Wednesday

Mencari Kaitan Kisah di antara 'Anak Lelaki' dan 'Pakar Bedah'


Assalamualaikum ~jom uji minda anda~
sila highlight dalam kotak di bawah untuk membaca keterangan:


Nolan(1987) memberikan cerita ini kepada beberapa individu.Mereka bingung semasa mencari kaitan di antara 'anak lelaki' dan 'pakar bedah' terbabit.Tidak logik jika pakar bedah itu bapa anak lelaki itu kerana bapanya terbunuh dalam kemalangan.Mereka mula membuat tekaan seperti mungkin pakar bedah itu bapa tirinya,anak lelaki itu adalah anak haram dan sebagainya.Pakar bedah itu sebenarnya ibu kepada anak lelaki itu..

Menurut Nolan,tabiat berfikir secara logik yang ditanam sejak zaman persekolahan boleh menyebabkan blok mental dan menghalang kita daripada melihat kemungkinan-kemungkinan baru atau kaitan-kaitan baru.Apa yang berlaku terhadap individu-individu yang dikaji beliau ialah mereka terperangkap secara tidak sedar dengan andaian bahawa semua pakar bedah adalah lelaki.Ini menghalang mereka melihat kemungkinan pakar bedah tadi adalah seorang perempuan dan ibu kepada anak lelaki itu.



Read more ...

Tuesday

Jenis Ikan dan Khasiatnya


Ikan mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan sepatutnya menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan protin seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit jantung dan strok.

Omega-3
Asid lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential) kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan.

Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).

Istilah minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.

Spesis Ikan Berminyak

Tenggiri (Mackerel)
Kaya dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim. Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.

Salmon
Dikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri.

Todak (Swordfish)Meskipun mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3 seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon.

Ikan Sebelah (Halibut)Ikan jenis ini juga mengandungi omega 3 yang tinggi, kurang sedikit dari ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh badan.
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)
Ikan tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan sebelum ditinkan.

Ikan Kod (Cod)
Banyak faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis dan juga untuk kesihatan jantung.


Ikan Parang (Wolf-Herring)
Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.


Sardin (Sardine/Pilchard)
Boleh didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3. Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.


Layaran (Sailfish)
Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.

Siakap (Barramundi)
Siakap harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa. Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara khasiatnya.

Kerapu (Grouper)
Juga kaya dengan omega-3 dan protin.

Ikan Bilis (Anchovies)
Ikan yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D, mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang pendek dan ia kurang risiko pencemaran.

Ikan Mentah
Memakan ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk memelihara kesihatan.
Read more ...

Jangan Makan Ketupat Plastik

Bagi umat Islam di negara ini, bulan puasa dah hampir tiba. Tak lama lagi kita akan menyambut hari raya. Hari raya sudah penuh dengan makanan. Dan bagi orang Melayu, salah satu makanan popular di hari perayaan ini ialah nasi impit dan ketupat.
Zaman dahulu, nenek moyang kita menggunakan daun palas yang dianyam membentuk 3 atau 4 segi kemudian dibukakan lubang untuk diisi dengan beras pulut atau beras biasa. Anyaman berisi beras ini kemudian dikukus menjadikan ketupat atau nasi impit.

Hari ini, kemajuan teknologi penggunaan plastik telah menggantikan daun palas ini. Plastik ini sudah diisi dengan beras kemudian dimatikan dengan haba supaya memerangkap butir beras itu dari tertumpah keluar. Ia dimasak bersama air sehingga suhu mendidih. Jenis plastik yang biasa digunakan ialah jenis polyethylene (PET). Plastik inilah juga biasa digunakan sebagai bekas minuman yang dibawa balik dari restoran.

Plastik kebanyakannya berasal dari bahan petroleum dan campuran bahan-bahan kimia. Apabila ia mengalami suhu panas, ia akan menghasilkan bahan sampingan yang merbahaya terutama Bisphenol-A yang telah dibuktikan boleh menyebabkan kanser.

Tibalah masanya untuk kita membuat keputusan yang lebih bijak an baik untuk kesihatan kita dan keluarga. Jangan beli produk beras atau ketupat segera seperti ini lagi menjelang hari raya tidak lama lagi. Adalah lebih baik menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan sarung daun palas. Tunjukkan kuasa pengguna hari ini lebih kuat dan pengguna tidak lagi mudah menerima apa saja yang diiklankan  di depan mata. Kita menolak idea menggunakan plastik yang dipanaskan sebagai bekas untuk barang yang kita makan.

Pastikan di hari raya tahun hadapan, tiada lagi produk sebegini terjual di pasaran.  Kita tidak mahu lihat ia berada di pasaran di masa akan datang. ~ Artikel oleh The Secret Medicines
Read more ...

Sunday

Gunalah Penapis Air

Sebahagian dari nutrien fitokimia anti-kanser dan anti-penyakit semulajadi yang paling berharga yang biasanya ditemui dalam makanan, didapati boleh menyebabkan kanser bila dicampurkan dengan air paip berklorin. Penemuan ini termasuk makanan yang biasa iaitu soya, buah-buahan, sayur-sayuran, teh, produk kesihatan, dan beberapa preskripsi.
Satu kajian bersama telah dijalankan di Jepun oleh saintis penyelidikan di Institut Sains Kesihatan dan Universiti Wilayah Shizuoka. Mereka menetapkan bahawa bahan-bahan organik semula jadi bertindak balas apabila terdedah kepada air paip berklorin, membentuk sebatian berbahaya penyebab kanser dinamakan MX, yang bermaksud "mutagen tidak diketahui". Ia sama dengan penyebab kanser yang sudah terkenal dan lebih mudah dikesan iaitu THMs (trihalometana).

 
Kajian awal oleh saintis di Finland pada tahun 1997 menetapkan bahawa MX adalah 170 kali ganda lebih berbahaya berbanding produk sampingan lain yang diketahui toksik akibat pengklorinan, dan telah dibuktikan dalam kajian makmal boleh merosakkan kelenjar tiroid serta menyebabkan tumor kanser.

Tiada apa yang salah dengan bahan-bahan organik itu. Ia adalah berpunca dari klorin yang menukarkan bahan-bahan organik kepada bahan merbahaya seperti THMs dan MX. Bahan-bahan organik telah terbukti sangat bermanfaat kepada kita jika digabungkan dengan air minuman yang tulen.

 
Ia menunjukkan bahawa makanan segar yang kita makan juga bertindak balas terhadap air paip berklorin yang kita gunakan untuk memasak makanan kita, mewujudkan toksin. Ini bermakna bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran, salad hijau, teh hijau, teh hitam, teh herba, produk soya, vitamin dan pelbagai makanan tambahan, dan juga beberapa ubat-ubatan farmaseutikal boleh dikaitkan dengan kombinasi dengan air berklorin.

Ejen merbahaya penyebab kanser yang terhasil adalah sangat toksik dalam jumlah yang sangat kecil dan ia sangat sukar untuk dikesan. Sedikit sahaja klorin diperlukan untuk menghasilkan bahan toksin itu.

 
Walaupun klorin pada dasarnya berjaya menghapuskan risiko penyakit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, terdapat banyak patogen yang tidak dikawal oleh klorin. Wujud kaedah rawatan air yang lebih baik, seperti pengozonan, dan banyak alternatif yang telah digunakan di seluruh dunia.

 
Mesej ini adalah amat penting kepada orang awam, kerana klorin satu hari nanti, dalam masa terdekat, didedahkan sebagai penyebab utama dan penyumbang kepada kanser dan penyakit degeneratif. Klorin juga akan didapati bertanggungjawab untuk merosakkan sistem imun dan hormon badan dengan mutasi estrogen tumbuhan dan fitokimia yang menyokong sistem tersebut. Sistem imun yang sihat sepatutnya menjadi pertahanan barisan hadapan anda terhadap penyakit.

 
Apa yang boleh anda lakukan?
Menghapuskan atau mengurangkan semua klorin di mana mungkin. Jangan minum air paip klorin. Cara terbaik untuk membuang klorin adalah dengan mendapatkan penapis osmosis songsang, kerana osmosis songsang juga membuang flouride, yang diberi nilai 4/5 pada skala racun dunia (5 merupakan tempat yang tertinggi). Gunakan penapis 2 mikron. Ini adalah sekecil kita boleh dapat dan masih mendapat satu aliran air yang baik.

Secara dasarnya, punca sebenar adalah klorin, bukan bahan-bahan makanan di mana ia bertindak balas. Ramai orang telah menggunakan sistem penapis domestik diletakkan di sumber utama sebelum memasuki rumah mereka. Klorin ada di mana-mana ... teh ais yang anda pesan di restoran atau di warung mungkin dibuat dengan air berklorin, daun salad anda mungkin telah dibasuh dengan air berklorin ... ia berlaku hampir di mana saja. Ramai yang membaca mengenai bahaya klorin mungkin tidak percaya dan terkejut bahawa bahan toksik ini mengalir keluar dari paip air di rumah mereka sepanjang masa. Tetapi dengan mengetahui tentang hal itu akan membantu anda untuk menilai bagaimana untuk mengendalikan bahan toksik yang hadir melalui paip air di rumah anda. 

 
Kit Ujian Klorin Dalam Air

Jika anda tertanya-tanya sama ada sumber air yang keluar dari paip rumah anda mengandungi klorin di dalamnya, anda boleh dapatkan kit ujian air dari pembekal kolam tempatan. Ia akan memberitahu anda jika botol air yang anda beli benar-benar bebas daripada klorin atau tidak. ~
Artikel oleh The Secret Medicines
Read more ...

Friday

Senaman 7 minit



Ramai mengelak melakukan senaman disebabkan kekangan waktu serta kesibukan di pejabat sekali gus memberi alasan paling mudah untuk tidak bersenam. Namun hakikatnya bagi yang mengetahui faedah senaman serta teknik digunakan, dengan hanya meluangkan masa tujuh minit anda berpeluang mendapat hampir 100 peratus faedah sama seperti melakukan senaman 30 minit atau satu jam.
Hal ini dibuktikan menerusi sebuah artikel yang terkandung dalam jurnal kesihatan yang dikeluarkan oleh Kolej Kesihatan Perubatan Sukan Amerika keluaran Mei-Jun 2013 yang mencadangkan satu rejim senaman selama tujuh minit berpandukan kajian khusus dalam bidang kecergasan terkini. Mereka menggelarkan senaman itu sebagai Senaman Saintifik 7 Minit. 


Menurut Juruterapi Senaman Kementerian Kesihatan Malaysia, Redza Benjamin yang juga Penasihat Saintifik & Nutraseutikal ZMC Sihat Sunnah, rejim senaman tujuh minit ini mensasarkan 12 jenis senaman yang menggunakan berat badan sebagai beban.
Menerusi kajian dalam bidang kecergasan, ia dikatakan menepati standard terkini sebagai pergerakan berintensiti tinggi.


“Ini kerana setiap tindakan atau pergerakan mempunyai penjelasan saintifik dan mempunyai keberkesanannya. Malah ia menepati standard terkini dan bertepatan ciri-ciri latihan interval berintensiti tinggi,” katanya.


Secara asasnya, setiap senaman dalam rejim ini harus dilakukan dengan pantas pada kadar intensiti tinggi untuk tempoh 30 saat, kemudian diselangselikan dengan 10 saat masa rehat dan diulang pergerakan yang sama.

Setiap senaman mempunyai sebab tertentu ia disusun mengikut turutan yang sudah ditetapkan.

Sebagai contoh jika diteliti, semua senaman disusun secara berselang-seli di antara senaman yang mensasarkan otot pada bahagian atas badan dan otot bahagian bawah badan.

“Susunan 12 senaman ini bukanlah secara rawak, sebaliknya sengaja disusun sedemikian. Ini sangat penting kerana dengan cara ini setiap otot akan mendapat kesempatan untuk mengejar kembali nafas tatkala otot bahagian satu lagi sedang dikerjakan,” jelasnya.

Secara amnya, pergerakan untuk senaman bermula dengan melompat dengan kedua-dua tangan di atas (jumping jacks) yang mensasarkan keseluruhan badan diikuti dengan duduk dan bangun di atas kerusi yang meng­khususkan kepada bahagian atas badan.

“Untuk kesan yang jelas pada bahagian bawah badan, senaman tekan tubi pergerakan paling berkesan manakala pergerakan duduk dan bangun dilihat sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan perut yang kempis,” katanya.

Dalam hal ini, Senaman Saintifik 7 Minit tidak perlu dilakukan di gimnasium kerana ia boleh dibuat di mana saja sama ada di rumah atau taman permainan. Selain menggunakan beban badan, penggunaan kerusi dengan cara naik dan turun menggunakan kedua-dua kaki penting kerana ia menggerakkan keseluruhan badan. Begitu juga dengan lari setempat dengan mengangkat tinggi kedua-dua kaki juga memberikan kesan maksimum kepada badan.

“Secara amnya sesiapa juga boleh melakukan senaman tujuh minit kerana selain pergerakan yang mudah dan biasa dilakukan, ia boleh dilakukan di mana saja tanpa me­ngeluarkan belanja yang besar. Jika dilakukan secara bersungguh-sungguh dan konsisten setiap hari, anda pasti dapat melihat perbezaannya,” ujar Redza yang turut mempu­nyai sijil dalam bidang Nutrisi, Kesihatan dan Kawalan Penyakit daripada Universiti California, San Francisco.


Oleh Siti Zarinah Sahib 
Read more ...

Saturday

Coklat panas mampu rawat Alzheimer

Coklat panas mampu rawat Alzheimer Kajian mendapati amalan minum dua cawan coklat panas setiap hari mampu atasi masalah hilang daya ingatan.
Washington: Satu kajian yang dijalankan penyelidik Amerika Syarikat mendapati amalan meminum dua cawan coklat panas setiap hari, mampu meningkatkan ketajaman otak di kalangan orang dewasa.

Masalah dimensia atau hilang daya ingatan berpunca daripada kelainan yang berlaku, mendorong pakar neurologi, Farzaneh Sorond dari Sekolah Perubatan Harvard menjalankan kajian untuk memahami bagaimana aliran darah di otak mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berfikir.
Gangguan aliran darah


Beliau kemudian membuat penelitian ke atas 60 responden, kebanyakannya berusia 73 tahun yang tidak terkena Dimensia, bagaimanapun, 18 orang daripada mereka didapati mengalami gangguan aliran darah ke otak mereka.

Mereka kemudian diminta meminum dua cawan coklat panas setiap hari selama sebulan sebelum menjalani ujian daya ingatan dan berfikir.

Sorond menggunakan kaedah ultrasound untuk mengukur kadar aliran darah ketika ujian dilakukan.

“Apa yang saya dapati ialah aliran darah ke bahagian tertentu otak semakin meningkat, begitu juga fungsinya ketika diberi tugas kognitif,” katanya.
Ada hipotesis yang menyatakan bahawa bahan antioksida flavanol, yang ada di dalam coklat dapat meningkatkan daya kognitif.

Bagaimanapun, pakar penyakit Alzheimer, Paul Rosenberg dari Universiti John Hopkins yang menulis sebuah esei untuk melengkapkan penelitian Sorond dalam jurnal Neurology, menyatakan bahawa teori itu tidak sepenuhnya benar.

“Sorond menguji coklat dengan sedikit kandungan flavanol dan yang tinggi kandungan bahan itu tetapi mendapati tiada perbezaan di dalam hasilnya,” katanya.

Penawar penyakit

Rosenberg bagaimanapun menyifatkan kajian Sorond sebagai langkah pertama yang penting ke arah kajian lebih terperinci pada masa depan bagi mencari penawar penyakit Alzheimer.

“Kami tidak akan mengatakan minumlah coklat panas sekarang, tetapi ada kemungkinan wujud bahan dengan nilai ubat di dalam koko. Jadi tiada salahnya kita menikmati coklat panas yang dienakkan lagi dengan tambahan krim putar. Ia benar-benar lazat,” katanya.
AGENSI 



Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...