Monday

Berusaha Mendapatkan Jodoh Ataupun Berusaha Mempersiapkan Diri?

Perempuan. 
Walau bagaimana sibuk dan aktif dalam society, kental bawa diri tak ada pakwe, bersemangat dalam dakwah atau bijak melangit dalam pelajaran, tetap takkan lari daripada bicara soal hati.


Andai hati itu asalnya lembut maka selamanya jua lembut.

Suka orang itu. Suka orang ini.

Nak jaga hati.

Tak nak lagha.

Tak nak fikir yang sia sia.

Kadang kadang rasa rindu sangat sampai nak kahwin sahaja lagi mudah.

Tengok orang couple, rasa nak couple juga, bila fikir balik, tak nak couple sebab tak nak buat perkara menghala dosa, tetapi jiwa terseksa.

Tengok orang kahwin, nak kahwin juga, tak tahu kenapa rasa nak kahwin datang tetapi yang tahu hanya mahu kahwin bila seronok tengok orang kahwin.

Pelbagai rasa didengari.
Bercampur baur dalam hati.

Itu lumrah, sayang.

Apatah lagi dalam umur yang makin meningkat dewasa.
Soal hati dan fitrah rasa untuk disayangi dan menyayangi itu biasa.

Cuma terkadang diri perlu tahu, fokus kehidupannya di mana.

Suka itu tidak salah namun usah sehingga tidak lalu makan nasi goreng ayam paprik tiga hari hanya kerana sakit menahan rindu.
Wake up. Hidup dalam dunia sebenar.

Perjalanan dalam hidup ini jauh.

Bukan sekadar soal saya-suka-awak dan awak-suka-saya, tiada-apa-lagi-yang-menjadi-penghalang-antara-kita dan jom-kahwin semata.

Itu salah satu cabang daripada banyak cabang dalam kehidupan.

Salah satu cabang yang penting.

Dan ada banyak lagi cabang penting lain juga yang perlu diberi fokus.

Rasa yang datang tiada siapa yang sengaja mengundang.

Usah dipadam perasaan fitrah itu tetapi bijaklah dalam mengawal rasa suka.

Itu yang dikata.
Bila suka jangan terlalu suka.Bila benci usah terlalu benci.

Selalulah untuk berada di tengah tengah.

Kerana selama tiada ikatan halal yang termeterai, dia bukan sesiapa lagi untuk dicintai sepenuh rasa.

Genggam kemas hati itu baik baik.

Usah mudah lemah.
Bina semangat yang kental.

Ada satu masa.
Allah pasti akan satukan dua hati menjadi satu ikatan yang halal.

Mana yang lebih penting? Berusaha mendapatkan jodoh ataupun berusaha mempersiapkan diri? Sekiranya diri kita siap, jodoh itu tidak perlu dikejar sebaliknya jodoh yang akan mengejar kita.




No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...