Saturday
Misteri Kota Dinding Petra

Memiliki ukuran ketinggian 40 meter, kota tersebut digelar sebagai Petra atau kota batu dinding. Ia merupakan sebuah ibu kota tamadun kuno yang dikenali sebagai suku Nabataean. Berdasarkan rentetan sejarah, kota ini mula dijumpai oleh seorang penjelajah Switzerland yang bernama Johann Ludwig Burckhardt pada tahun 1812.
Menurut seorang Penyelidik Sejarah dari Universiti Damaskus, Syria, Dr. Syauqi Abu Khalil, kota batu Petra adalah sebuah penempatan yang dibina dalam jangka masa hampir setengah abad bermula tahun 9 Sebelum Masihi (SM) hingga 40 Masihi, iaitu ketika era pemerintahan Raja Aretas IV.

Selain mempunyai fungsi sebagai sebuah bandar terancang, kota batu ini turut dikenali sebagai lokasi perdagangan yang penting pada abad ke-4 SM. Mempunyai kedudukan yang strategik, kota Petra sering dikunjungi para pedagang timur dan barat untuk menjual barang dagangan mereka. Malah, suku kaum Nabataean turut memperkenalkan sistem percukaian dan pajak kepada para pedagang yang ingin menjalankan perniagaan di kawasan kota tersebut.

Persoalannya, ke manakah suku Nabataean berhijrah? Dan apakah yang berlaku seterusnya pada Kota Petra?
Jelas Dr. Syauqi, setakat ini tiada rekod dijumpai tentang suku Nabataean. Namun, selepas penghijrahan masyarakat Nabataean, kota Petra telah didiami oleh suku kaum Badwi (masyarakat nomad Arab). Selepas itu, ia diambil alih oleh pemerintah Islam pada abad ke-7 Masihi. Kemudian, pada kurun ke-11 hingga 13 Masihi ia menjadi lokasi pertahanan dan persinggahan bagi angkatan tentera Salib yang berlindung daripada pihak musuh.
Pada tahun 1985, selepas beberapa tahun kota tersebut ditemui oleh penjelajah Switzerland, Burckhardt, ia telah diwartakan sebagai sebuah tempat bersejarah dalam senarai UNESCO(Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB).
Mengikut laporan sebuah agensi berita BBC (British Broadcasting Corporation), Kota Petra dipilih sebagai salah satu lokasi daripada 40 buah tempat yang perlu dilawati sebelum mati.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih