Thursday
Puasa Dapat Mengelakkan Otak Daripada Mengecut Sains&Puasa
Kajian saintifik terbaru perubatan Barat mendapati berpuasa
dua kali seminggu, sebagai contoh, boleh mengelakkan otak individu
daripada mengecut dengan pertambahan umur, selain manfaat kepada mereka
yang menghidapi penyakit jantung, diabetes dan kanser.
Berpuasa pada masa dulu pernah digunakan dalam rawatan perubatan namun kajian terbaru menunjukkan ia perlu diterapkan semula.
Ini kerana ia mampu mencetuskan pelbagai hormon yang membantu meningkatkan kesihatan selain perubahan metabolisme badan.
Berpuasa selama beberapa hari hanya melibatkan pemakanan
makanan antara 500 dan 800 kalori sehari sahaja berbanding hari biasa
iaitu 2,000 kalori bagi wanita dan 2,500 kalori (lelaki).
Ia menurunkan tahap hormon yang dikaitkan dengan kanser dan diabetes
selain kolestrol ‘tidak baik’ dan triglyceride dalam darah serta
pengurangan radikal bebas, molekul yang dikaitkan dengan pelbagai
penyakit.
Ketua Neorosains Institut Penuaan Nasional Amerika Syarikat (AS),
Profesor Mark Mattson berkata, faedahnya sama seperti anda bersenam. Ia
boleh melindungi otak daripada penyakit kemerosotan otak seperti
Alzheimer dan Parkinson.
kelebihan puasa;
Dalam satu kajian yang dilaporkan oleh Jurnal Obesiti Antarabangsa
tahun lepas, sekumpulan wanita obes dan gemuk diberikan pemakanan
melibatkan 1,500 kalori sehari untuk satu minggu.
Satu lagi kumpulan diberikan pemakanan 500 kalori untuk dua hari dan
kemudian 2,000 kalori setiap hari pada lima hari seterusnya.
Pakar diet Universiti Manchester, Dr. Michele Harvie yang mengetuai
kajian itu berkata, kedua-dua kumpulan menunjukkan penurunan berat badan
yang sama selain pengurangan sama penanda biologi yang boleh
meningkatkan risiko kanser. – Agensi
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih