Sunday
Mason Wartman Tinggalkan Kerjaya di Wall Street Demi 1 Dollar Pizza
Lelaki ini bernama Mason Wartman. Dia bekas graduan Germantown Academy dalam pengajian perniagaan di Babson, Boston pada 2006. Dia pernah bekerja bahagian penyelidikan kewangan di Wall Street sebelum memutuskan untuk berhenti kerja gara-gara pizza berharga 1 Dollar.
Pada usia 26 tahun, Mason Wartman telah memulakan bisnes restoran pizza dengan modal simpanannya sejumlah USD 250,000 yang dikumpul olehnya sepanjang bekerja di Wall Street sebagai penyelidik sell-side equity/.
Wartman telah memberitahu kepada ABC News di dalam temubualnya bahawa dia:
“I had plateaued at my Wall Street job and had always wanted to own my own business.”
Rupa-rupanya Wartman telah mempunyai visi buka bisnes sendiri dengan idea tersendiri semasa bekerja di Wall Street lagi. Jadi, tidak pelik apabila dia berjaya mengumpul sejumlah wang yang besar untuk merealitikan visinya itu.
Kata-kata Warman apabila ditanya tentang bisnes di blog Philly.com:
“I love the idea of a simple business.”“You’re doing one thing and doing it well.”
Nama restoran Wartman diambil dari nama ibunya. Keistimewaan konsep restoran pizzanya yang bernama Rosa’s Fresh Pizza ini telah menarik perhatian orang ramai. Dengan lokasi yang strategik berdekatan Thomas Jefferson University Hospital, Wartman telah menjual sepotong pizza dengan berharga 1 Dollar sahaja.
Ia bertambah menarik apabila Wartman membuka peluang kepada orang ramai untuk melakukan Pay-It-Forward kepada golongan tidak berkemampuan dengan membenarkan pelanggan membeli sepotong pizza in advance untuk golongan tersebut. Setiap pelanggan yang mengambil tindakan itu diberi peluang meletakkan mesej mereka di papan ini:
Menurut Wartman, setakat ini 8,300 pizza telah berjaya diberikan kepada mereka yang memerlukan melalui program Pay-It-Forward ini. Ini bermakna USD 8,300 telah berjaya dikumpul sejak Wartman menjalankan konsep idea tersebut. Satu pencapaian yang membanggakan! Restoran ini telah memberi pizza di antara 30 hingga 40 orang gelandangan setiap hari. Konsep idea ini telah membantu ramai orang untuk memiliki hidup yang lebih baik seperti yang telah ditulis di dalam nota ini:
“We keep our food reasonably priced so that our paying customers are able to pre-purchase slices that we give to homeless people in the area,”
kata Wartman kepada ABC News.
Walaubagaimana pun, operasi bisnes agak perlahan kerana terletak di kawasan yang tidak maju. Tetapi pendedahan media membuatkan orang ramai datang untuk merasai pizzanya dan turut menderma melalui pra-pembayaran . Keadaan ini menggembirakan Wartman kerana dia menyukai sekiranya konsep idea ini turut dilakukan di tempat-tempat lain.
Wartman di dalam rancangan Ellen:
Bagaimana Bekas Banduan Menukar Ketidakcekapan Penjara Menjadi Bisnes Bernilai RM12 Juta
Sejak remaja lagi, Frederick Hutson telah berminat dalam bidang keusahawanan. Ketika beliau berusia 19 tahun, beliau membina bisnes “tint” tingkap kereta yang akhirnya dijual pada harga USD $50,000.
Beliau pernah mempunyai bisnes potong rumput, tetapi rakan-rakannya yang memotong. Dan juga pernah memiliki bisnes mencuci kereta.
Ketika berusia 21 tahun, Hutson membuat kesilapan terbesar. Beliau melihat rakan-rakannya mengalami kesukaran menjual ganja. Beliau kemudiannya bekerjasama dengan rakan-rakan beliau, dengan menggunakan alamat bisnesnya untuk membolehkan penghantaran ganja dibuat merentasi sempadan menggunakan FedEx, UPS dan DHL.
Akhirnya, aktiviti beliau dikesan oleh pihak berkuasa dan kemudian disumbatkan ke penjara selama empat tahun.
Kisah Di Penjara
FAST COMPANY
Untuk kebanyakan orang, rekod jenayah lazimnya memusnahkan kerjaya, hubungan baik dengan keluarga dan komuniti, malah, boleh dikatakan seluruh kehidupan.
Tetapi ketika ini, Hutson menggunakan masanya untuk menulis rancangan perniagaan. Setiap kali majalah Inc, The Wall Street Journal atau Wired sampai ke penjara, beliau akan membaca kesemua kandungan majalah walaupun terdapat muka surat yang hilang atau terkoyak.
“Saya berada di penjara hampir keseluruhan umur 20-an saya. Saya tidak dapat merasa banyak benda seperti orang lain rasakan. Tetapi pada setiap masa saya selalu menjadi orang yang sangat, sangat fokus,” kata Hutson.
Salah satu daripada idea beliau adalah untuk menjadikan panggilan telefon di penjara menjadi lebih murah.
Hanya terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan komunikasi di antara penjara dan dunia luar disebabkan kesemua mesej dan surat perlu disaring dengan teliti. Disebabkan itu, servis yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan adalah mahal dan ini mencengkam penghuni-penghuni yang kebanyakannya datang daripada golongan berpendapatan rendah.
“Ketika di sana, mata saya benar-benar terbuka. Saya mula nampak betapa tidak cekapnya semua perkara dilakukan,” kata beliau. “Perkara ini membuat saya terfikir, saya boleh selesaikan masalah ini. Pasarannya (permintaan) memang benar wujud.”
Permulaan Pigeon.ly
FAST COMPANY
Pigeon.ly menggunakan VOIP, iaitu teknologi yang digunakan juga oleh produk lebih ternama seperti Skype, untuk mewujudkan satu nombor telefon tempatan yang boleh digunakan oleh penghuni penjara untuk menghubungi keluarga dan rakan-rakan. Penggunaan teknologi ini adalah jauh lebih murah berbanding mendail nombor telefon yang berada di luar kod kawasan. Hutson berkata servis beliau boleh mengurangkan kos panggilan telefon sebanyak $20 untuk 300 minit.
Selain itu, Pigeon.ly juga menyediakan servis perkongsian foto. Penjara hanya membenarkan surat atau foto dihantar melalui pos bersampul putih. Ini memaksa ahli keluarga terpaksa mencetak dan mengepos gambar fizikal. Dalam dunia penggunaan telefon pintar yang meluas hari ini, semakin kurang orang mencetak dan mengepos gambar; dan ini menyebabkan semakin kurang surat atau pos dihantar ke penjara.
Untuk mengatasi masalah ini, Pigeon.ly menyediakan app dan laman web, yang membenarkan ahli keluarga berkongsi gambar, mesej dan e-mail dengan hanya satu klik. Seterusnya Pigeon.ly akan mencetak item yang mereka dapat, dan menghantar gambar serta mesej dalam sampul surat putih.
Ideanya cukup ringkas, tetapi ternyata ia amat membantu ahli keluarga banduan. Pada ketika ini, syarikat ini mengendalikan 2 juta minit panggilan telefon dan menghantar suku juta gambar setiap bulan.
Sambutan terhadap perkhidmatan Pigeon.ly sekarang amat berbeza dengan keadaan ketika Hutson baru bermula. Beliau memulakan langkah bersama-samaco-founder Alfonzo Brooks semasa tinggal di halfway house selepas keluar daripada penjara.
“Kami mengenalpasti 500 orang (banduan) dan menghantar mereka kad ucapan mengatakan ‘ini adalah produk yang ahli keluarga anda boleh gunakan untuk menghantar gambar’. 3 atau 4 hari selepas kami menghantar kad, ada orang mula mendaftar akaun pada laman web dan menghantar gambar, jadi kami pun meneruskannya (penghantaran kad),” kata Hutson.
Menyertai Accelerator
PIGEONLY
Tidak berapa lama kemudian, beliau menyertai NewMe Accelerator, iaitubusiness accelerator (badan sokongan bisnes) yang memberi tumpuan kepada usahawan daripada golongan minoriti.
Pengasas NewMe, Angela Benton, pernah berterus terang, “Lihat, akan ada orang yang tidak selesa dan tidak cuba memahami apa yang anda lakukan – kemungkinan nanti akan ada halangan kerana anda pernah masuk penjara dan anda tidak kelihatan seperti jenis orang (usahawan) yang biasa mereka (pelabur) laburkan (modal).”
Oleh kerana itu, Hutson menumpukan perhatiannya hanya kepada bakal pelabur yang terbuka dan memahami kenapa beliau adalah orang yang tepat untuk memberi penyelesaian kepada masalah komunikasi di dalam penjara.
“Banyak masa, benda-benda yang kita anggap sebagai kelemahan sebenarnya boleh bertukar menjadi aset paling besar, dan ianya berlaku kepada saya. (Masuk penjara) menjadi sebab mengapa orang melabur (dalam Pigeon.ly) – kerana saya telah berada di sana, dan saya mengetahui dan memahami pasaran ini lebih baik berbanding orang lain,” kata Hutson.
Beliau berjaya mendapat modal awal (seed fund) pada tahun 2013 dari Erik Moore di Base Ventures dan Kapor Capital sebanyak USD $2 juta. Pada tahun pertama beroperasi, Pigeon.ly berjaya menjana pendapatan sebanyak USD $1 juta.
Tidak berapa lama kemudian, syarikat beliau dipindahkan ke Las Vegas, di mana beliau bekerja bersama-sama dengan syarikat startup lain yang disokong oleh CEO Zappos Tony Hsieh.
Pada tahun ini, syarikat Pigeon.ly telah berjaya menyertai Y-Combinator.
Bukan Sekadar Bisnes
PIGEONLY
Hutson mengatakan 1% daripada penduduk Amerika Syarikat mempunyai insan tersayang di dalam penjara. Nilai pasaran dianggarkan bernilai kira-kira $2 bilion.
Lebih daripada bisnes, Hutson melihat Pigeon.ly sebagai salah satu cara mengurangkan kesalahan berulang.
“Pengasingan adalah perkara yang paling teruk yang boleh berlaku kepada seorang banduan,” kata Hutson, “Persoalannya ialah, ‘Apakah jenis orang yang anda ingin bebaskan’? Orang yang telah kehilangan hubungan dengan semua orang yang mereka kenal dan peluang membuat kesalahan berulang melebihi 50%? Atau orang yang berhubung dengan orang yang boleh membantu lalu menyokong mereka masuk semula ke dalam masyarakat?”
Penjara Yang Mengajar Coding | Lawatan Mark Zuckerberg dan isterinya
Pada minggu lalu, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, melawat San Quentin, iaitu sebuah penjara berhampiran Lembah Silikon yang mengajar penghuninya bagaimana untuk mengaturcara (coding).
Lawatan ini berlaku selepas beliau membaca buku “The New Jim Crow” oleh Michelle Alexander yang menceritakan hubungkait di antara ‘peperangan menentang dadah’, perkauman, dan pemenjaraan besar-besaran di Amerika Syarikat. Zuckerberg melawat San Quentin untuk melihat “keadaan penjara daripada kaca mata rakyat,” tulis beliau dalam satu pos Facebook.
Melalui sebuah bootcamp yang digelar Code.7370, penghuni terpilih diberi peluang untuk mempelajari bagaimana untuk mengaturcara. Program ini dicipta oleh seorang venture capitalist, Chris Redlitz yang pernah memberikan ceramah keusahawanan di penjara itu melalui NGO yang diasaskan oleh beliau, The Last Mile. Kedua-dua projek ini dibuat untuk membantu mengurangkan kadar banduan berulang dan membantu bekas banduan mula bekerja.
Menurut pegawai penjara, program-program latihan semula seperti yang dijalankan di San Quentin melaporkan kes banduan berulang hanya pada kadar 7.1%, berbanding pada kadar 54.3% untuk keseluruhan populasi banduan di California.
Ini adalah Penjara San Quentin, terletak kira-kira 20 batu dari South of Market, rumah kepada banyak startup di San Francisco.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Selepas salah satu ceramah beliau di penjara, Redlitz begitu kagum dengan tahap pengetahuan perniagaan dan keinginan untuk belajar penghuni-penghuni di situ yang kemudian menyebabkan beliau mula bekerja untuk menyediakan sebuah program “technology accelerator” (pemangkin teknologi).
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
The Last Mile ditubuhkan sebagai satu program berdurasi 6 bulan untuk membantu penghuni penjara menukar minat mereka menjadi idea-idea perniagaan. Setelah selesai program, para tetamu dijemput untuk mendengar banduan-banduan ini membentangkan idea bisnes mereka.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Pada tahun 2014 , The Last Mile melancarkan Code.7370, iaitu program pembelajaran HTML, JavaScript, CSS, dan Python untuk penghuni-penghuni penjara.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Oleh kerana sambungan internet dilarang di penjara, para penghuni mempelajari pengaturcaraan melalui simulasi servis web dan simulasi servis pengaturcaraan.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
California membayar USD $60,000 setahun untuk Code.7370, mengikut laporan USA Today.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Tetapi hanya mereka yang terpilih berpeluang mengikuti kelas ini. Daripada 200 orang yang memohon, hanya 23 orang terpilih, menurut laporan VICE News.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Setelah terpilih, seorang banduan menulis di dalam laman web Quora: “Saya mengaku saya amat gembira kerana terpilih menjadi salah seorang peserta dalam program mengaturcara yang baru dan amat unik ini. Walau bagaimanapun, saya harus mengawal perasaan saya kerana saya sedar terpilih menyertai program ini hanyalah sebahagian kecil daripada cabaran lain yang mendatang.”
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Di sini, banduan duduk dan mendengar ucapan sebagai graduan kelas Code.7370. Harapannya adalah supaya mereka mempunyai kemahiran secukupnya untuk menyertai pasaran kerja.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Redlitz bercadang untuk mengembangkan lagi program dengan menawarkan kelas visualisasi data serta web dan reka bentuk pada tahun-tahun mendatang.
REUTERS/ROBERT GALBRAITH
Gelandangan Ini Diberi Pilihan $100 Atau Pembelajaran Coding Selama 2 Bulan
Dua tahun yang lalu kisah seorang gelendangan dan pengaturcara di kota Manhattan, Amerika Syarikat telah mencetuskan viral di kalangan pengguna media sosial. Kejadian ini berlaku pada Ogos 2013, apabila Patrick McConlogue yang ketika itu berusia 23 tahun, bekerja sebagai seorang pengaturcara telah menawarkan Leo Grand, gelandangan yang dia sering temui ketika berulang-alik dari tempat kerjanya setiap hari satu tawaran yang menarik iaitu:
(i) wang tunai $100, atau
(ii) laptop murah, 3 buku JavaScript dan mengajar Leo bagaimana untuk coding
(ii) laptop murah, 3 buku JavaScript dan mengajar Leo bagaimana untuk coding
Grand memilih untuk belajar coding dengan McConlogue selama dua bulan. Beberapa bulan selepas itu, Grand telah berjaya melancarkan aplikasi pertama iaitu ‘Trees for Cars’, sebuah aplikasi untuk kongsi kereta (carpooling app). Pada detik pelancaran aplikasi itu, Grand menyatakan:
“I can work at Google, I can work at SpaceX… This will change my life in a magnificent way.”
Ini kisah susulan Leo Grand setahun lebih selepas itu.
Ya, Leo Grand masih lagi seorang gelandangan di lorong belakang di mana dia pernah bertemu kali pertama dengan McConlogue. Walaupun dia telah berjaya melancarkan sebuah aplikasi yang memberi pulangan wang yang lumayan sebanyak $10000 hingga $15000, menjadi tumpuan negara secara mendadak, dan tampil di beberapa buah rancangan televisyen untuk berbicara tentang projek beliau bersama McConlogue, dia masih seorang gelandangan pada hari ini.
Dia sudah tidak coding setiap hari lagi. Aplikasi ‘Trees for Cars’ sudah tiada di dalam app stores kerana dia tidak membayar yuran server. Kadang-kala dia bekerja sebagai welder, dan berjalan-jalan di sekitar taman awam High Line. Dia menyatakan dirinya seorang eco-friendly, sedangkan dia pernah merancang untuk tinggal di apartment mewah sewaktu aplikasinya mendapat sambutan hangat.
Ini pengajaran yang dipelajari Grand sepanjang melalui pengalaman tersebut:
“When people are negative, you have to keep your head in the clouds. You just have to somehow stay focused on the things that matter to you.”
Apabila ditanyakan mengapa tidak lagi coding setiap hari, Grand menjawab dalam keadaan tergagap:
“Because you know, life, you know. Things going on. You have to do this, you have to do that.”
Namun, Grand tetap berazam untuk menghasilkan aplikasi yang lebih sukses kelak. Dalam masa yang sama dia telah menerima hakikat kejatuhan dan popularitinya.
“You’re hot one minute, you’re gone the next.”
Sumber: Mashable
Syarikat Singapura Mahu Tawar Jalur Lebar 100Mbps Berharga RM60 Sebulan Di Malaysia
Malaysia merupakan di antara negara yang mempunyai kadar penembusan jalur lebar paling tinggi di negara-negara Asia Tenggara mengikut UNICEF.
Walaupun begitu, pengguna Malaysia terpaksa membayar lebih untuk kelajuan yang lebih kecil berbanding pengguna-pengguna lain di negara jiran.
PERBANDINGAN JALUR LEBAR ANTARA NEGARA. SAYS
Perkara ini telah diperhatikan dengan penuh minat oleh syarikat telekomunikasi negara jiran, iaitu MyRepublic dari Singapura. Mereka bercadang mengubah lanskap internet Malaysia dengan ‘mengganggu’ (disrupt) pasaran.
“Kami mahu menawarkan 100Mbps pada harga RM60 dan RM 70 sebulan,” kata Malcolm Rodrigues, CEO syarikat berkenaan.
DIGITAL NEWS ASIA
MyRepublic merupakan syarikat yang berjaya mengganggu lanskap pasaran jalur lebar Singapura.
Pada May 2014, syarikat ini menawarkan jalur lebar dengan kelajuan 1Gbps pada harga S$49 (US$36) sebulan ketika pesaing terdekat, Starhub menawarkan servis yang sama pada kadar S$395.90 (US$294).
MYREPUBLIC
Pada Februari 2015, semua penyedia jalur lebar di Singapura menawarkan servis berkenaan pada harga S$49 ke S$69.90 (US$52).
Telekom Malaysia (TM) pula menawarkan pakej UniFi 30Mbps pada kadar terendah RM179 sebulan.
TM
Ketika ini MyRepublic sedang menunggu TM membuka akses rangkaian mereka pada tahun 2015-2016.
Rodrigues menjangkakan MyRepublic akan mula bertapak di Malaysia pada akhir 2015 atau awal 2016. Untuk membantu perkembangan syarikat di Malaysia dan serantau, syarikat itu telah mengupah seorang eksekutif jalur lebar berpengalaman warga Malaysia, Michael Lai, untuk menyertai pasukan itu.
Faktor utama yang menyebabkan syarikat ini mampu memperolehi keuntungan walaupun menjual perkhidmatan jalur lebar pada harga rendah adalah disebabkan kerana mereka mengamalkan struktur organisasi yang ‘ramping’ (lean).
Sebagai perbandingan, syarikat gergasi Singapore Telecommunications (Singtel) mempunyai 10,000 kakitangan manakala MyRepublic hanya mempunyai 88 kakitangan.
Saturday
Kroni Dapat RM 8 Bilion Bina Hospital UITM Puncak Alam RM 600 Juta
Susulan dari pendedahan saya mengenai cadangan menswastakan pula Hospital UiTM Puncak Alam, ada beberapa kenyataan yang cuba menyanggah. Saya jawab balik dengan mencabar hero-hero Umno untuk mendedahkan perjanjian konsesi jika apa yang saya sebut tidak benar. Pertahankan UiTM, hentikan penswastaan institusi pengajian tinggi negara. Sebarkan maklumat ini.

DEDAHKAN TERMA-TERMA PERJANJIAN KONSESI HOSPITAL UITM PUNCAK ALAM
Pendedahan saya di dalam Dewan Rakyat pada hari Selasa mengenai cadangan menganugerahkan pembinaan dan operasi Hospital UiTM Puncak Alam telah mendapat beberapa reaksi semalam.
Saya sedia maklum kenyataan rasmi UiTM yang tidak menafikan pendedahan saya tetapi sekadar menyebut maklumat itu tidak tepat dan menyeluruh. Saya menghargai kenyataan rasmi UiTM itu kerana secara tidak langsung ia mengiyakan pendedahan yang saya buat.
Semakan saya menunjukkan bahawa Lembaga Pengarah UiTM akan bermesyuarat pada hari ini dan salah satu agenda utama ialah menilai cadangan penswastaan Hospital UiTM Puncak Alam melalui sistem konsesi seperti yang saya dedahkan. Hari ini, Lembaga Pengarah UiTM akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh syarikat milik Tan Sri Rozalli Ismail iaitu TRIplc Berhad bagi penswastaan tersebut.
Saya menggesa supaya setiap Ahli Lembaga Pengarah UiTM mengambil pendirian bebas dengan menolak sebarang campur tangan Putrajaya dalam projek ini seterusnya membuat keputusan untuk menolak cadangan penswastaan melalui sistem konsesi. Ahli-ahli Lembaga Pengarah UiTM sedia maklum bahawa kos membina dan menguruskan sendiri oleh UiTM adalah jauh lebih murah daripada apa yang terpaksa ditanggung UiTM dan rakyat melalui sistem konsesi.
Saya juga dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Kuala Selangor semalam menyebut bahawa kos keseluruhan pembinaan dan operasi Hospital UiTM Puncak Alam melalui sistem konsesi yang dicadangkan hanyalah RM800 juta, bukannya bernilai RM8.2 bilion seperti yang saya dedahkan.
Saya menasihati beliau supaya menyemak dan meneliti sendiri dokumen mengenai penswastaan ini seperti mana yang telah saya lakukan agar beliau tidak malu nanti apabila maklumat-maklumat ini keluar.
Jika benar kos keseluruhan konsesi hanyalah RM800 juta seperti yang beliau dakwa, saya cabar beliau mendapatkan kebenaran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan kertas-kertas cadangan dan perincian konsesi ini yang telah dikemukakan kepada UiTM setakat ini kepada orang ramai supaya kos sebenar konsesi dapat dinilai.
Saya akan menunggu maklumbalas dari kerajaan sebelum mula menghuraikan butiran-butiran mengenai cadangan konsesi ini.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
antara komen nitizen:
8 Benda Yang Biasa Bagi Orang Malaysia, Tapi Diharamkan di Luar Negara
1 - Walker Bayi
Diharamkan di Kanada.
Kenapa : Pada 2004, saintis di Kanada mendapati walker bayi boleh membawa kepada kecederaan kepala, patah tulang, dan maut kerana ia boleh memberikan bayi kepantasan yang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa.
2 - Mannequins
Diharamkan di Iran
Kenapa : Pada 2009, kerana penularan fesyen-fesyen dari barat, kerajaan Iran mengharamkan kedai-kedai baju dari mempamerkan patung-patung perempuan yang menampakkan bentuk badan seksi dan tanpa hijab.
3 - Penyedut Vicks
Diharamkan di Jepun
Kenapa : Kerana alat ini mempunyai kandungan pseudoephedrine yang mana diharamkan dalam undang-udang penggunaan dadah di Jepun.
4 - Seluar Jeans Biru
Diharamkan di Korea Utara
Kenapa : Di Korea Utara, seluar jeans biru adalah simbol Amerika Syarikat.
5 - Topeng Masquerade
Diharamkan di Arab Saudi
Kenapa : Pada 2013, Arab Saudi telah mengharamkan topeng muka yang digunakan di dalam filem "V for Vendetta" dan mula merampas topeng-topeng muka yang dijual di pasarannya. Hari ini apa jua jenis topeng Masquerade di haramkan di negara itu.
6 - Gula-gula Getah
Diharamkan di Singapura
Kenapa : Pada 1992, Perdana Menteri Singapura mengharamkan jual beli dan import gula-gula getah. Ini kerana gula-gula getah dikatakan boleh menyebabkan kerugian besar kepada negara apabila ia digunakan sebagai alat memvandal seperti diletakkan di sensor pintu, di pintu-pintu LRT dan sebagainya.
7 - Filem "Anna & The King"
Diharamkan di Thailand
Kenapa : Filem ini di haramkan di Thailand kerana ia dikatakan menghina sistem monarki negara tersebut dan tidak menceritakan dengan tepat sejarah Thai.
8 - Pokemon
Diharamkan di Turki
Kenapa : Dua kes kanak-kanak Turki terjun dari balkoni pada tahun 2000 kerana percaya mereka memunyai kuasa seperti Pokemon. Kerajaan Turki kemudian mengharamkan rancangan TV pokemon selepas itu. Namun kini status sama ada ia diharamkan lagi atau tidak diketahui.
RapidKL Bukak 4 Stesen LRT terbaru
KINI BEROPERASI!
Empat stesen LRT RapidKL terbaru laluan Putra Heights sambungan dari Sri Petaling kini dibuka.
Stesen 1: Awan Besar
Stesen 2: Muhibbah
Stesen 3: Alam Sutera
Stesen 4: Kinrara BK5
Tujuh lagi stesen merangkumi Puchong sehingga Putra Heights bakal dibuka tidak lama lagi pada Mac 2016.














