Thursday
Dafuq Salji Bakal Turun Di Malaysia 2014 | FAKE
Kebelakangan,aku kat sekolah dari pukul 8 pagi sampai pukul 11 masih rasa sejuk,.di Cameron Highlands catat suhu paling rendah 12 Celsius.ramai kata mengenai malaysia bakal turun salji?Kejadahkah ini?ini semua akibat Angin Monsun Timur Laut melampau di Hemisfera Utara.
Berita palsu salji bakal turun melanda di Malaysia pada januari 2014. Berita ini tersebar berikutan suhu sejuk sedang melanda Malaysia sejak beberapa hari lalu. Menerusi makluman rasmi daripada Jabatan Metereologi Malaysia, kawasan pantai timur dan utara semenanjung Malaysia kini mengalami suhu paras sejuk bermula pada 23 Januari 2014 sehingga minggu hadapan. Cuaca sejuk ini juga tidak akan mengakibatkan fenomena salji di Malaysia seperti yang dihebohkan dilaman sosial. Menurut Jabatan Metereologi lagi, cuaca sejuk yang melanda Malaysia berpunca daripada tiupan angin dari tanah besar China yang pada ketika ini mengalami musim sejuk.
Kenyataan Akhbar Jabatan Metereologi Malaysia
Berita palsu salji turun di Indonesia pada bulan Januari 2014. Dilaman sosial kini kecoh dengan isu negara jiran Indonesia yang beriklim tropika dikhabarkan turun salji dan berita itu tersebar sejak beberapa hari yang lalu. Hasil siasatan pihak kami mendapati video laporan berita yang dikeluarkan oleh sebuah laman “Chelms Ford News”adalah palsu. Video yang mendakwa Indonesia dilanda musim salji sebenarnya dimuat naik pada 9 Ogos 2013 lalu. Dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 48 saat, terdapat beberapa elemen yang meragukan seperti ketiadaan seorang saksi yang dapat ditemuramah untuk membuktikan dakwaan tersebut. Selain itu, tiada laporan rasmi oleh akhbar tempatan atau media antarabangsa mengenai fenomena salji di Indonesia. Terdahulu, akhbar Chelms Ford News juga pernah menyebarkan berita palsu mengenai negara Filipina turun salji pada 23 Julai 2013 lalu. Namun, ianya ternyata tidak benar setelah Jabatan Kaji Cuaca Filipina menafikan dakwaaan tersebut.
Video Laporan Palsu Salji Turun Di Indonesia Januari 2014
sebelum menerima sesuatu berita,kita mestilah siasat dulu..Ini semua poyo