tapi tak sembang kat Sekolah






ini adalah kisah benar mengenai aku -_-''
Read more ...

Friday

Pemahaman Maksud Bacaan Semasa Solat Sains&Hadis

Seseorang yang memahami 100% bacaan dalam solatnya mempunyai komposisi badan yang terbaik disusuli dengan yang sederhana dan lemah.Perbezaannya memang ketara.Bacaan sudut fasa,kapasitan tubuh dan bendalir dalam sel (ICW) meningkat,manakala rintangan dan bendalir luar sel (ECW) mereka menurun. 


Imam Ahmad rahimahullah meriwayatkan sebuah hadis daripada Anas bin Malik ra yang berkata telah bersabda rasulullah salallahualaihiwassalam : “Jika salah seorang daripada kamu mengantuk dalam solat maka hendaklah dia berundur (daripada solat) dan kembali tidur sehinggalah dia (dapat solat) dalam keadaan mengetahui apa yang dibacanya.” (hadis riwayat Ahmad dan terdapat riwayat yang serupa dari jalan Aisyah ra yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari di dalam sahihnya)

Dengan mempunyai bendalir dalam sel yang tinggi,darah akan dapat mengalir dengan lancar keseluruhan badan terutama ke saraf otak.Otak akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi  melalui pengaliran darah yang lancar.Selain itu,mereka dapat membuat keputusan yang lebih rasional.

Seseorang yang faham bacaan semasa solat dengan baik mempunyai komposisi badan yang lebih sihat dan pemikiran yang lebih tenang selepas solat berbanding dengan seseorang yang tidak faham sepenuhnya bacaan semasa solat.

 "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya". (Al Mukminun 1-2)
  
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang solat dalam keadaan lalai.” (Al-Maun : 4-5)

“Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Al-A’raaf: 204)  


Read more ...

Siwak Vs Air Kencing

Orang Romawi dan Eropah pada abad pertengahan menggunakan air kencing untuk membersihkan gigi mereka.yukkk!Kononnya,air kencing paling mujarab adalah air kencing yang diimport dari Portugal.Mungkin kerana dibawa dari jauh sehingga kadar ammonia di dalamnya menjadi semakin banyak dengan bau hancing yang tidak terkira.Kepercayaan bangsa Romawi yang menganggap ammonia baik untuk gigi dan gusi.Air kencing kononnya dapat memutihkan gigi dan meneguhkan kedudukan gigi pada gusi sehingga air kencing juga digunakan untuk berkumur.Hal ini,berlaku sehingga abad ke-18 di Eropah.

Jauh sebelum ubat gigi dikenali,para doktor Mesir Kuno telah menemui ubat gigi yang dibuat dari serbuk batu pumis dicampur dengan cuka.Perkara ini masih boleh diterima jika dibandingkan dengan ubat gigi bangsa Romawi yang diperbuat dari air kencing.

Lalau bagaimana dengan ajaran Islam?Sejak dahulu lagi,Rasulullah telah mengingatkan umatnya agar rajin bersiwak.


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: 

Dan Nabi saw.. beliau bersabda: Seandainya aku
tidak khawatir akan memberatkan orang-orang beriman (dalam hadis riwayat Zuhair. umatku). niscaya aku perintahkan mereka bersiwak setiap kali akan salat. (Shahih
Muslim No.370)




  hal berkaitan ; Amalan Bersugi(Siwak) Sains&Hadis 



Read more ...

Thursday

Percuma Sebanyak 130 Siaran Astro Dari 27 April 2012 Hingga 6 Mei 2012


Astro telah berjaya memenangi Anugerah Putra Brand Of The Year 2012 & GOLD bagi kategori Media dan Hiburan pada Majlis Putra Brand Awards 2012. Bagi menghargai sokongan anda, kami akan membuka lebih daripada 130 saluran untuk tontonan para pelanggan kami mulai 27 April hingga 6 Mei 2012. Terima kasih diatas sokongan anda..

ahahhahahah!ty2!akhirnya aku dapat tengok HBO!minum kopi peace reggae sampai pagi..

Read more ...

Friday

Keistimewaan Istinsyaq | Sains dan Wudhu

 Istinsyaq ataupun menghirup air ke dalam hidung adalah perbuatan yang jarang dilakukan orang.Menurut pakar bedah tumor yang tersembunyi di dalam hidung aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng  merangsang pendarahan pada tumor itu.Apabila kita melakukan Istinsyaq,kegiatan ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian nasopharyng yang tersembunyi.

وَبَالِغْ فِي الْاِسْتِنْشَاقِ إِلاَّ أَنْ تَكُوْنَ صَائِمًا
“Bersungguh-sungguhlah engkau dalam beristinsyaq kecuali bila engkau sedang puasa.” (HR. Abu Dawud no. 123, at-Tirmidzi no. 718, dan selain keduanya, serta disahihkan oleh asy-Syaikh Muqbil dalam al-Jami’us Shahih 1/512)

 Dari Laqit bin Sabirah radhiyallahu ‘anhu berkata: "Wahai Rasulullah, khabarkan kepadaku tentang wudhu’! Baginda bersabda: Sempurnakanlah wudhu’ kamu, sela-selalah celah-celah jari-jemari kamu dan basuhlah hidung dengan menyedut air ke hidung melainkan ketika kamu berpuasa (dengan tidak menyedut bersungguh-sungguh)”. (H/R at-Tirmizi, 38. Juga disahihkan oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani)

Struktur perjalanan nafas kita melalui hidung adalah struktur pertahanan pertama kita kepada dunia luar.Di dalam rongga hidung juga mungkin terdapat kuman seperti Streptococcus pneumonia,Neisseria sp dan Hemophilus sp.Selain daripada saluran penghadaman,saluran pernafasan kita adalah pintu masuk yang mudah bagi banyak penyakit berjangkit.

SARS("Severe Acute Respiratory Syndrome") adalah sejenis penyakit pernafasan akut yang teruk yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru ("atypical pneumonia").

Bolehkah ia berjangkit dan bagaimana ia merebak?
Ya, SARS adalah sejenis penyakit berjangkit yang berbahaya. SARS merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut. Pesakit SARS yang bersin atau batuk akan mengeluarkan titisan cecair di udara dan individu yang berdekatan akan menyedutnya. Penyakit ini berkemungkinan boleh merebak melalui udara atau apabila titisan cecair dari pesakit SARS mencemari benda-benda di sekelilingnya (seperti telefon dan tombol pintu).

Melalui cara Istinsyaq kita mampu membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin dikontaminasi oleh udara kotor dan kuman seperti ini.

Muhammad Salim menjelaskan, orang yang rajin berwudhu dengan melakukan istinsyaq dan istintsar (mengeluarkan air dari hidung), kemudian melanjutkannya dengan mendirikan solat, maka hal itu dapat menghilangkan 11 kuman penyakit membahayakan yang ada di dalam lubang hidung, terutama dalam hal gangguan pernafasan, radang paru-paru, panas rumatik, penyakit rongga hidung, dan lain-lain. Sebaliknya, orang yang tidak berwudhu, akan lebih mudah terkena penyakit gangguan pernafasan.

Dr Mehmet Oz,yang pernah dipaparkan pada rancangan Oprah Winfrey Show ada mendemonstrasikan alat pot neti binet ciptaannya yang dipakai dengan cara menuangkan air ke dalam satu lubang hidung.Air yang dituang itu keluar dari lubang hidung yang satu lagi.Beliau mengatakan alat ciptaannya itu bertindak sebagai pembersih saluran pernafasan dalam hidung.Alat itu dapat mengurangkan ganguan penyakit sinusitis  ataupun resdung.Sebenarnya menuangkan air ke dalam hidung melalui alat pot neti yang dikatakan penemuan baru ini mirip dengan aktiviti istinsyaq ketika berwudhu yang diamalkan orang Islam semanjak beratus tahun lamanya.


digalakkan untuk share,sama-sama kita beramal~



carian anda:instinsyaq untuk resdung ,petua hilangkan resdung,petua atasi resdung,petua hapuskan resdung,petua ubati resdung,cara-cara hilangkan resdung keistimewaan wudhu

Read more ...

Wednesday

Arang dan Kesihatan Manusia

TERINGAT cerita dalam filem legenda, Nujum Pak Belalang – si Belalang membuat air kopi untuk tetamu menggunakan arang yang diambil dari bontot kuali. Sebut fasal meminum arang, pasti ramai di antara kita berpendapat ia adalah kotor dan menjijikkan. Tapi, tahukah anda bahawa arang sebenarnya telah lama digunakan sebagai ubat dalam sejarah dunia perubatan?

Seawal tahun 1,500 Sebelum Masihi (SM) lagi, masyarakat Mesir telah mula menggunakan arang sebagai medium penyembuh luka dan pembersih usus. Selepas lebih 1,100 tahun kemudian, seorang ahli perubatan pada tahun 460 SM, Hipokrates turut menggunakan bahan berwarna hitam itu untuk merawat penyakit epilepsi, klorosis dan penyakit berjangkit yang disebabkan bakteria yang dipanggil sebagai antraks. Kaedah rawatan ini banyak menampakkan hasil, sekali gus menyelamatkan banyak nyawa orang-orang dahulu.

Sungguhpun begitu, sejarah banyak menyaksikan ramai yang tidak percaya akan keberkesanan arang dalam perubatan. Lantaran itu, pada tahun 1831, Profesor Touery dari Akademi Perubatan Perancis melakukan demonstrasi bagi menunjukkan betapa arang begitu istimewa dalam bidang klinikal. Di depan rakan sejawat dan para pelajarnya, dia menunjukkan aksi bahaya dengan meminum racun strychine yang telah dicampurkan arang.

Hasilnya, Touery tidak mengalami komplikasi berat dan masih bernyawa. Jika difikirkan secara logik, mustahil seseorang itu boleh terus bernyawa lebih-lebih lagi setelah mengambil racun. Tapi, mengapa bahan berbahaya itu tidak mendatangkan mudarat dan bagaimana hal luar biasa itu boleh berlaku?

Menurut Touery, sifat arang yang tidak berbau dan tidak mempunyai rasa, sebetulnya mampu menyerap 60 peratus zat beracun di dalam tubuh. Jika diminum, benda hitam itu akan masuk ke bahagian pencernaan seperti perut, usus kecil dan usus besar. Keberkesanannya akan dapat dilihat beberapa jam selepas di ambil. Hal ini berlaku kerana arang memiliki pori yang banyak dan luas hinggakan keupayaan menyerap menjadi sangat tinggi.

Pada abad ke-20, penggunaan arang semakin luas dan ia digunakan sebagai agen anti kanser dalam tubuh manusia. Kajian yang dijalankan oleh Japan Science and Technology Agency dengan kerjasama Japan Cancer Institut mendapati, arang atau karbon diubah menjadi nanohorn iaitu sebagai medium membunuh kanser atau tumor tanpa sebarang kesan sampingan.

Malah, jangan terkejut kerana arang telah dibuktikan bersifat antipenuaan dan memanjangkan usia sebanyak 40 peratus. Penemuan ini adalah hasil penelitian yang dijalankan oleh Richard C. Kaufman dari National Health Federation, Minessota di Amerika Syarikat. Percubaannya ke atas haiwan mendapati arang berkebolehan menjaga sensitiviti tubuh dari bahan kimia dan beracun yang boleh merosakkan sel badan.

Di samping itu, di Jepun misalnya, selain menggunakan arang dalam bidang perubatan, bahan tersebut juga dijadikan sebagai komponen utama dalam upacara minum teh sejak tahun 1522. Malah, untuk aktiviti menanam teh pun tetap menggunakan benda hitam itu.

Di bahagian timur Shizuoka, Jepun, umpamanya, para pekebun teh menaburkan arang di sekeliling tanaman teh sejak puluhan tahun dahulu. Takehiko Hoshi dari Tokai University di Jepun kemudian meneliti efek arang terhadap tanaman tersebut. Keputusannya memang mengagumkan kerana teh yang ditaburkan arang mengalami pertumbuhan tinggi dengan jumlah penuaian meningkat sebanyak 40 peratus berbanding tanaman yang tidak ditabur arang.

Lantaran kemahiran manusia semakin tinggi, sisa kayu terbakar itu kini diubah suai dan dimodenkan. Antaranya, arang-arang itu dibentuk dalam berbagai rupa untuk kegunaan dalam banyak perkara seperti penyegar peti sejuk agar tidak berbau, bekas bunga, perhiasan meja dan dinding rumah. Bahkan di Taiwan, arang telah dijadikan sebagai baju, selimut, sarung kaki dan langsir.

Hasil analisa yang dijalankan oleh Ema Hsieh dari Taiwan Industrial Technology Research Institut ke atas produk tersebut menemukan suatu yang istimewa. Hsieh mendapati bahawa arang memiliki kemampuan untuk melepaskan sinar ultra inframerah yang menghangatkan tubuh.

Kemampuan ini dianggap baik untuk memperbaiki peredaran darah, melepaskan ion negatif dan menyeimbangkan tenaga dalam badan, penenang fikiran dan seluruh bahagian badan serta bisa menghalau radiasi gelombang elektromagnet perosak sel tubuh.

Justeru, manfaatkanlah arang. Tidak hanya sebagai bahan pembakar, tapi di sebalik legam arang itu tersembunyi banyak manfaat berguna kepada manusia. Soalnya, apakah kita sanggup, meminum arang semata-mata untuk tampil sihat? Rasanya, ramai di antara kita lebih rela mengambil ubatan moden berbanding benda hitam yang dianggap kotor itu.
Read more ...

Kelawar mengenali rakan sama seperti manusia

Jika menyentuh tentang kelawar, ramai yang berpendapat kelawar merupakan haiwan yang selalu dikaitkan dengan kuasa jahat. Anggapan bahawa kelawar mempunyai kaitan dengan unsur-unsur jahat disebabkan kelawar merupakan haiwan yang keluar memburu pada waktu malam dan mempunyai rupa yang kurang menyenangkan. Mereka juga turut dikatakan menghisap darah manusia.

Cerita mitos drakula yang menghisap darah manusia ini begitu popular sehingga pernah diterbitkan menjadi sebuah filem. Ada pendapat yang menyatakan kisah drakula pada asalnya hanyalah khayalan penulis Bram Stoker yang menghasilkan novel seram yang bertajuk 'Dracula'. Bagaimanapun, kebanyakan penyelidik percaya kekejaman Dracula seperti digambarkan dalam novel Stoker itu diinspirasikan oleh sejarah hidup seorang pemimpin kejam Romania iaitu Vlad III Dracula.

Walaupun begitu, menurut Timbalan Pengarah Zoo Negara Malaysia, Dr. Muhammad Daniel Felix, kelawar sebenarnya mempunyai 1100 spesies di dunia dan di antaranya adalah jenis kelawar vampire yang sering dikaitkan dengan kisah drakula. Kelawar jenis vampire ini mudah didapati di Amerika Latin terutamanya di Mexico, Brazil, Chile dan juga Argentina. Kelawar terbahagi kepada dua, pertama Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera, dan kedua kelawar (microbats) dalam sub-susunan Microchiroptera.

Dr. Muhammad Daniel Felix
Jelas Dr. Felix, sememangnya kelawar vampire ini menghisap darah. Begitu pun, kelawar ini sebenarnya tidak secara terus hinggap dan menghisap darah. Kebiasaannya, kelawar vampire akan menghisap darah haiwan ternakan seperti khinzir dan lembu sahaja. Mereka ini akan menghisap darah ketika haiwan-haiwan ini tidur. Kelawar jenis ini akan hinggap di bahagian tengkuk, kemudian akan menggigit menggunakan taring.

Menariknya kata Dr. Felix, air liur kelawar mempunyai sejenis bahan yang boleh menjadikan darah tersebut tidak beku. Justeru, darah daripada haiwan berkenaan akan terus mengalir, dan inilah sebenarnya minuman bagi kelawar vampire. Kebanyakan spesies kelawar vampire ini mempunyai  fizikal yang kecil berbanding kelawar yang terdapat di Malaysia.

Kelawar juga mempunyai kebolehan mengenali suara rakan-rakan yang dikenalinya dan keadaan ini mirip seperti manusia. Hasil kajian ini diperoleh daripada penelitian yang diketuai oleh Silke Voigt-Heucke dari The Leibniz Institute for Zoo and Wildlife Research, Berlin. Penelitian yang sama dilakukan di Panama dan turut  menunjukkan kelawar mampu mengidentifikasikan anggota spesies mereka sendiri.
Secara amnya, kelawar sukar berjalan di atas tanah dan hanya kelawar vampire saja mampu bergerak dengan tangkas di atas tanah. Jari-jari kelawar adalah panjang dan halus. Sesetengah spesies sayap kelawar memanjang sehingga ke kaki dan ekor. Gabungan sayap dengan jari pada kelawar ini memberikan kelawar keupayaan gerakan terbang yang tangkas dan menakjubkan. Kelawar juga mampu untuk terbang dengan perlahan.

Kelawar juga menjadi haiwan yang unik kerana merupakan satu-satunya mamalia yang mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Menurut Dr. Felix, kelawar sebenarnya boleh dikategorikan sebagai haiwan terancam di dunia. Daripada 1100 spesies yang ada di dunia, 118 spesiesnya terdapat di Malaysia. Walaupun begitu, jelas Dr. Felix, kajian mengenai kelawar begitu terhad. Ini kerana terdapatnya kekangan waktu dan juga habitat haiwan ini sendiri. Sukar untuk kita mengawalnya kerana mereka memburu pada waktu malam dan keluar dalam satu kelompok yang mempunyai berjuta-juta ekor kelawar pada sesuatu masa.

Selain itu, kelawar mempunyai satu deria yang unik iaitu sistem gema (echolocation) yang pertama kali dibuktikan oleh Donald Griffin. Kelawar mampu menghasilkan 30-60 gelombang bunyi klik ultrasonik yang dibalikkan oleh permukaan sekeliling dan kembali sebagai gema kepada telinga kelawar.
Bunyi yang dikembalikan ini membantu kelawar untuk menentukan arah, jarak, dan bentuk keadaan sekeliling. Ia juga untuk menentukan kedudukan mangsa ketika memburu serangga. Bunyi ini sebenarnya membantu kelawar daripada terlanggar objek di hadapannya kerana kelawar mempunyai mata yang kecil. Ia juga merupakan asas keupayaan mereka untuk terbang di dalam kegelapan malam atau masuk di dalam gua yang sempit.

Menariknya tentang kelawar ini, selain najisnya yang dijadikan baja, kelawar juga dapat membantu menghalang serangga perosak yang memakan hasil tanaman manusia. Jelas Dr. Felix, kelawar akan mengawal jumlah serangga pada waktu malam dan pernah ada penyelidik menyatakan, pada satu-satu malam, kelompok  kelawar ini mampu memakan serangga sehingga 10 tan. Selain itu, kelawar juga membantu menyebarkan baka tumbuhan liar di dalam hutan terutamanya debunga antara bunga.

Kematian kelawar yang tertinggi pernah dicatatkan di Kentucky, Amerika Syarikat, pada tahun 1960an. Kejadian berlaku di mana sebuah gua tempat tinggal kelawar telah menjadi tarikan pelancong. 100,000 ekor kelawar dikatakan mati akibat kelaparan kerana terlalu kerap terjaga dari pertapaan (hibernasi). Ini kerana, sekiranya kelawar terjaga terlalu kerap ketika bertapa terutamanya pada pertengahan musim sejuk, kelawar akan mati kelaparan disebabkan semua lemak badan telah habis digunakan sebagai tenaga.
Read more ...

Kulat Makan Semut Hitam

Di Thailand, sejenis fungus aneh yang mampu mengawal semut hitam spesies Carpenter telah mengejutkan saintis. Beberapa saintis menyifatkan,  penemuan itu sebagai sesuatu yang baru kerana sebelum ini belum ada lagi parasit yang mampu berfungsi sedemikian.

Fungus yang dikenali sebagai ophicordy unilateralis dikatakan berjaya mewujudkan satu fenomena terhadap semut hitam. Fenomena itu dikenali sebagai ‘parasitic zombification’. Mengikut rekod, kulat pelik itu sebenarnya telah wujud sejak 48 juta tahun lalu dan ia mula menjadi bahan kajian kebelakangan ini oleh saintis alam sekitar.

Beberapa fosil kulat itu daripada zaman silam telah ditemui di Messel, Jerman oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Harvard yang diketuai David Hughes. Hughes adalah seorang penyelidik dalam bidang kelakuan ekologi. Kesan luka akibat percambahan daun pada badan semut ini boleh menyebabkan semut ini mati.

Jelas Hughes, bukti yang ditemui menunjukkan, parasit ini telah berfungsi sebegitu sejak jutaan tahun lalu. Setakat yang diketahui, parasit ini mampu mengubah kelakuan mangsa yang menjadi perumahnya dan dalam kes ini, semut hitam merupakan perumah yang turut menjadi mangsanya. Kelakuan sebegini telah berlaku sejak daripada zaman purba lagi.

Hughes mendapat idea untuk mengkaji lanjut mengenai tabiat parasit ini semasa dia melakukan kajian mengenai perkara itu di Selatan Thailand. Selepas pulang, dia mendapati fosil mengenai kulat itu ada tersimpan di sebuah muzium alam semula jadi di  Washington.

Di Thailand, semut hitam Carpenter membina sarang dalam batang pokok dan mencari makanan berdasarkan kepada sumber yang hidup di lantai hutan. Keadaan itu memudahkan kulat parasit ini hinggap di kepala semut hitam ini dan tersebar ke seluruh koloni. Meskipun parasit itu hanya menyerang semut, namun ramai pihak berasa bimbang ekoran ada penduduk di Thailand menjadikan serangga sebagai hidangan. Dipercayai, lebih 1,400 spesies serangga merupakan makanan kepada penduduk di kawasan utara Thailand. Malah aktiviti penangkapan serangga ini juga mendatangkan sumber ekonomi buat masyarakat di sana.
Read more ...

Zarah Dari Perspektif Sains dan Al-Quran

Kod Projek: UKM-GUP-2011-255
Senarai Penyelidik:
  1. Dr. Faizal Mohamed (Ketua)
Jumlah Dana: RM 30,000.00
Jangka Masa: 8 Ogos 2011 – 7 Ogos 2012 (12 bulan)
Jenis Geran: Geran Universiti Penyelidikan (GUP) Khas
Status: Sedang berjalan

http://www.ukm.my/hadhari/?q=ms/node/380


Read more ...

Friday

Semakin Tinggi,Semakin Sesak Nafas Sains&Al-Quran

Pada pertengahan kurun ke-17,seorang pakar matematik Perancis,Blaise Pascal,telah mengemukakan konsep tekanan udara untuk membuktikan kewujudan lapisan ini.Beliau mendakwa,kepadatan udara udara akan berkurangan secara menegak sehingga mencapai tahap yang paling minimum,seterusnya akan lupus secara total apabila melepasi sempadan atmosfera.


Teori ini menyatakan bahawa hubungan tekanan udara dan faktor ketinggian bergerak secara songsong.Dengan kata lain,komposisi tekanana udara menjadi semakin rendah apabila kedudukan dari atas laut semakin meningkat.Keadaan ini akan menyebabkan seseorang itu mengalami sesak nafas apabila berada di tempat tinggi.

Selepas diperkenalkan,teori ini terus berkembang dan mendapat tempat dalam dunia sains,sehinggakan tekanan udara diukur dalam unit Pascal.Dari semasa ke semasa,teori ini menjadi bertambah kukuh dengan pembuktian daripada kemajuan teknologi yang semakin berkembang maju.

Selain daripada teori Pascal,al-Quran turut menjadi salah satu sumber terawal yang mengetengahkan konsep lapisan atmosfera dan tekanan udara ini.Kitab suci agama Islam yang diwahyukan pada abad ke-7 itu telah memberi gambaran jelas tentang perkara ini melalui surah Al-An'am,ayat 125.

Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia,Prof.Madya.Dr Arip Kasmo,ayat tersebut sudah cukup untuk menjelaskan hukum tekanan udara yang bergerak secara songsong dengan paras ketinggian

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
(Al-An'aam 6:125) | <Embed> | English Translation
Those whom Allah (in His plan) willeth to guide,- He openeth their breast to Islam; those whom He willeth to leave straying,- He maketh their breast close and constricted, as if they had to climb up to the skies: thus doth Allah (heap) the penalty on those who refuse to believe. 


Dr Arip menjelaskan ,perkataan 'mendaki/naik ke langit' menjadi kunci yang menunjukkan ayat ini mempunyai unsur saintifik.Daripada perkataan tersebut,dapat dijelaskan bahawa komposisi udara akan berkurangan apabila kedudukan kita berada di suatu lokasi yang lebih tinggi.Perkara ini berlaku disebabkan jumlah tekanan dan oksigen mengalami penurunan sehingga menyebabkan kesempitan pada dada dan berlakunya keadaan sesak nafas-dyspnea

Dalam sains moden,fakta sains menunjukkan bahawa isi padu atmosfera bumi terdiri daripada sebahagian besar nitrogen,oksigen,argon,karbon dioksida,wap air dan gas-gas lain.Atmosfera tidak mempunyai sempadan yang mendadak,tetapi menipis perlahan-lahan apabila bertambahnya ketinggian.Secara kasar,tekanan tersebut akan berkurangan 100 hPa per kilometer.Justeru,fakta ini mempunyai persamaan dengan apa yang telah dijelaskan di dalam al-Quran.

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. 
 (Al-Baqarah 2:269)

 carian anda :sesak nafas ketika berada di tempat tinggi kaitan udara dan nafas manusia


Read more ...

Thursday

Eksklusif: Spesies ikan yang tidur

Maria menunjukkan keadaan pelik yang
sempat dirakamnya melalui telefon bimbit


Apakah anda pernah melihat ikan dalam keadaan mengiring seperti orang sedang tidur? Barangkali ramai yang beranggapan ia sesuatu yang mengarut. Tapi percayakah anda kalau ikan itu wujud dan fenomena itu pernah berlaku di Kampung Cemperoh, Janda Baik, Pahang. Ikan itu adalah daripada Spesies Oscar dan dimiliki oleh Maria Isa.

Mengikut kisahnya, pada 10 November lalu, Maria mendapati ikan peliharaannya itu tiba-tiba berada dalam keadaan seperti orang sedang tidur. Keadaan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya. Adakah kedua-dua ikan miliknya itu sedang tidur. Mustahil! kerana seumur hidupnya dia tidak pernah melihat ikan boleh tidur. Apakah ikan-ikannya sudah mati? Bimbang dengan keadaan itu, Maria cuba menghulurkan tangannya ke dalam akuarium untuk menyentuh kedua-dua ikan miliknya. Namun, sebaik sahaja tangan Maria hampir menyentuh ikannya itu, ia hidup dan kembali normal semula.

Jelas Maria, selepas dari kejadian pelik itu kedua-dua ikan miliknya kelihatan dalam posisi terlentang pada setiap hari. Selalunya, perilaku aneh kedua ikan Oscar ini akan dapat dilihat sewaktu Maria hendak memberikan makanan ketika waktu pagi.

Kata Maria, kedua-dua ekor ikan unik peliharaannya itu telah dibeli oleh suaminya kira-kira dua tahun lepas di sebuah kedai menjual ikan di Bentong, Pahang. Ketika itu, kedua-dua ikan tersebut masih kecil dan menunjukkan perilaku yang normal. Bagaimanapun, selepas kedua ikan miliknya membesar sehingga empat sentimeter, perilaku ikan Oscar berkenaan mula menunjukkan perubahan pelik yang berbeza berbanding ikan lain.

Persoalannya, apakah benar spesies ikan  mampu tidur? Dan bagaimanakah secara santifiknya dapat mengenal pasti waktu ikan sedang tidur?

Menurut Timbalan Pengarah Zoo Negara Malaysia, Dr. Muhammad Danial Felix, secara saintifiknya ikan sebenarnya boleh tidur. Bagaimanapun, tidur yang dimaksudkan bukanlah sama seperti manusia tetapi bagi haiwan ini ia diistilahkan sebagai berehat.

Walau bagaimanapun, sewaktu ikan berehat posisi fizikal haiwan ini tidak banyak berubah. Seperti mana kajian yang dilakukan, ketika haiwan ini berada dalam keadaan berehat, kadar keaktifan akan berkurangan. Sebagai contoh, ketika berada dalam keadaan ini selalunya ikan akan menunjukkan perilaku yang tidak aktif seperti berada dalam keadaan posisi senget, suka menyorok dan mendiamkan diri.

Mengulas lanjut mengenai ikan Oscar yang didakwa tidur dalam posisi seperti manusia, Dr. Muhammad Danial berkata, sukar untuk memberikan jawapan kerana belum pernah kejadian seumpama itu dilaporkan pernah berlaku. Malah, jelasnya lagi, ia adalah satu tingkah laku haiwan yang menarik dan mengandaikan ikan tersebut berlainan daripada spesies-spesies ikan yang lain.

Jelas Dr. Muhammad Danial lagi, Oscar Fish atau nama saintifiknya dikenali Astronotus Ocellatus adalah sejenis spesies ikan air tawar yang berasal dari benua Amerika Selatan. Ia amat terkenal di kalangan peminat ikan peliharaan selain spesies ikan Arowana dan Flower Horn.

Spesies ikan Oscar menjadi kegilaan  ekoran warnanya yang cantik
Terdapat pelbagai jenis ikan Oscar, antaranya dikenali sebagai Tiger Oscar, Red Tiger Oscar, Albino Tiger Oscar, Albino Red Oscar, Gold Oscar, Half Back Oscar dan Long Fin Oscar. Ikan ini juga terdiri sebagai spesies ikan pemangsa. Makanan utama ikan ini adalah ikan-ikan lain yang bersaiz kecil. Selain makanan utama, ikan ini juga turut menggemari makanan-makanan lain seperti cacing, palet dan cengkerik.

Tambah Dr. Muhammad Felix, Oscar Fish adalah sejenis spesies ikan yang cepat membesar. Berdasarkan kajian yang dilakukan, kadar tumbesaran ikan mampu mencapai sehingga satu tahun atau lebih.
Read more ...

Free Download 40 Hadith Qudsi | Pdf


  Silakan Download :) k..ty

Read more ...

Sunday

Keistimewaan Solat Subuh dari Perspektif Sains&Hadis

Tubuh kita memiliki ritma sirkadian iaitu ketika waktu transisi antara pukul tiga pagi sehingga 12 tengah .Ketika itu terjadinya peningkatan kadar hormon noradrenalin yang meningkatkan tekanan darah,menyempitkan saluran darah dan meningkatkan agregasi trombosit iaitu sifat trombosit melekat.Ada kajian yang menyebutkan,kemuncak kejadian serangan jantung biasanya terjadi antara jam enam pagi hingga 12 tengah hari.Ketika itu terjadi peningkatan tonus simpatis dan pada masa yang sama terjadi penurunan kerja saraf parasimpatis.

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

"Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya(solat isyak dan subuh berjemaah di masjid),nescaya mereka mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak"-Direkodkan oleh al-Bukhari dan Muslim


Kesan daripada peningkatan simpatis ini menghasilkan apa yang dikenali sebagai keadaan 'fight of flight effect'.Keadaan di mana tubuh bersiap sedia menghadapi ancaman.Secara klinikal,kesan peningkatan tonus sympatis ini ditandakan dengan peningkatan frekuensi denyutan jantung.Frekuensi ini menyebabkan sensasi berdebar-debar,kenaikan tekanan darah,penurunan aliran darah pada tempat-tempat yang tidak diperlukan bagi reaksi bersiap sedia seperti kulit sehingga kelihatan pucat,saluran pencernaan dan otot jantung.

Dr.Barita S.,yang menulis artikel Hubungan solat subuh dengan pencegahan kesihatan jantung,memetik penemuan ilmuwan dan pemenang anugerah Nobel,Dr Louis Ignarro dan Dr.Murad mengenai bahan kimia yang berada pada sel bahagian dalam saluran darah yang mampu mengembangkan dan melebarkannya,yang disebut nitrit oksida(NO.)Zat NO ini selalu dikeluarkan oleh tubuh kita,walaupun dalam keadaan istirahat dan tidur sekalipun.Namun pengeluarannya dapat ditingkatkan oleh ubat antara lainnya oleh ubat golongan nitrat-isosorbitdinitrat.

Ternyata NO juga dapat ditingkatkan dengan pergerakan aktif dan senaman.Kesan NO yang lain adalah mencegah kecenderungan darah membeku dengan cara mengurangkan sifat agregasi trombosit pada darah kita bangun tidur pada pagi buta dan bergerak ketika hormon noradrenalin masih berada dalam tubuh kita mampu memberikan pengaruh yang baik.Ini dapat mencegah penyakit jantung dan kardiovaskular dengan melakukan suatu mekanisme pengimbangan.

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Diriwayatkan  daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid atau pulang,sesungguhnya Allah menyediakan untuknya rumah di syurga setiap kali pergi dan pulang."(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

  Naiknya kadar NO dalam darah kerana bergerak dan menjalankan aktiviti antara lainnya berwuduk,solat sunat dan wajib,tambahan disertai berjalan ke masjid bertindak sebagai perlindungan kepada sistem kardiovaskular.Lebih baik lagi apabila selesai solat subuh dilakukan sedikit senaman.

Penting juga diketahui bahawa posisi rukuk dan sujud adalah posisi yang meningkatkan tonus parasimpatis.Sistem saraf parasimpatis yang keluar daripada tulang ekor.Parasimpatis ini juga dikenali dengan istilah saraf cranio-sacral.Dalam posisi rukuk dan sujud terdapat pergerakan seperti mengejan yang memacu kerja sistem saraf parasimpatik.Mampu mengimbangi kesan tonus simpatis.Ini biasa dilakukan oleh manusia dan beberapa jenis haiwan seperti kucing dan anjing selepas bangun dari tidur secara nalurinya akan membuatkan badan agak mengejan dengan cara meregangkan tubuhnya.

سبحان الله!!!Ada hikmah disebaliknya~

Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk." [At-Taubah: 18]


                         Keajaiban Posisi Sujud Sains&Al-Quran/Hadis


Read more ...

Karya seni Menakutkan di Tempat Awam

Kalau buat arca berbentuk manusia mungkin dah biasa bagi kita tapi kalau buat arca menyerupai manusia sebenar dan letak ditempat awam macam mana plak?Mesti kecoh bandar-bandar kan?ia hasil seni seorang rakyat Amerika iaitu Mark Jenkins,41 tahun.Jom layan......

via
Read more ...

Labah-Labah daripada Gunting oleh Chrishtopher Locke

 Spider atau labah-labah nie adalah hasil idea kreatif Chrishtopher Locke dengan menggunakan gunting yang dirampas di lapangan terbang.Jom kita tengok hasil yang gempak nie.

Via
Read more ...

Banyak Ayat Al-Quran Berkaitan dengan Sains

Salleh(2008) dalam bukunya 'Surah Ar-Rahman,Tafsiran dan Fakta-Fakta Saintifik' menyenaraikan ayat-ayat al-Quran yang berkaitan sains.Antaranya;

◆Ada 11 ayat mengenai kimia
◆Ada 24 ayat mengenai sains pemakanan
◆Ada 25 ayat mengenai asal usul kejadian manusia dan makhluk
◆Ada 27 ayat mengenai sains sosial
◆Ada 41 ayat mengenai kejuruteraan
◆Ada 60 ayat mengenai bumi
◆Ada 69 ayat mengenai rangsangan membuat kajian
◆Ada 73 ayat mengenai Matematik
◆Ada 90 ayat mengenai pertanian
◆Ada 113 ayat mengenai astronomi
◆Ada 140 ayat mengenai geografi
◆Ada 114 ayat mengenai fizik
◆Ada 271 ayat mengenai perubatan
◆Ada 283 ayat mengenai biologi


Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran;


Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Al-Quran ini ialah hidayah petunjuk yang cukup lengkap; dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat penerangan Tuhannya, mereka akan beroleh azab dari jenis azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



ayat alquran yang berkaitan dengan kimia
sains alquran ayat quran yang berkaitan pemakanan

ayat alquran yang berkaitan dengan ilmu pengetahuanal-quran dan hadis berkaitan kejuruteraanayat yang berkaitan fizik yang berkaitan ayat alquran surah2 yg berkaitan surah yang berkaitan dengan kejadian manusia hadis berkait dengan sains ayat alquran tentang perubatan ayat saintifik ayat saintifik untuk
Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...