Tuesday

7 Hantaran Kahwin Yang Pelik


Bagi yang nak melangsungkan perkahwinan tu, mesti korang masih tercari-cari barang apa yang nak dijadikan hantaran. Sebelum ni, aku pun takde idea nak beli barang apa untuk buat hantaran. Selalu je terfikir “Barang apa yang aku nak bagi kat dia ni?” Alhamdulillah, setakat ni, barang serba sedikit dah siap dibeli.

Cuma, sesiapa yang masih ketandusan idea untuk mencari barang hantaran tu, aku nak suggest dekat korang tentang barang-barang hantaran yang pelik dan unik. Hantaran yang aku cadang ni memang murah, lebih-lebih lagi kalau kahwin bajet. Ada tak yang berani nak buat?? hehehe


7 Hantaran Kahwin Yang Pelik

Hantaran Kahwin Kucing 

Hantaran Kahwin Durian

Hantaran Kahwin Game Remote Controller

 Hantaran Kahwin Helmet

Hantaran Kahwin Petai

Hantaran Kahwin Jus Oren

Hantaran Kahwin Kuali
Read more ...

Thursday

Lelaki Lebih Manja semasa Sakit,Selsema dan Demam

Lelaki biasanya lebih manja dan mahukan perhatian serta simpati apabila demam dan selsema menurut satu kajian.

Kajian pertubuhan kesihatan pengguna The Engage Mutual melaporkan sebanyak 57% lelaki mengharapkan perhatian dan simpati apabila sakit, manakala 2/3 suka merengek dan merungut.
Lelaki juga menganggap selesema biasa sebagai demam dan sedikit pening kepala sebagai migrain. Mereka mahu dilayan seperti seorang anak kecil tetapi pada masa yang sama mahukan si isteri melaksanakan urusan rumah tangga seperti biasa.

Penyelidik percaya keadaan itu terjadi berpunca daripada gen MicroRNAs yang mempunyai hubungan dengan fungsi imun dan dikeluarkan oleh kromosom X.

Wanita lebih upaya menentang komplikasi akibat kecederaan atau jangkitan kerana mereka memiliki dua kromosom X berbanding satu yang dimiliki oleh lelaki.

Pakar perbidanan dan sakit puan berkata suami perlukan isteri untuk menjaga mereka ketika sakit kerana kajian menunjukkan lelaki antara 20 dan 40 tahun jarang bertemu doktor.

Lelaki biasanya takutkan doktor dan apabila sakit sedikit, mereka sangat risau. - AGENSI

Kredit Gambar: MyMediaHubOnline
Read more ...

Wednesday

Jejak Ke Perang Dunia Ke Tiga | Video



membahaskan mengenai dollar,propaganda Amerika..
Read more ...

Saturday

Selfie Lebih Baik dari Selfish

But first let  me said Alhamdulillah,


Ramai reader kaki selfie ,tangan selfie,monopod selfie, yang sedang membaca di sini.Bagi aku orang yang selfie atau bahasa utagha nowh "berselpiaq" ini lebih baik dari selfish.Sapa nak kawin dengan laki/perempuan selfish ini?cer citer tengok.Tak ada dalam ciri-ciri calon isteri aku ini "selfish" .Sebagai pengguna tegar facebook,berdasarkan pengalaman stalker facebook kawan-kawan dan orang tak dikenali,golongan yang suka selfie ini mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam jiwa dan di luar rumah.Tak pernah tak dapat "like" kalau kongsi gambar selfie ini,mesti dapat punya.Itu pun aku tak tahu "liker" tu ikhlas atau tak ,ataupun batak like semata-mata.




Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”.

Nak tau apa lebih dasyat?Telah wujud selfie dan selfish pada satu masa.Apakah istilahnya?






Selfie+Selfish=.....?

Contoh situasi yang benar-benar berlaku.Seorang wanita selfie di tempat yang dia duduk dalam LRT,bas untuk tempat orang khas yang pregnant sedangkan terdapat ibu yang hamil di dalam kenderaan tersebut.


Seterusnya,Selfie di tempat letak kenderaan Orang Kelainan Upaya(OKU) .Dah la  pentingkan diri sendiri lepastu selfie upload kat facebook.itu namanya BATAK+BANGANG KEABADIAN


Pentingkan diri dan menganggap diri kita sebagai perhatian akan melukakan hati orang lain terutama mereka di sekeliling kita. Perasaan ini sebenarnya berpunca kerana  inginkan perhatian dari orang sekeliling ataupun ia adalah sikap yang memang tidak menghargai orang lain.



Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bersabda Rasulullah SAW: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai'at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).

Huraian Hadith: 
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.




Kebiasaannya sikap pentingkan diri sendiri akan lebih serius apabila orang sekeliling sudah mula perasan dan mengambil langkah untuk menjauhkan diri. Tidak semua orang boleh menerima kita sepenuhnya dan mengambil baik dan buruk sikap kita sebagai satu pertimbangan. 
Kalau kekasih pun sanggup meninggalkan pasangannya hanya kerana sikap pentingkan diri sendiri, apatah lagi di kalangan kawan-kawan yang mungkin menganggap sikap kamu itu terlalu melampau dan sepatutnya dijauhkan saja. Bukankah kita yang rugi?

Hilang kawan dan lama-kelamaan kita akan duduk sendirian atas sikap buruk yang terlalu pentingkan diri dan tidak langsung mengendahkan perasaan orang lain.

Justeru, apa kata cuba letakkan diri kamu di tempat dan situasi mereka. Pasti kamu merasai apa yang mereka berdepan dengan sikap buruk kamu. Setidak-tidaknya kamu boleh memahami perasaan mereka kerana sanggup menghadapi sikap mementingkan diri kamu.

Sikap Selfish dikalangan kita sering kita pertontonkan melalui berbagai tindakan kita seperti memotong Q atau barisan terutamanya semasa dalam majlis makan menggunakan sistem buffet,nak membayar makanan atau barangan di kedai makan, atau super mall,menaiki bas .bayar bil.Memang sering berlaku dalam masyarakat tak kira dimana jua… Sikap Selfish boleh kita lihat semasa meletak kenderaan.iaitu tidak meletak kereta dalam petak dengan betul hingga meyebabkan orang lain tak boleh guna petak seterusnya…meletakkan motosikal dalam petak letak kereta..meletakkan kereta di kawasan letak motosikal meletakkan kenderaan mereka sesuka hati di bahu jalan hingga meghalang lalulintas… Selfish juga ditonjolkan semasa dalam keadaan kesesakan trafik.. tidak memberi ruang kepada orang lain walaupun orang itu memberi signal untuk menukar lorong  memandu perlahan di lorong laju hingga menghalang orang lain untuk memotong 

Jika nak di ceritakan banyak sikap SELFISH yang ada pada diri kita yang kadang-kadang kita tak sedari melakukanya demi kepentingan diri..60% yang membaca  ni pernah melakukannya.Kita tak terlepas dari melakukan kesalahan.Namun,jangan mengulangi sikap tersebut.

#TrialSPMmode#GL!

Read more ...

Monday

Facebook tapis imej penderitaan Gaza

  • Naomi Wolf
 1 / 1 
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Seorang penulis buku Amerika Syarikat (AS) yang menentang kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin, Naomi Wolf, mendedahkan dia diberi amaran oleh Facebook yang akaunnya boleh ditamatkan.

Menurutnya, Facebook turut menjelaskan mereka telah menapis imej-imej yang Naomi muat naik daripada sumbernya di Gaza.

“Kami menerima amaran dari (Facebook), mungkin kerana imej-imej mangsa yang cedera dan maut yang dipaparkan oleh para penyumbang dan wartawan rakyat agak mengerikan," katanya yang dipetik dari sebuah portal berita alternatif, Countercurrentnews.com kelmarin.

Pihak Facebook bagaimanapun, tidak menjelaskan secara terperinci bahagian mana kemas kini statusnya yang melanggar syarat, sedangkan Naomi mengakui dia pernah melihat banyak imej-imej mengerikan berkaitan Holocaust di Facebook sebelum ini.

Naomi yang merupakan bekas penasihat politik telah menerbitkan antara buku terlaris di AS iaitu ‘The Beauty Myth’.

Keberaniannya dalam melahirkan pandangan dan pendapat terhadap serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan dia diminati dan diikuti pelbagai invididu termasuk rakyat tempatan, umat Islam dan orang Yahudi.
Read more ...

Friday

Yoga wajah

Wajah kusam sepanjang hari ditambah pula dengan beban kerja semakin menimbun mampu membuatkan kedutan muka makin ketara. Umur masih muda tetapi wajah sebenar tidak menggambarkan usia. Tak perlu fikir untuk gebu wajah dengan produk mengandungi bahan kimia. Ketahui ada cara semula jadi untuk dapatkan wajah idaman.
Sekarang ini senaman yoga untuk wajah semakin terkenal dalam kalangan gadis sama ada yang muda hingga sudah berusia. Senaman yoga yang diperuntukkan khusus untuk kecantikan wajah dipercayai dapat memberikan kesan luar biasa pada wajah di mana lebih tegang, sihat dan menguatkan otot muka. Apatah lagi dengan senaman mudah ini, ia boleh dilakukan di mana saja tanpa menggunakan rangkaian perawatan dan ubat tambahan menyakitkan wajah. 
Bukan saja daripada kalangan orang biasa yang bersetuju dengan kehebatan senaman ini, selebriti antarabangsa pun sudah mula melakukannya. Tanyalah sesiapa pun, siapa tidak mahu wajah yang segar, cerah, dan bebas kerutan? Ia pastinya menjadi dambaan wanita. 

Sebenarnya masalah pada kulit wajah dapat dilakukan dengan mudah tanpa kesan samping iaitu yoga wajah. Senaman muka ini dilakukan untuk hidup lebih sihat dan pilihan lebih bijak dalam menghilangkan kerutan di wajah. Rutin mempraktikkan yoga ini dipercayai lebih efektif berbanding suntikan botox atau krim penegang kulit.

Tahukah anda, aktiviti ini sudah biasa dilakukan tanpa disedari. Salah satunya dengan membuat pipi kembung selama beberapa minit diikuti dengan muncung bibir atau jelir lidah. Senyum teruja iaitu hingga menampakkan deretan gigi antara teknik yoga wajah yang tidak disedari. Justeru, jangan malas untuk mempraktikkannya.

Bukan fakta dongeng, bahkan ahli kesihatan dan gizi dari Gold Coast, Australia, Josie Goldberg menyatakan kategori yoga ini adalah aktiviti menyenangkan dan memberi kebaikan yang maksimum. Selain berupaya menghilangkan kerutan, yoga wajah ini juga mampu mencerahkan dan menegangkan mengaktifkan otot supaya lebih pejal sekali gus menjadikan penampilan wajah anda lebih menarik. 


Cuba dan rasai sendiri 

Berikut antara beberapa cara boleh anda praktikkan dalam senaman ini. 

- Letakkan jari di hujung mata, kemudian tarik dengan lembut bahagian hujung kelopak mata dan lepaskan. 

- Letakkan kedua-dua jari telunjuk di bahagian tulang pipi dan pejam mata separuh. Jangan paksa mata ditutup rapat. 

- Senyum dengan meletakkan kedua jari telunjuk di bahagian tulang pipi. Syaratnya senyum tanpa membuka mulut. 

- Letakkan jari telunjuk di tengah bibir. Lalu lakukan gerakan seperti mengucup dan kembali seperti semula. 

- Ratakan bentuk bibir lalu letakkan jari telunjuk dan jari tengah bahagian hujung mulut. Tarik bibir ke depan dan ke belakang seperti mahu mengucup secara perlahan-lahan dan lembut. 

- Majukan rahang bawah ke depan lalu letakkan tapak tangan di bawah rahang. Tarik rahang ke kiri dan kanan ke arah cuping telinga dan lakukan secara perlahan dan lemah lembut. Setiap langkah ini disarankan dilakukan selama 10 kali. Selamat mencuba!
Read more ...

Bahasa badan berikan keselesaan


Bahasa badan dikenali sebagai cara tersembunyi untuk meluahkan sesuatu. HAZRIL MDNOR dapati kajian dari Amerika Syarikat menunjukkan kelebihan teknik ini berbanding cara lain yang biasa digunakan
Banyak sekali perkara yang boleh memberikan impak hubungan antara pasangan. Seperti yang kita tahu, penggunaan kata dan perkataan boleh mempengaruhi bagaimana sesuatu hubungan boleh bertahan lama atau tidak. Contohnya boleh dilihat apabila penggunaan ayat yang kasar selalu mengakibatkan keretakan dalam hubungan. 
Ramai anak muda sukar mengenal pasti bahasa badan yang dipamerkan. Kadangkala tidak perasan langsung sehingga boleh menyebabkan salah faham. Memerhatikan bahasa badan yang digunakan pasangan sebenarnya boleh menyelamatkan hubungan anda dan pada masa yang sama meningkatkan persefahaman. 

Percaya atau tidak, bahasa badan terbukti boleh memberikan impak yang lebih besar pada hubungan yang terjalin berbanding teknik seperti kata-kata manis ataupun ayat cinta. Jika anda seorang yang selalu kerap menggunakan bahasa badan, ketahui bahawa ada kesan yang tersembunyi di sebalik teknik itu. Penulis senaraikan beberapa teknik yang boleh anda amalkan.
Foto

1. Kajian mendapati individu yang duduk lebih tinggi daripada pasangan sambil meletakkan kaki ke atas paha ataupun merehatkan tangan di bahagian tengkuk menunjukkan kedudukan yang lebih berkuasa. Dengan erti kata lain. mereka yang lebih gemar berada dalam keadaan ‘postur’ rendah seperti duduk dengan gaya biasa sebenarnya adalah seorang yang pasif.

2. David B Givens, seorang penulis di majalah Cosmopolitan pula mendapati seseorang yang ingin meluahkan kata-kata harus melalui proses di mana otak akan memberikan mesej pada bibir dan lidah untuk mengukir kata-kata yang akan diucapkan. Oleh itu, apabila anda mendapati pasangan sedang membuat bentuk bibir menguncup, ia bermakna si dia sudahpun memikirkan sesuatu sebelum berpeluang mengatakan apa yang difikirkan itu. 

3. Pasangan yang melakukan teknik bahasa badan lebih ‘terbuka’ boleh meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain. Contohnya, senyuman yang berpanjangan dan isyarat menggunakan tapak tangan adalah teknik yang lebih berkesan berbanding penggunaan kata-kata semata-mata. 

4. Salah satu cara untuk menunjukkan minat dan fokus pada seseorang ialah melalui isyarat mata dan kedudukan. Mengekalkan ‘eye contact’ dan menghadapkan badan anda pada individu yang bercakap adalah salah satu cara untuk melambangkan diri anda berminat untuk memasang telinga bagi mendengar apa yang diperkatakan. 

5. Ingat untuk elakkan diri anda daripada menunjukkan ‘postur’ seperti menyilangkan tangan atau kaki ketika mendengar kerana ia boleh memberikan isyarat seolah-olah ingin mereka menjauhkan diri daripada anda. 

6. Apabila timbulnya pergaduhan, ramai yang mencadangkan untuk berdiam diri bagi memulihkan keadaan. Ia berkesan tapi cuba pula teknik baru ini iaitu memegang tangan pasangan anda. Selain itu, melakukan sentuhan secara fizikal boleh menguatkan hubungan. Sentuhan meningkatkan kadar pengeluaran ‘oksitoksin’ yang meningkatkan elemen kepercayaan dan menurunkan hormon kortisol, seterusnya boleh mengurangkan tekanan. Selamat mencuba!

Read more ...

Nokia Antik Selamatkan Nyawa Pendaki Sesat

Sedekad yang lalu majoriti di kalangan kita menggunakan telefon bimbit buatan Nokia kerana ianya terkenal dengan ketahanan bateri dan sukar untuk dimusnahkan.
Jutaan ‘Meme’ boleh ditemui di internet mengenai ketahanan telefon Nokia terutamanya Nokia 3310 yang hampir mustahil untuk dimusnahkan.
Nokia sendiri kini mementingkan telefon pintar dengan skrin sesentuh dari telefon biasa mereka yang sudah terjual lebih daripada 1.5 billion unit.
Di Taiwan ada kejadian menarik yang mungkin akan membuatkan anda mahu menyimpan sebuah telefon Nokia yang lama untuk kegunaan ketika kecemasan.
Liu Quanming (70) dilaporkan hilang selepas menyertai ekspidisi meredah hutan bersama beberapa orang teman 20 Jun yang lalu, selepas hilang operasi menyelamat dijalankan dan beliau dapat diselamatkan selepas hilang selama 5 hari.
Pihak polis mengesan kedudukan beliau menggunakan isyarat dari telefon Nokia beliau yang sudah digunakan selama 10 tahun. Jika beliau menggunakan telefon pintar kami yakin peranti tersebut sudah kehabisan bateri.

Telefon yang digunakan bukanlah daripada keluarga telefon pintar dan kini dianggap agak kuno, tetapi kebanyankkan telefon bimbit nokia seawal tahun 2000 sering diberikan kredit oleh kerana kualiti dan kadar jangka hayat baterinya yang panjang.
Walaupun fungsi yang ada pada telefon ini boleh dikatakan agak ketinggalan dengan standard peranti pintar harini, tetapi di dalam kes Liu ia merupakan diantara hidup dan mati.
Sumber: NBC
Oleh: hzqahmd
Read more ...

Saturday

Kucing Setia Temani Pasangan Yang Mati

SEDIH tapi hakikatnya kadang-kadang haiwan yang tidak mempunyai akal mampu menunjukkan sifat penyayang mereka lebih daripada manusia.
Itulah yang terlihat daripada gambar-gambar yang dikongsikan di Group DKG ini.
Seekor kucing jantan meratapi pemergian pasangannya yang mati dilanggar kereta hingga bertindak menemani jasad kucing betina sampailah ia dikuburkan oleh seeorang insan prihatin.
Bacalah keterangan gambar ini dan kemudian renung blok-blok gambar yang dikepilkan;
“Dah 2 3 bulan ni ada seekor kucing betina kerap tumpang makan bersama kucing-kucing saya. Tak tau sama ada dia bertuan atau tidak. Saya panggil dia Sandy.. manja tapi tak suka disentuh. Sandy dah ada pakwe kaler hitam sejak 2 minggu lalu.
Tapi subuh tadi saya nampak Sandy terbaring tepi jalan depan rumah saya dengan si hitam duduk di sebelahnya.. Saya perati kenapa Sandy tak bergerak?
Rupanya Sandy kena langgar. Sedih saya tengok si hitam duduk mnjaga Sandy berjam-jam sampai la saya tanam Sandy pukul 9.30 tadi. Hayatilah erti disebalik gambar-gambar ini..”
kucing sedih
Memang sebak malah perhatikan, si jantan masih setia berada di tepi kubur kekasihnya selepas ia disemadikan dalam tanah.
Manusia pun belum tentu ada yang sesetia ini kan? #mynewshub
Oleh: REM RAMZI
Read more ...

Friday

Kisah Pengislaman Felixia Yeap

Kisah Pengislaman Felixia Yeap. Mereka yang mengikuti perkembangan tentang seorang bekas model Felixia Yeap pasti mengetahui yang beliau akan melafazkan kalimah syahadah sekaligus memeluk agama Islam pada hari ini iaitu 3 Julai 2014 bersamaan 5 Ramadhan 1435H iaitu pada hari lahir beliau yang ke 28. Walaubagaimanapun lokasi dan masa beliau untuk melafazkan kalimah syahadah itu tidak diumumkan beliau dan majlis itu dilakukan secara rahsia.
Kisah Pengislaman Felixia Yeap
Felixia Yeap yang telah memeluk Islam hari ini telah mengucapkan 2 kalimah syahadah di depan keluarga terdekat beliau, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada beliau supaya terus istiqamah. Berikut beliau berkongsi kisah pengislaman beliau memeluk agama Islam.
Kisah Pengislaman Felixia Yeap

Kisah Pengislaman Felixia Yeap

Assalammualaikum.
Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi…saya telah mengharungi pelbagai dugaan.
Bantahan.
Makian.
Sindiran.
Fitnah.
Penyisihan.
Tekanan.
Tetapi syukur Alhamdullilah…saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.
Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya.
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.
Ya…saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya.

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.
Saya tetap teruskan perjalanan.
Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya…tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.
Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.
Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.
Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, “Sang seng jor lor, dai gor nui la…kwai jor hou dor.”
Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.
Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan.
Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.
Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)
Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.
Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.
Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama…cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.
Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)…saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah.
Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.
Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan “mewah” dan bahagia.
Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.
Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling “happening” yang mereka dapat pergi, rasa “happy” janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.
Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa?
Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.
Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.
Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.
Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.
Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.
***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.
Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.
Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu.
Saya tidak lagi rasa “impressed” atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.
Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan…tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.
Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis.
Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.
Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, “Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!”
Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.
Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.
Masa itu…saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.
Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya…saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi.
3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.
Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.
Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya…tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya.
Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.
Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...