Thursday

Kopi 3 Dalam 1 Penuh Dengan Kimia

Penggunaan bahan kimia yang keterlaluan dalam produk minuman dan makanan sudah tidak terkawal lagi. Ada yang sanggup mencampurkan semua jenis bahan kimia yang dihasilkan dari makmal ke dalam formula minuman sachet lalu mendakwa produk mereka mengandungi kopi berkualiti yang terpilih. Sebagai contoh, berikut senarai bahan-² untuk 2 jenis minuman kopi sachet segera yang dikeluarkan oleh SYARIKAT YANG SAMA. 

Jenama A:
Kandungan: Gula, krimer bukan tenusu, kopi segera

Jenama B:
Kandungan: Non-dairy creamer (glucose syrup, refined hardened vegetable lauric fats (coconut and/or palm kernel oil) sodium caseinate, dipotassium phosphate (E340ii), emulsifier (E472, E472e), sodium polyphosphate (E452i, silicon dioxide (E551)), sugar, foaming creamer (glucose syrup solids, vegetable fats, milk solids, stabilizer (E340ii), emulsifier E481, flavoring, instant coffee, coffee flavor.

Untuk jenama A, lihatlah betapa mudahnya mereka senaraikan bahan-bahan yang terkandung di dalam kopi itu semudah ABC. Sebenarnya adalah mustahil hanya 3 bahan sahaja yang terkandung iaitu gula, krimer dan kopi segera. Mereka sebenarnya menyembunyikan bahan-² kimia lain yang sememangnya diperlukan untuk menjadikan serbuk kopi 3 dalam 1 ini tahan lama, tidak bergumpal, sentiasa kekal dalam keadaaan serbuk dan tidak lembap. Kalau tiada bahan-² kimia ini, serbuk kopi ini tentu sudah rosak, tidak boleh dibancuh dengan air panas dan akan hilang segala "rasa" kopinya. Jadi, anda jangan percaya dengan senarai bahan-² yang ringkas sebegini. Hakikatnya, ada banyak lagi bahan yang disembunyikan dari pengetahuan pengguna.

Bagi jenama B, ia mungkin lebih jujur dengan menyatakan senarai berbagai jenis bahan kimia yang ditambah ke dalam serbuk kopi 3 dalam 1 mereka. Perlu diambilkira bahawa bahan yang pertama sekali dalam senarai ialah bahan yang paling banyak digunakan dalam suatu produk dan yang paling sedikit di senarai terakhir sekali.

Pertama dalam senarai ialah krimer bukan tenusu yang diperbuat dari sirap glukosa (atau lebih dikenali sebagai High Fructose Corn Syrup), lemak sayuran yang telah diproses (sama ada dari kelapa atau minyak isirung kelapa sawit), sodium caseinate (berasal dari susu), dipotassium phosphate (E340ii),
emulsifier (E472, E472e), sodium polyphosphate (E452i - juga adalah sejenis emulsifier), silicon dioxide (E551 - sejenis bahan anti-gumpalan), gula, foaming creamer (adalah krim untuk menghasilkan buih supaya kopi kelihatan menyelerakan), lemak sayuran (atau lemak trans), pepejal susu, penstabil (hanya nyatakan nombor E340ii iaitu dipotassium phosphate), kemudian emulsifier yang ke-empat (hanya nyatakan nombor E481 - sebenarnya pencarian TSM ialah Sodium stearoyl-2-lactylate), perasa, kopi segera dan perisa kopi.

Begitu banyak senarai bahan-bahan kimia yang digunakan dalam serbuk kopi 3 dalam 1 ini dan ianya dalam senarai terawal berbanding kopi di senarai terakhir sekali. Tiga bahan terakhir dalam senarai ini juga menimbulkan banyak persoalan. Minuman kopi segera sepatutnya sudah tentu mengandungi kopi paling banyak dan sepatutnya diletakkan di senarai yang pertama sekali. Kemudian ada PERASA (flavoring) dan PERISA KOPI (coffee flavor). Bagi mereka yang tidak mengerti, perasa dan perisa kopi adalah kopi. Hakikatnya, ia adalah bahan kimia yang dihasilkan untuk meniru citarasa seperti kopi dan mereka tidak senaraikan apakah nama bahan kimia tersebut. Sebenarnya inilah yang 'menmbulkan' aroma kopi semasa ditambahkan air panas padahal ia bukan kopi sebenar. Ramai yang menyangka kerana aroma atau bau kopi yang kuat, itu menandakan ia kopi yang pekat atau itulah biji kopi sebenar. Realitinya, pengguna minum lebih banyak bahan kimia berbanding kopi walaupun produk dipasarkan sebagai kopi segera 3 dalam 1.

Harap ini dapat membantu menyedarkan pengguna bahawa mereka sebenarnya telah ditipu selama ini. Meskipun semua bahan yang disenaraikan ini diluluskan oleh Kesatuan Eropah (EU), ia tidak seharusnya digunakan terlalu banyak dalam minuman dan diminum setiap pagi dan petang. Ini bukan lagi tabiat semulajadi apabila anda menelan bahan kimia setiap hari. Aroma kopi yang kuat itu sebenarnya adalah bau yang terhasil dari bahan kimia yang dihasilkan di makmal. Teknologi serba maju hari ini mampu menghasilkan apa saja bahan yang mengeluarkan bau atau aroma tanpa menggunakan bahan sebenar.

 Daripada semua senarai di atas, mungkin hanya gula, kopi dan krimer sahaja yang anda kenal dan ia boleh didapati di pasaran. Selain itu, semua bahan lain tidak pernah anda dengar atau sentuh.  

Anda fikir bau minyak wangi seperti bau epal, oren, dan lain-lain diekstrak dari buah-buahan sebenar?     


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...