Monday
Dr Leonid Bedah Diri Sendiri
Semuanya bermula ketika beliau dihantar bertugas ke Stesen Penyelidikan Soviet Novolazarevskaya di Artartika dari bula September 1960 hingga Oktober 1962.Pada satu pagi 29 April 1961,Dr.Leonid merasakan tubuhnya semakin lemah.Secara tiba-tiba dia demam panas,loya dan sakit pada bahagian kanan abdomennya.
Memandangkan di stesen penyelidikan itu tidak mempunyai pegawai perubatan selain Dr.Leonid,maka doktor berusia 27 tahun itu terpaksa mendiagnosis dirinya sendiri.Hasil pemeriksaannya,dia mendapati tubuhnya menghadapi penyakit apendiks di peringkat akhir.Hanya pembedahan saja yang boleh merawat apendiks tersebut.
Kemudian pada 30 April 1961,kondisi kesihatan Dr.Leonid semakin teruk.Dia terbaring lemah di satu kawasan bernama Mirny.Kawasan itu berdekatan stesen penyelikan Soviet.Jaraknya lebih kurang 1,610 km dari Novolazarevskaya.Mengikut rancangan,Dr.Lionid harus diterbangkan ke Novolazarevskaya bagi membolehkan beliau dibedah segera.Malangnya,tidak ada satu pesawat pun yang pun yang boleh digunakan.Keadaan bertambah teruk apabila cuaca tidak mengizinkan sebarang aktiviti penerbangan di kawasan itu.Cuma ada satu jalan sahaja untuk menyelamatkan nyawa Dr.Lionid,iaitu dia perlu membedah dirinya.
Sekitar pukul 8.30 malam,para penyelidik di stesen kajian ini membentuk beberapa pasukan untuk membantu pembedahan Dr.Lionid.Persiapan pertama dimulakan dengan menyediakan bilik pembedahan.Segala barang kelengkapan di bilik Dr.Lionid dialihkan keluar.Cuma tinggal sebuah katil,dua meja dan lampu meja sahaja.
Menurut Gerbovich ketika Dr.Leonid menghiris lapisan kulit perutnya hingga mendedahkan sebahagian isi perutnya,keadaan itu adalah sesatu yang mengerikan.Para penyelidik yang membantu pembedahan ini hampir melarikan diri dan berpaling muka daripada melihat darah yang membuak keluar.
Dua ahli aerologi,Fedor Kabot dan Robert Pyzhov,kemudiannya mensteril kain cadar dan semua peralatan pembedahan.Percahayaan dalam bilik pula diubah kepada sinaran ultra violet.Ahli meteorologi,Alexandr Artemev pula diberikan tugas sebagai tukang hulur alat pembedahahan.
Zinovy Teplinsky yang bekerja sebagai mekanik,dipertanggungjawabkan memegang cermin dan menyesuaikan pencahayaan lampu meja.Manakala,Pengarah Stesen,Vladislav Gerbovich pula membantu Dr.Leonid sekiranya berlaku kecemasan.Tepat pukul 2.00 pagi,Dr.Leonid memakaikan sarung tangan getah ke tangan para pembantunya.Dia kemudian naik ke atas katil dan memilih kedudukan separuh baring.Ubat procaine sebanyak 20 mililiter disuntik ke bahagian abdomennya.
Selepas 15 minit,dia membuat insisi sepanjang 10 hingga 12 sentimeter.Proses itu agak sukar dilakukan kerana keterbatasan penglihatan menyebabkannya tidak dapat mengagak kedalaman luka.Jadi dia perlu fokuskan penglihatannya pada cermin bagi mendapatkan belahan yang tepat.Mata Dr.Leonid tercangak-cangak memerhatikan cermin sambil tangannya meraba-raba.Keadaan itu menyebabkannya mudah letih.Jadi dia terpaksa berehat seketika sebelum meneruskan pembedahan ini.
Selepas 30 hingga 40 minit berlalu,Dr.Leonid akhirnya berjaya mengeluarkan apendiks dari dalam perutnya.Dia melihat ketulan apendiks itu agak gelap dan hitam.Ini bermakna jika terlewat satu hari lagi,apendiks itu akan pecah. Menurut Gerbovich,ketika Dr.Leonid menghiris lapisan kulit perutnya hingga mendedahkan sebahagian isi perutnya,keadaan itu adalah sesatu yang membantu pembedahan ini hampir melarikan diri dan berpaling muka daripada melihat darah yang membuak keluar.Meskipun begitu ,Dr.Leonid tetap tenang dan menumpukan sepenuh perhatian pada kerjanya sehinggalah dia selesai membuang apendiks itu dan menjahit semula insisi yang terbuka itu.Setelah itu,para pembantunya kemudian mencuci dan membersihkan abdomen Dr.Leonid. Apabila semuanya selesai,Dr.Leonid mengambil ubat tidur dan berehat.Keesokkannya,suhu badannya meningkat naik kepada 38.1 darjah Celcius.Bimbang perkara buruk terjadi,dia terus mengambil ubat anti-biotik dan meminumnya.Empat hari selepas itu,fungsinya kumuhannya kembali normal.Dua minggu kemudian,dia sudah pulih sepenuhnya.
Setahun selepas itu,dia meninggalkan Artartika dan pulang semula ke Leningrad.Dr Leonid kemudiannya menyambung pelajaran peringkat PhD dan meneruskan kerjayanya sebagai Pakar Bedah hinggalah dia mininggal dunia pada 21 September 2000 kerana menghidap kanser perut.
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih