Sunday

FAKTA&KETERANGAN Tasik Gippsland:Bercahaya Biru di waktu malam

FAKTA&KETERANGAN Tasik Gippsland:Bercahaya Biru di waktu malam

Pengalaman ini memang amat menarik,bayangkan anda berjalan di tasik tersebut,tiba-tiba sahaja cahaya aneh kelihatan ,rasa macam dalam filem seram.

  Semuanya disebabkan air danau  telah bertukar menjadi cahaya kebiru-biruan daripada warna asalnya.Ianya semakin terang apabila cahaya lampu dihalakan ke air tasik?

  Hart dan rakanya cuba bermain air  dan berenang ke dalam danau tersebut.Selepas mencubanya,badan mereka terus berubah menjadi biru neon seperti bermain dengan cat radioaktif.

  Hart cuba lagi dengan melempar butiran pasir dan batu ke tasik,sambil menangkap gambar pada kelajuan tinggi.Amat mengagumkan,kemeranya dapat merakam gambar bintik-bintik air biru yang cukup indah dan sempurna sekali.Kita mengambil foto berkenaan buat pertama kali,Hart hamir tidak percaya melihat  rakan-rakannya tampak aneh ketika berada di tasik tersebut.Pelik kan?apa sebenarnya yang membuatkan air di tepi tasik itu kelihatan berkilau,terutama pada hari gelap?



  Cahaya misteri yang muncul di permukaan danau itu sebenarnya terhasil daripada reaksi kimia yang disebut sebagai bioluminescence. Bioluminescence boleh terjadi baik di dalam sel,mahupun di luar sel pada jasad sebahagian daripada tumbuhan dan haiwan.

  Lazimnya,jika hidupan tersebut mengeluarkan bahan kimia dan bertindak balas dengan oksigen di udara atau oksigen yang terlarut dalam air,cahaya akan terhasil tanpa peningkatan suhu.Dan cahaya inilah yang sebenarnya terlihat di Tasik Gippsland.Tapi,bagaimana makhuk hidup itu boleh berada di sepanjang tasik berkenaan?Apakah ia memang tumbuhan semula jadi di situ atau sengaja ditanam bagi menarik perhatian pengunjung luar?Segala tekanan itu rupanya salah.

  Sebenarnya ada tragedi yang membuatkan fenomena itu terjadi.Kisahnya bermula pada bulan Disember 2006.Ketika itu,berlaku kebakaran di kawasan pergunungan sekitar Victoria.Api kebakaran itu menyala sehingga ke kawasan Tasik Gippsland dan tasik-tasik lain di sekitarnya.

  Setahun selepas kebakaran,terjadi pula banjir besar di sekitar kawasan yang sama.Akibat bencana alam itu,abu kesan kebakaran dihanyutkan oleh arus deras bersama tanah yang kaya dengan nitrogen ke dalam Tasik Gippsland.Apabila suhu meningkat pada musim panas,alga bewarna biru-hijau dan bercahaya pada waktu malam telah muncul di dalam air tasik.

  Adalah dipercayai kombinasi bencana alam seperti kebakaran belukar dan banjir telah meningkat paras nutrient untuk makanan organism seperti alga bioluminescence terus hidup si situ.Cuma menghairankan,alga tersebut adalah berbeza daripada tumbuhan yang pernah hadir di tasik terbabit sebelum ini.
Ini kerana spesies alga bioluminescence yang satu ini terjadi secara semula jadi apabila mikroorganisma noctiluca scintillas lazimnya muncul di bahagian pesisir pantai yang menghadap angin dan ia kelihatan seperti tompok merah pada waktu siang.

  Apa yang mengagumkan ialah noctiluca scintillans ini mampu menghasilkan satu bentuk cahaya yang luar biasa pada waktu gelap.Kehadiran kehidupan itu menjadi air bercahaya terang di mana-mana saja asalkan terdapat gerakan ombak atau kocakan pada air tersebut.






2 comments:

  1. trimax, akhirnya info yg lebih dari gmbr
    lilovt!

    ReplyDelete
  2. sama2 ,x dak hal la kawan,aq suka share ilmu.ikhlas dr hati..ko dah kawin belum?nk buat kenduri ajak aq,search kt fb "Hantu Writer" .post kat wall ja.

    ReplyDelete

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...