Friday

Yoga wajah

Wajah kusam sepanjang hari ditambah pula dengan beban kerja semakin menimbun mampu membuatkan kedutan muka makin ketara. Umur masih muda tetapi wajah sebenar tidak menggambarkan usia. Tak perlu fikir untuk gebu wajah dengan produk mengandungi bahan kimia. Ketahui ada cara semula jadi untuk dapatkan wajah idaman.
Sekarang ini senaman yoga untuk wajah semakin terkenal dalam kalangan gadis sama ada yang muda hingga sudah berusia. Senaman yoga yang diperuntukkan khusus untuk kecantikan wajah dipercayai dapat memberikan kesan luar biasa pada wajah di mana lebih tegang, sihat dan menguatkan otot muka. Apatah lagi dengan senaman mudah ini, ia boleh dilakukan di mana saja tanpa menggunakan rangkaian perawatan dan ubat tambahan menyakitkan wajah. 
Bukan saja daripada kalangan orang biasa yang bersetuju dengan kehebatan senaman ini, selebriti antarabangsa pun sudah mula melakukannya. Tanyalah sesiapa pun, siapa tidak mahu wajah yang segar, cerah, dan bebas kerutan? Ia pastinya menjadi dambaan wanita. 

Sebenarnya masalah pada kulit wajah dapat dilakukan dengan mudah tanpa kesan samping iaitu yoga wajah. Senaman muka ini dilakukan untuk hidup lebih sihat dan pilihan lebih bijak dalam menghilangkan kerutan di wajah. Rutin mempraktikkan yoga ini dipercayai lebih efektif berbanding suntikan botox atau krim penegang kulit.

Tahukah anda, aktiviti ini sudah biasa dilakukan tanpa disedari. Salah satunya dengan membuat pipi kembung selama beberapa minit diikuti dengan muncung bibir atau jelir lidah. Senyum teruja iaitu hingga menampakkan deretan gigi antara teknik yoga wajah yang tidak disedari. Justeru, jangan malas untuk mempraktikkannya.

Bukan fakta dongeng, bahkan ahli kesihatan dan gizi dari Gold Coast, Australia, Josie Goldberg menyatakan kategori yoga ini adalah aktiviti menyenangkan dan memberi kebaikan yang maksimum. Selain berupaya menghilangkan kerutan, yoga wajah ini juga mampu mencerahkan dan menegangkan mengaktifkan otot supaya lebih pejal sekali gus menjadikan penampilan wajah anda lebih menarik. 


Cuba dan rasai sendiri 

Berikut antara beberapa cara boleh anda praktikkan dalam senaman ini. 

- Letakkan jari di hujung mata, kemudian tarik dengan lembut bahagian hujung kelopak mata dan lepaskan. 

- Letakkan kedua-dua jari telunjuk di bahagian tulang pipi dan pejam mata separuh. Jangan paksa mata ditutup rapat. 

- Senyum dengan meletakkan kedua jari telunjuk di bahagian tulang pipi. Syaratnya senyum tanpa membuka mulut. 

- Letakkan jari telunjuk di tengah bibir. Lalu lakukan gerakan seperti mengucup dan kembali seperti semula. 

- Ratakan bentuk bibir lalu letakkan jari telunjuk dan jari tengah bahagian hujung mulut. Tarik bibir ke depan dan ke belakang seperti mahu mengucup secara perlahan-lahan dan lembut. 

- Majukan rahang bawah ke depan lalu letakkan tapak tangan di bawah rahang. Tarik rahang ke kiri dan kanan ke arah cuping telinga dan lakukan secara perlahan dan lemah lembut. Setiap langkah ini disarankan dilakukan selama 10 kali. Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...