Tuesday

Lukisan 3D oleh Kid Fredo






Lakaran-Nya menunjukkan kreativiti dan kesabaran yang indah itu, sebagai perspektif dan kedalaman kedua-dua kesan yang sukar untuk mencapai.Beliau berusia 18 tahun.pergi ke laman webnya  http://www.fredosis.com/
Read more ...

Monday

Blog Berat atau Kelajuan Internet tahap siput babi?

Tidak dinafikan lagi memang ada segelintir pengguna internet yang bengang dan tenssion sehingga menunggu blog terpapar sepenuhnya sambil menggigit jari sampai tertelan cebisan kuku yang telah digigitkannya.Apa kejadah semua ni?Teori mengatakan orang yang tak dapat bersabar,akhirnya akan putus asa,dan Close Tab atau yang dasyatnya sekali dia akan menumbuk dengan sepenuh tenaga pada Screen laptop hingga menembusinya.Kalau dia kaya tak heran,malah ada yang mematahkan computer keyboard terbelah dua ibarat matahari curang,bulan terbelah dua.Persoalannya sekarang ni adalah?

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta,lalallalala..bla.bla..bla..bla..
 

lagu tersebut mendapat sambutan tertinggi sehingga 5,285,000+ di utube,how come??orang yg Buang Tebiat /mencetuskan kontroversi/kencing dlm seluaq pun... dlm utube pun mendapat kurang dari 1 juta

    Bagi orang mempunyai kelajuan internet yang laju+turbo+nitro bagaikan imposibble is nothing~
setakat 1gb,"tak de pe bro..biasew jer",ckp 10 min dgn awek aku pun dh habis download.sekiranya anda pergi ke luar negara yang maju,anda mungkin tergamam 3 malam tanpa bintang-fiq,3hari 2malam-tv9 ...di negara-negara maju tidak dapat dinafikan jauh lebih hebat dari negara kita...wifi di mana saja ada,tetapi.......ada security ..,tak dapat berbuat apa hanya mampu makan wafer saja. -_-

    Ini pula masalah orang yang kelajauan internet yang slow.cer try lumba lari dengan siput babi?rasanya mana lagi perlahan?Kepada blogger di luar sana,pastikan blog anda tak terlalu banyak iklan atau gadget yang diletakkan.Kadang kala,orang yang tunggu punya lama,pun tenssion dan menyebabkan mai sekali seumur hidup,lepas tu tak mai dah.Macam mana dengan blog yang penuh ilmu yang boleh dicari kemudian letakkan lagu?samalah pergi library sambil pasang lagu,sebenarnya tak susah mana pun kan?bagi silent jaa..Lagipun bukannya semua pengunjung suka dengar lagu.

Sekarang ini,kita keluar tajuk sikit.Sesetengah orang lelaki kalau main game macam tak ingat dunia.Bukannya semua lelaki,kadang kala bila masa makan mereka endahkan begitu saja,mereka lebih kenyang bermain game dari makan tengah hari atau malam.Kalau yang gila game,gila dota dll..boleh jadi 24jam.Bermain di Alam Maya kemungkinan boleh lalainya solat atau anda sengaja melewatkannya,buang masa,kurang bersosial bersama rakan-rakan.Malah,ada yang solat sampai kelam-kabut semata-mata kalut sangat nak Log In Facebook.nak cek notifications,inbox kononnya la,mana tau ada awek send mcj kat aku.Sapa yang terasa dia hensem,memang macam tu.LOL!tak semua.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]


janganlah kamu menghina masa!sesungguhnya Allah jualah yang menciptakan masa tersebut.Pernah tak anda bertanya orang yang tidak pernah mempunyai komputer?Kadang-kala dengan harta benda sendiri pun boleh jadi lalai.ada mcj,call dengan awek berjam-jam melalui phone.Gunalah facebook untuk kebaikan.


firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Wahai

orang-orang yang beriman! Janganlah sampai harta benda kamu melalaikan kamu, dan janganlah sampai anak-pinak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah". (S. Al-Munafikun: ayat 9)


Bersifat tangguh-menangguh Al-Imam Hassan Al-Basri berpesan: " Awas dari tempoh-menempoh! Hari esok belum tentu!, Jika besok harimu, Jadikanlah besok seperti hari ini. Jika besok bukan harimu, usah menyesal kerana kecuaianmu di hari ini."


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
" Wahai orang yang beriman! takutlah kamu kepada Allah dan buatlah perhitungan untuk menyahut kedatangan hari esok."(S. Al-Hasr: ayat 18)



Kesimpulannya,tersimpul-simpul aku memikirkannya...pandai-pandailah anda menilainya.


sebenarnya blog aku pun berat juga :) ,masih belum lebih had muatan


Read more ...

Sunday

Virtual Goggles Creative


XD LOL!





Read more ...

Friday

Solat Jumaat Menyebabkan Seorang Yahudi Iskandariah Memeluk Islam

Sa'id bin Al-Hasan adalah seorang yahudi Alexandria yang memeluk Islam pada tahun 1938 M kerana menyaksikan solat Jumaat.Dia menuturkan kisah keislamnya sebagai berikut,"Datang dalam mimpiku suara yang menyuruhku hijrah ke Islam.Ketika masuk ke dalam masjid kusaksikan kaum muslimin berdiri bersaf-saf seolah-olah mereka adalah malaikat,dan aku mendengar bisikan:"Inilah golongan yang diberitakan oleh para nabi akan akan kedatangannya.'Aku merasakan ada sebuah kekuatan yang mendorongku untuk bangkit,kerana barisan-barisan kaum muslimin di depanku terlihat seolah-olah ia adalah barisan-barisan malaikat."'

Firman Allah s.w.t.: "Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang kukuh"(Ash-Shaff:4)


                                                                 (gambar sekadar hiasan)

Allah s.w.t berfirman:"Dan sesungguhnya kami benar-benar bersaf-saf(dalam menunaikan perintah Allah).Dan sesungguhnya kami benar-benar bertasbih." (Ash-Shaffat:165-166)

 Al-Kalby berkata saf-saf mereka seperti saf-saf penduduk dunia di bumi.Sementara,di dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Jabir bin Samurah r.a berkata,"Rasulullah mendatangi kami yang sedang bersaf di hadapan Tuhannya?'Lalu kami bertanya:"Ya Rasulullah,bagaimana cara malaikat bersaf di hadapan Allah?'Rasulullah menjawab,bagaimana cara malaikat bersaf di hadapan Allah?'Rasulullah menjawab:'Menyempurnakan saf pertama bersusun-susun rapat dan rapi.""

Umar r.a.berkata,"Apabila solat telah dimulakan,maka dirikanlah saf dan luruskan.Allah ingin menunjukkan kalian kepada para malaikat ketika mereka di hadapan Tuhannya dan membaca:

"Dan sesungguhnya kami benar-benar bersaf(dalam menunaikan perintah Allah)"   (Ash-Shaffat:165)

Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dirikanlah saf kamu dan dekatkanlah bahu kamu dan isilah celah kosong dan janganlah membiarkan ada celah untuk syaitan.Sesiapa yang menyambung sebuah saf,Allah akan menyambungkannya dan sesiapa yang memotong,maka Allah pun akan memotongnya."

Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya:”Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?”
(Muslim)

.
Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Tidakkah kalian
ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka.” Maka
kami bertanya, “Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?’ Beliau
menjawab, “Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam
saf.” (Hadis Riwayat Muslim)



hal berkaitan:Solat dan Keseimbangan Cas Pada Tubuh


Read more ...

Granpa Shuffelin' (Original)

Bagus juga untuk kesihatan,orang tua-tua pun pandai menari tarian shuffle/hardstyle...dulu aku bekas hardstyle,sekarang dah berhenti -_- step dia terhad,lama-lama bosan..enjoy k..~

'


yang ni best jg


Read more ...

Siapa Yang Membawa Syampu ke Dunia Barat?

Tahukah anda siapa yang memperkenalkan syampu kepada dunia Barat?Ianya adalah seorang muslim dari Bengali bernama Sake Dean Mahomet yang membawa syampu ke Eropah untuk buat pertama kalinya pada tahun 1759.Dia kemudian memperkenalkan syampoo ke Britain dengan dibukanya “Mohamed’s Indian Vapor Baths”atau “Mandian Wangi Gaya India Milik Mohamed”pada tahun 1759 di kawasan pelabuhan Brighton.Tempat mandi ini lebih mirip dengan tempat mandi model Turki atau Turkish Baths di mana ia juga menawarkan urutan terapi kulit kepala atau champi (mensyampu).
 Khidmat mensyampu rambut ini begitu laris sehingga dia mendapat ramai pelanggan. Mahomed bahkan kemudian dilantik sebagai seorang “Pakar Khusus Mensyampu” bagi Raja George IV dan William IV.
Menurut ahli sejarah yang lain, perkataan “shampoo” muncul pertama kali dalam bahasa Inggeris pada tahun 1762, yang maknanya “mengurut.” Perkataan ini merupakan pinjaman dan rumpun bahasa Anglo-Indian “shampoo” yang juga diserap dan bahasa Hindi “champo” yang ertinya mengurut, melenturkan otot. Perkataan ini dapat ditarik lagi akar katanya dan perkataan “champa dalam bahasa Sanskrit, yang ertinya merujuk pada tanaman Michelia Champaca yang sering digunakan untuk membuat ramuan minyak rambut tradisional.
Sejak itu, para penggaya rambut Britain kemudian mula membuat syampu dengan cara merebus sabun buku dengan air mendidih yang dimasukkan dengan rempah untuk membuat rambut berkilau dan wangi. Kasey Hebert diketahui sebagai pembuat syampu model ini sehingga dia dikatakan sebagai pencipta syampu, padahal konsep “mensyampu” sendiri sudah diketahui oleh bangsa India muslim sejak ratusan tahun sebelumnya.

Read more ...

Sedikit Mengenai Kalkulus

Pada lebih kurang tahun 1000 Masihi,seorang ilmuwan Arab bernama Al-Karaji telah menemui satu  kiraan untuk bilangan bulat persamaan kuasa tiga atau persamaan kubik. Di Barat, persamaan ini baru dapat dipecahkan oleh Niccolo Tartaglia ketika dia mengajukan formula untuk memecahkannya pada abad ke-16. Atas jasa al-Karaji tersebut, seorang ahli sejarah matematik Barat, F. Woepcke memuji-muji beliau sebagai “orang pertama yang memperkenalkan teori tentang kalkulus aijabar (algebraic calculus).”
Tidak berapa lama kemudian, Ibnu al-Haitham(dikenali sebagai Aihazen di Barat) dalam perkembangan kamiran adalah di Iraq apabila ahli matematik Islam abad ke-11,Ibn Al-Haithammerancang satu masalah yang kini dikenali sebagai "masalah Al-Haitham" dalam buku fiziknya "Kitab Al-Manazir" (Book of Optics atau Buku tentang Penglihatan). Masalah ini membawa kepada persamaan darjah keempat (iaitu persamaan yang melibatkan kuasa 4 atau x4). Semasa menyelesaikan permasalahan ini, beliau telah menggunakan kamiran untuk mencari isipadu paraboloid. Menggunakan induksi matematik melalui pengiraan, beliau telah mengasaskan kamiran untuk polinomial darjah keempat. Namun Ibn Al-Haitham tidak mengambil berat akan polinomial dengan darjah lebih tinggi dari 4. Selain Ibn Al-Haitham, ide-ide tentang kamiran juga boleh ditemui dalam buku astronomi Siddhanta Shiromani yang ditulis oleh ahli matematik India Bhaskara II pada kurun ke-12.

Sementara itu, geometri analisis yang merupakan bahagian penting kalkulus pertama kali diterapkan oleh Omar Khayyam pada abad ke-11. Ahli matematik sekaligus penyair kelahiran Persia ini mengaplikasikan geometri analisis untuk menyelesaikan persamaan kuasa tiga dengan menggunakan diagram menyilangi parabola dengan bulatan. Satu abad kemudian, seorang ahli matematik lain dari Persia bernama Sharaf ad-Din at Tu-Tusi menemui terbitan dari polynomial kuasa tiga yang merupakan penemuan penting dalam differential calculus.Terlalu berjasanya para ilmuwan muslim tersebut,nama-nama mereka digunakan untuk menamakan nama kawah-kawah di bulan.

*Para ilmuwan dan ahli sejarah Barat ramai yang mengakui peranan besar ahli matematik Islam era awal dalam memelihara ilmu matematik dunia.Dalam bukunya The Arabic Hegemony,Boyer(1991) menyatakan bahawa masa menjelang abad keemasan Islam(lebih kurang pada tahun 650-750)mungkin merupakan titik nadir dalam perkembangan ilmu matematik dunia.Perkara ini berlalu kerana bangsa Arab pada waktu itu belum memiliki dorongan yang buat untuk mempelajari ilmu pengetahuan,sementara usaha untuk mempelajari ilmu pengetahuan telah mula pudar di berbagai penjuru dunia lain.Seandainya umat Islam tidak bangkit dan mengembangkan ilmu pengetahuan pada separuh kedua abad ke-8 maka tidak terbayangkan lagi betapa banyak ilmu pengetahuan dan ilmu matemarik kuno yang akan hilang dan musnah dari peradaban.

Read more ...

Thursday

Asal Usul Perkataan Coffee

Masa-masa aku kecil,aku heran tau pasal apa la orang tua-tua suka minum kopi?sekali aku rasa tak minum dah masa dulu-dulu,sekarang tak lagi la.Tok Wan aku selalu menjamu aku kopi -_- masa aku kecil-kecil. tahukah anda bangsa muslim adalah yang pertama kali menemui dan mengolah minuman kopi sehingga menjadi salah satu minuman paling digemari di dunia pada saat ini.Salah satu cerita popular mengenai penemuan biji kopi adalah kisah tentang pengembala kambing berasal orang Arab yang menemui biji pahit namun menyegarkan dan meningkatkan kewaspadaan.

Alkisah,pada abad pertengahan ,seorang penggembala bernama Khalid sedang membawa kawanan biri-birinya di kawasan Kaffa,Ethiopia,ketika tiba-tiba dia menyedari bahawa biri-birinya menjadi semakin aktif setelah memakan sejenis buah seperti beri liar.Dia kemudian mengumpulkan beri tersebut dan merebusnya untuk membuat kopi pertama dalam sejarah.Namun,catatan yang lebih sahih menyatakan bahawa sejenis biji menyerupai kacang dieksport dari Yaman ke Ethiopia.Biji tersebut diminum  oleh para ahli sufi agar tidak mengantuk sepanjang malam sehingga dapat beribadah dengan segar pada waktu malam tertentu.
Pada penghujung abad ke-15,biji kopi telah smapai di Mekah dan Turki.Dari Turki inilah kopi kemudian tersebar sehingga ke Venice pada tahun  1645.

Biji kopi akhirnya dibawa ke Britain pada tahun 1650 oleh seorang Yunani bernama Pasqua Rosee yang kemudian membuka kedai kopi pertama di dunia di Lombard Street di Kota London.Perkataan kopi dalam bahasa Arab adalah qahwa kemudian diserap menjadi kahve dalam bahasa Turki.Orang Itali kemudian menyebutnya dengan caffe sementara orang Inggeris memanggilnya coffee.Oleh kerana ia berasal dari negara muslim,pihak gereja di Eropah pernah mengeluarkan larangan miminum kopi pada umat Kristian di Eropah?tu la jeles kot?Bagaikan serangan pasukan Islam yang gagah berani menguasai Andalusia pada abad ke-8,pengaruh kopi tidak dapat dibendung oleh institusi kerajaan Eropah.Sehingga kini,kopi sebagai salah satu produk campuran umat muslim telah begitu terkenal dan digemari di seluruh dunia.

Kopi pun banyak kegunaannya dan faedahnya seperti:

Mencegah penyakit saraf. Peminum kopi berkafein cenderung tidak akan mengembangkan penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kandungan antioksidan di dalam kopi akan mencegah kerusakan sel yang dihubungkan dengan Parkinson. Sedangkan kafein akan menghambat peradangan di dalam otak, yang kerap dikaitkan dengan Alzheimer.
Melindungi gigi. Kopi yang mengandung kaein memiliki kemampuan antibakteri dan antilengket, sehingga dapat menjaga bakteri penyebab lubang menggerogoti lapisan gigi. Minum kopi secangkir setiap hari terbukti dapat mencegah risiko kanker mulut hingga separuhnya. Senyawa yang ditemukan di dalam kopi juga dapat membatasi pertumbuhan sel kanker dan kerusakan DNA.

Menurunkan risiko kanker payudara. Menjelang masa menopause, wanita yang mengonsumsi 4 cangkir kopi sehari mengalami penurunan risiko kanker payudara sebesar 38 persen, demikian menurut sebuah studi yang dipublikasikan di The Journal of Nutrition. Kopi melepaskan phytoestrogen dan flavonoid yang dapat menahan pertumbuhan tumor. Namun konsumsi kurang dari 4 cangkir tidak akan mendapatkan manfaat ini.

Mencegah batu empedu. Batu empedu tumbuh ketika lendir di dalam kantong empedu memerangkap kristal-kristal kolesterol. Xanthine, yang ditemukan di dalam kafein, akan mengurangi lendir dan risiko penyimpanannya. Dua cangkir kopi atau lebih setiap hari akan membantu proses ini.

Melindungi kulit. Konsumsi 2-5 cangkir kopi setiap hari dapat membantu menurunkan risiko kanker kulit nonmelanoma hingga 17 persen. Kafein dapat memacu kulit untuk membunuh sel-sel prakanker, dan juga menghentikan pertumbuhan tumor.

Mencegah diabetes. Orang yang mengonsumsi 3-4 cangkir kopi reguler atau kopi decaf (dengan kadar kafein yang dikurangi) akan menurunkan risiko mengembangkan diabetes tipe II hingga 30 persen. Asam klorogenik dapat membantu mencegah resistensi insulin, yang merupakan pertanda adanya penyakit ini.



Saintis kini semakin hampir dalam menemukan penawar bagi mencegah dementia dan penyakit Alzheimer. Salah satu darinya adalah dengan semudah ‘secawan kopi setiap hari’.

Adalah dipercayai bahawa banyak faktor kompleks yang akhirnya menyebabkan Alzheimer- penyakit neurodegeneratif yang ‘menghakis’ prestasi memori, personaliti dan kemahiran berbahasa seseorang, tetapi saintis telah menjumpai klu untuk menghentikan perkembangan penyakit itu.

Di dalam satu paper di dalam Jurnal Penyakit Alzheimer, saintis melihat pada perbezaan-perbezaan di dalam tikus transgenik yang diberikan diberikan kafein, kopi biasa dan kopi dinyahkafein di dalam air minuman tikus-tikus tersebut.

Penemuan terdahulu daripada pasukan yang sama mencadangkan kopi boleh mencegah demetia, tetapi tidaklah jelas sama ada kesannya itu turut dipunyai oleh kafein atau kompaun-kompaun lain yang boleh ditemui di dalam kopi.

 Starbucks sekarang juga banyak di Malaysia.
STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut...


dan juga ciptaan sendiri setarbak kopi....

ok,sesiapa anda maklumat lebih tentang kopi,boleh berkongsi ja.komen...share pun tak pa...ty for reading~

Read more ...

Wednesday

Nama yang Paling Banyak Digunakan


 
Sesungguhnya Abdullah bin Abbas berkata, “Saya diberitahu oleh Abu Sufyan bahwa Hercules berkata kepadanya, Saya bertanya kepadamu apakah para pengikut Muhammad bertambah atau berkurang.’ dan engkau menjawab, ‘Bertambah.’ Begitu pun dengan iman sampai iman tersebut mencapai kesempurnaan.” Kemudian kutanyakan kepadamu, “Apakah ada orang yang murtad dan agamanya karena benci terhadap agama tersebut setelah ía memeluknya? “Engkau nenjawab, “Tidak,” begitu pula dengan iman jika sinarnya telah masuk ke dalam hati, tidak seorang pun yang membencinya.


Tahukah anda bahawa nama yang paling banyak digunakan di dunia ini adalah Muhammmad?Dari tinjauan yang dilakukan oleh suratkhabar terkenal The Times yang berada di Britain,nama Muhammad adalah nama kedua yang banyak digunakan di Barat.Masih menurut The Times,pada tahun 2007 sahaja terdapat lebih kurang 5991 bayi lelaki yang lahir dan dinamakan Muhammad atau mengalami peningkatan populariti 12%.Perkara ini dengan catatan bahawa ejaan berlainan nama Muhammad lain juga turut disertakan.Ejaan lain nama Muhammmad lain juga turut disertakan.Ejaan lain nama Muhammmad di antaranya Mohammed,Mohammad,Muhammed,Mohamed,Mohamad,Mahammed,Mohammod,
Mahamed,Muhammod,Muhamad,Mohmmed,Mohamud, dan Mohammu.

Peningkatan nama Muhammad untuk menamakan bayi lelaki keluarga muslim mulai meningkat sejak tahun 2000,di mana ketika itu nama Muhammad termasuk dalam senarai 30 nama yang paling banyak digunakan untuk menamakan bayi lelaki di Britain.Hampir setiap keluarga muslim di Inggeris dan Denmark menamakan anak lelaki mereka dengan nama Muhammad.Menurut hasil kajian mereka,nama Muhammad hanya tewas dengan nama “Jack”.Secara berurutan,lima bayi lelaki yang paling banyak digunakan di Britain adalah Jack,Muhammad,Thomas,Joshua dan Oliver.Jika yang menjadi objek kajian adalah penduduk seluruh dunia,maka إن شاء الله‎ dapat dipastikan bahawa nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah nama Rasul umat Islam ini.

nama yang digunakan untuk facebook muhammad adalah nama paling
Read more ...

Tuesday

Ibn Al-Haitham Bapa Optik Moden

NAMA TOKOH

§         Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.
§         Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.
  • Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.

LATARBELAKANG

  • Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.

  • Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.

  • Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.

  • Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi.

  • Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.

  • Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.

  • Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.

  • Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.

  • Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya.

  • Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.

SUMBANGAN IBNU HAITHAM

* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)
  •  Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.

*TEORI PENGLIHATAN (optik)
  • Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG
§         Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

*TEORI BIASAN CAHAYA
§         Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

*AHLI BIDANG FALSAFAH
§         Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: “bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.

*BIDANG ASTRONOMI
§         Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.


*BIDANG FIZIK
§         Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler.

KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

§         Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:

§         Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

§         Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

§         Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.



KESIMPULAN

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

        Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu Haitham, dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri  kepada Allah SWT.

sumber dari tokohislam2u.tripod.com 

Beliau boleh dikatakan ahli fizik Islam dan salah satu daripada pelajar-pelajar yang besar optik sepanjang zaman. Beliau juga seorang ahli astronomi, ahli matematik, doktor, dan dia menulis ulasan-ulasan pada Aristotle dan Galen.

                      Ibn al-Haytham yang ditunjukkan pada nota 10,000 dinar Iraq.


Pandangan dari edisi yang baru-baru ini dalam faksimili manuskrip Ibn al-Haytham's buku Mahiyat al-athar alladhi yabdu 'ala wajh al-qamar (The Trace on the Moon's Face) disunting oleh Yusuf Zidan (Alexandria: Alexandria Library, 2002).




 

Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...