Saturday

Anda Upload Gambar Makanan dalam Facebook?

Adakah anda selalu mengambil gambar makan yang dihidang atau dimasak dan memasukkan foto tersebut ke dalam laman sosial atau internet?

Jika selalu, anda mungkin mengalami masalah psikologi kerana satu kajian pakar mendapati, kecenderungan individu mengambil dan menyiarkan gambar makanan mereka disifatkan sebagai 'sakit mental'.


Ketua Psikiatri Hospital Kolej Wanita di Universiti Toronto, Dr. Valerie Taylor berkata, kegilaan orang ramai berbuat demikian bukan sahaja satu perkara yang menjengkelkan, malah petanda bagi masalah psikologi.

"Saya melihat beberapa klien yang obses dengan makanan mereka.
"Mereka tidak mahu keluar bersosial secara normal dan menjadikan makanan sebagai teman sosial dengan memaparkan apa mereka makan, bila mereka makan dan melakukan perkara yang sama berulang kali," jelasnya.

Kegilaan menyiarkan gambar makanan atau dikenali sebagai "foodstagramming" merupakan trend mengambil gambar makanan dan memuat naik foto itu ke dalam Instagram atau Twitter.

Tabiat tersebut menjadi sangat popular sehingga menyebabkan sesetengah restoran tidak membenarkan pelanggan meraka mengambil gambar makanan yang disediakan atas sebab cahaya kamera dan tindakan itu boleh mengganggu pelanggan lain.

Januari lalu, tukang masak terkemuka New York, David Bouley melarang pelanggan mengambil gambar makanan di dalam restorannya.

Dalam Sidang Kemuncak Obesiti Kanada di Vancouver pada minggu lalu, Taylor menjelaskan tentang gangguan pemakanan dan peranan makanan dalam kebudayaan dan kehidupan moden.

"Trend foodstagramming yang berleluasa ketika ini sangat membimbangkan.
"Kita sepatutnya mengambil gambar yang penting dan bermakna untuk diri kita, namun bagi segelintir orang, makanan menjadi perkara utama buat mereka sehingga menjadi obses," jelasnya.

Taylor turut menegaskan penyiaran banyak gambar makanan memberi kesan buruk terhadap orang ramai dan boleh menaikkan berat badan.

Kenyataan itu dikaitkan dengan kajian Universiti Southern Carlifornia pada tahun lalu yang menunjukkan orang ramai yang meluangkan masa melihat gambar makanan secara dalam talian akan mempengaruhi otak dan menyebabkan mereka makan terlalu banyak. - AGENSI

Source - Utusan Malaysia - Jumaat 10 Mei 2013.

'Foodstagrammers' aren't just annoying - they may have a psychological problem, says leading psychiatrist
[http://www.dailymail.co.uk/health/article-2321307/Foodstagrammers-arent-just-annoying--psychological-problem-says-leading-psychiatrist.html]
Read more ...

Friday

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak&organ manusia | Sains&al-Quran

  http://www.muslimblog.co.in/wp-content/uploads/2013/02/Read-al-quran...jpg
Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
A204
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-A'raaf 7:204) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

When the Qur'an is read, listen to it with attention, and hold your peace: that ye may receive Mercy.  

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 
Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. 

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. 

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. 

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 
 
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mendengar satu ayat dari kitab Allah nescaya ditulis untuknya satu kebaikan yang berlipat ganda, dan barangsiapa yang membacanya maka baginya cahaya pada hari kiamat nanti.” (Hadis dhaif, HR Imam Ahmad). 
Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. 

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. 

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.



Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). 


Read more ...

Thursday

Kisah Hidup Yasmin J Hunwick Di Novel’kan | Lahir di Dunia Bangkit di Syurga




Kisah Yasmin J Hunwick bukanlah satu kisah baru yang menitip di bibir rakyat Malaysia. Nama diberi Yasmin Johan Eusoffe dan lahir pada 22 Februari 1995 ini adalah pemilik nama gelaran Yasmin J Hunwick. Kisah menyayat hati yang terjadi pada malam 3 Jun 2012 lebih kurang jam 11:55 malam tidak akan hilang dari ingatan insan yang mengenalinya.

Kejadian yang menimpa Yasmin J Hunwick atau Yasmin Johan ini pernah trending di Twitter pada ketika itu memandangkan beliau adalah seorang yang agak popular dikalangan blogger di Malaysia walaupun masih di usia yang muda.

Yasmin pergi menghadap Ilahi pada usia yang begitu muda iaitu 17 tahun. Pemergiannya juga begitu tragis dan mengundang air mata sesiapa sahaja. Yasmin hanya seorang gadis biasa, berparas rupa yang ayu dan berjiwa muzik. Permainan muzik kegemarannya adalah Piano. Yasmin juga tidak lekang dengan senyuman yang menyejukkan hati sesiapa sahaja. Yasmin sama juga seperti kebanyakkan remaja lain yang aktif di Twitter, Instagram, Facebook dan sebuah blog diari hidupnya.

Ditakdirkan, arwah pernah memuatkan satu gambar buku di Instagram bertajuk “BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR” dan bersama caption “This book kinda interesting” yang ditulis oleh arwah sendiri dan itu merupakan posting Instagram terakhir yang dilakukan arwah sebelum pergi buat selama-lamanya.
Post terakhir arwah di Instagram sebelum meninggal dunia.
Post terakhir arwah di Instagram sebelum meninggal dunia.
Arwah meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal yang ditunggang bersama 2 rakannya. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah van pelancong di satu persimpangan lampu isyarat di Langkawi ketika cuba membuat pisangan U. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
ohartis-yasmin-johan-2
Biodata Arwah yang diambil terus dari blog arwah.

Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-

Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com
NOVEL
  
Teaser yang kami lakukan di Facebook Oh! Media selepas buku diterima.
Jika anda berminat untuk mendapatkan novel ini (kini tinggal 150 naskah sahaja lagi), ianya hanya berharga RM30 termasuk penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM35 untuk Sabah/Sarawak. Anda boleh menghubungi Facebook penulis novel ini, saudara Syimir melalui Message di Facebook [klik] secara terus. Untuk makluman, novel ini tidak dipasarkan di mana-mana tempat lain selain dari terus menghubungi penulisnya sahaja. Anda juga boleh LIKE pages khas untuk Novel ini di Facebook.
Banyak kisah menarik tentang kisah hidup seorang Yasmin yang menjadikan dia sangat istimewa dan hidup di hati ramai yang lain biarpun tidak pernah mengenali Yasmin secara peribadi. Kisahnya dibukukan untuk menjadi tatapan kenangan dan juga pengajaran untuk kita yang masih bernyawa. Umum tahu mengenai kisah mimpi yasmin beberapa bulan sebelum kematiannya dan dalam buku ini terungkai semua petanda dan juga kisah eksklusif terus dari keluarga arwah yasmin. Ianya amat menyentuh perasaan.

Video di bawah ini adalah kompilasi video arwah Yasmin yang masih ada untuk tatapan kita yang masih ada.
Blog arwah masih wujud sehingga kini dan dijaga dan dikemaskini rapi oleh ibunya. – http://misschronicz.blogspot.com



moga ditempatkan dalam syurga~ :)
Read more ...

Wednesday

Produk Terbaru Syasya ✿ Macam Okay Je Macam Wangi je ✿

bila dah up,promote produk~read this>  Fenomena Upload Video Bangang Abadi di Facebook Youtube 


Read more ...

Lihat Pada Kekunci ‘F’ dan ‘J’ Anda

    Perhatikan papan kekunci (keyboard) komputer anda. Lihat pada kekunci
‘F’ dan ‘J’. Kenapa hanya dua kekunci ini yang mempunyai garisan kecil
dan tidak pada yang lain?


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS2AEA_Vv5NM9jHKV4NNrDx2NGsBZak0YkYxBqCCESOeMTHIFX1    
Pada tahun 2002, June E. Botich dari Naples Itali, telah memfailkan
paten garisan kecil di atas kekunci F dan J di papan kekunci. Ia
bertujuan untuk membantu kepantasan menaip di keyboard. Sejak dari itu,
teknik menaip pantas atau trengkas telah menjadi standard hampir di
semua keyboard komputer di seluruh dunia.


    Sejarahnya bermula pada tahun 1888 apabila Frank Edward McGurrin
menemukan kaedah untuk menaip mesin taip tradisional yang dikenal
sebagai  touch typing . Sebelum muncul komputer, papan taip telah
 lama digunakan dan susunan papan kekuncinya hampir sama dengan susunan
papan kekunci komputer moden.

    Touch typing mempunyai susunan huruf dan simbol yang perlu
dihafal oleh tukang taip untuk menaip dengan pantas. Di barisan tengah
papan kekunci, terdapat huruf-huruf yang membolehkan tukang taip
mengingat. Untuk meningkatkankan daya ingatan dan mengelakkan kesilapan,
 lantas satu ‘tanda’ diletakkan pada huruf ‘F’ dan ‘J’. Dengan itu,
garisan kecil yang menonjol membantu para tukang taip mesin taip touch
typing mengingati kekunci di papan kekunci tanpa perlu melihat
kedudukannya.


    Dalam pelajaran trengkas, jari telunjuk kiri diletakkan pada huruf
‘F’ diikuti jari tengah di huruf ‘D’ jari manis di huruf ‘S’ dan
kelingking pada huruf ‘A’. Di bahagian kanan, telunjuk kanan di huruf
‘J’, jari tengah di ‘K’, jari manis di ‘L’ dan kelingking kanan di tanda
 “:, ;”. Dengan mengingat kedudukan ini, tukang taip akan dapat
merasakan jarinya diletakkan di tempat yang betul.


    Inilah sebab utama garisan kecil di kekunci 'F' dan 'J' di patenkan.



Read more ...

Friday

Fenomena Upload Video Bangang Abadi di Facebook Youtube

السلام عليكم
,pa habaq.Dari masa ke masa sering diperhatikan di FB,Youtube dll segelintir makhluk yang upload video di facebook @ youtube secara sengaja..Ada ka makhluk yang upload secara tak sengaja?Depa tidur ➝lepas tu berjalan semasa tidur ➝pergi ke laptop➝log in facebook➝ upload video ..somnambulism atau noctambulism? macam tak logik je...mcm tak logik je..mcm tak logik ja..

Golongan makhluk ini upload video mereka tanpa memikirkan implikasinya dalam jangka masa yang panjang.Apakah teori bagaimana video ini boleh berkembang  bagaikan bunga yang mekar dan seterusnya popular?Selepas orang ramai bosan view,akan senyap dan layu macam tu saja..Anggaran 1-3 bulan ia akan sepi dan orang ramai dah bercakap mengenai video tu..

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur 

wooo..ohohohohoh..huhuuhuh..ooooOOOO...woo...OOOOO..



upload di Facebook➝orang view➝ save to computerupload di youtube➝penduduk facebook share➝rakan-rakan share➝rakan kepada rakan yang share➝dan seterusnya➝ infinity non stop share and view!
Di sini inginku tegaskan ingatlah alam maya ini 24 jam..Jangan jadikan facebook sebagai pusat melabur dosa.



upload di Facebook➝orang view➝save to computer➝upload di page mereka sendiri ➝ramai komen ➝ramai bash ➝ ramai share➝rakan kepada rakan share➝dan seterusnya➝ infinity non stop share and view!
Ada orang tu kan,dia kan page dia biasa ja,dia nak up dengan ramai like,komen,share dengan sebarkan video bangang abadi tu .Dia nampak page lain tak upload lagi,jadi dia pandai mengambil kesempatan..dan orang tu menjadi mangsa bahan maki hamun...PAGE BATAK LIKE?admin yang tak matang...



upload di Facebook➝orang viewbuat parody➝upload youtube➝orang ramai share
 Mejoriti insan yang buat parody ini nak tumpang populariti ja..publisiti murahan?kadang-kadang yang takleh blah sekali parody tu kena kutuk..sebab video dia pun tahap bangang abadi

Pendek kata seperti gambar di bawah:





500K+ view?

 Selalunya akan masuk blog,surat khabar,tv,majalah..populariti akan  up⇧ bangang akan lebih terserlah



Selepas itu?Respond Tuan Punya Video 
dia buat satu video/update status/tulis dalam blog minta maaf sebab buat video tu..dan bla3..bla3 dia cakap..kadang-kadang dia punya alasan tahap cipan.


bobo
video kapel seminggu 
macam cantik jer,macam comel jer
Nak shopping barang-barang exam











Read more ...

Thursday

Kopi 3 Dalam 1 Penuh Dengan Kimia

Penggunaan bahan kimia yang keterlaluan dalam produk minuman dan makanan sudah tidak terkawal lagi. Ada yang sanggup mencampurkan semua jenis bahan kimia yang dihasilkan dari makmal ke dalam formula minuman sachet lalu mendakwa produk mereka mengandungi kopi berkualiti yang terpilih. Sebagai contoh, berikut senarai bahan-² untuk 2 jenis minuman kopi sachet segera yang dikeluarkan oleh SYARIKAT YANG SAMA. 

Jenama A:
Kandungan: Gula, krimer bukan tenusu, kopi segera

Jenama B:
Kandungan: Non-dairy creamer (glucose syrup, refined hardened vegetable lauric fats (coconut and/or palm kernel oil) sodium caseinate, dipotassium phosphate (E340ii), emulsifier (E472, E472e), sodium polyphosphate (E452i, silicon dioxide (E551)), sugar, foaming creamer (glucose syrup solids, vegetable fats, milk solids, stabilizer (E340ii), emulsifier E481, flavoring, instant coffee, coffee flavor.

Untuk jenama A, lihatlah betapa mudahnya mereka senaraikan bahan-bahan yang terkandung di dalam kopi itu semudah ABC. Sebenarnya adalah mustahil hanya 3 bahan sahaja yang terkandung iaitu gula, krimer dan kopi segera. Mereka sebenarnya menyembunyikan bahan-² kimia lain yang sememangnya diperlukan untuk menjadikan serbuk kopi 3 dalam 1 ini tahan lama, tidak bergumpal, sentiasa kekal dalam keadaaan serbuk dan tidak lembap. Kalau tiada bahan-² kimia ini, serbuk kopi ini tentu sudah rosak, tidak boleh dibancuh dengan air panas dan akan hilang segala "rasa" kopinya. Jadi, anda jangan percaya dengan senarai bahan-² yang ringkas sebegini. Hakikatnya, ada banyak lagi bahan yang disembunyikan dari pengetahuan pengguna.

Bagi jenama B, ia mungkin lebih jujur dengan menyatakan senarai berbagai jenis bahan kimia yang ditambah ke dalam serbuk kopi 3 dalam 1 mereka. Perlu diambilkira bahawa bahan yang pertama sekali dalam senarai ialah bahan yang paling banyak digunakan dalam suatu produk dan yang paling sedikit di senarai terakhir sekali.

Pertama dalam senarai ialah krimer bukan tenusu yang diperbuat dari sirap glukosa (atau lebih dikenali sebagai High Fructose Corn Syrup), lemak sayuran yang telah diproses (sama ada dari kelapa atau minyak isirung kelapa sawit), sodium caseinate (berasal dari susu), dipotassium phosphate (E340ii),
emulsifier (E472, E472e), sodium polyphosphate (E452i - juga adalah sejenis emulsifier), silicon dioxide (E551 - sejenis bahan anti-gumpalan), gula, foaming creamer (adalah krim untuk menghasilkan buih supaya kopi kelihatan menyelerakan), lemak sayuran (atau lemak trans), pepejal susu, penstabil (hanya nyatakan nombor E340ii iaitu dipotassium phosphate), kemudian emulsifier yang ke-empat (hanya nyatakan nombor E481 - sebenarnya pencarian TSM ialah Sodium stearoyl-2-lactylate), perasa, kopi segera dan perisa kopi.

Begitu banyak senarai bahan-bahan kimia yang digunakan dalam serbuk kopi 3 dalam 1 ini dan ianya dalam senarai terawal berbanding kopi di senarai terakhir sekali. Tiga bahan terakhir dalam senarai ini juga menimbulkan banyak persoalan. Minuman kopi segera sepatutnya sudah tentu mengandungi kopi paling banyak dan sepatutnya diletakkan di senarai yang pertama sekali. Kemudian ada PERASA (flavoring) dan PERISA KOPI (coffee flavor). Bagi mereka yang tidak mengerti, perasa dan perisa kopi adalah kopi. Hakikatnya, ia adalah bahan kimia yang dihasilkan untuk meniru citarasa seperti kopi dan mereka tidak senaraikan apakah nama bahan kimia tersebut. Sebenarnya inilah yang 'menmbulkan' aroma kopi semasa ditambahkan air panas padahal ia bukan kopi sebenar. Ramai yang menyangka kerana aroma atau bau kopi yang kuat, itu menandakan ia kopi yang pekat atau itulah biji kopi sebenar. Realitinya, pengguna minum lebih banyak bahan kimia berbanding kopi walaupun produk dipasarkan sebagai kopi segera 3 dalam 1.

Harap ini dapat membantu menyedarkan pengguna bahawa mereka sebenarnya telah ditipu selama ini. Meskipun semua bahan yang disenaraikan ini diluluskan oleh Kesatuan Eropah (EU), ia tidak seharusnya digunakan terlalu banyak dalam minuman dan diminum setiap pagi dan petang. Ini bukan lagi tabiat semulajadi apabila anda menelan bahan kimia setiap hari. Aroma kopi yang kuat itu sebenarnya adalah bau yang terhasil dari bahan kimia yang dihasilkan di makmal. Teknologi serba maju hari ini mampu menghasilkan apa saja bahan yang mengeluarkan bau atau aroma tanpa menggunakan bahan sebenar.

 Daripada semua senarai di atas, mungkin hanya gula, kopi dan krimer sahaja yang anda kenal dan ia boleh didapati di pasaran. Selain itu, semua bahan lain tidak pernah anda dengar atau sentuh.  

Anda fikir bau minyak wangi seperti bau epal, oren, dan lain-lain diekstrak dari buah-buahan sebenar?     
Read more ...

Wednesday

10 Petanda Seseorang Itu Menipu

Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...