Sunday
Laptop Terbaik Untuk Gaming
Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga giler hackers [GH] yang sentiasa menyokong giler hackers.Admin harap anda semua sihat sejahtera hendaknya.Hari ini,admin ingin berkongsi sedikit info tentang "Laptop terbaik Untuk Gaming".Pasti anda semua gemar bermain Game.Tetapi adakah laptop anda sesuai untuk bermain game?? Yaa!! Sudah tentu anda inginkan laptop yang lancar ketika bermain games tanpa Lagging dan mempunyai grafik 3D yang tinggi.Tahukah anda terdapat atau wujudnya laptop yang dicipta khas untuk Gaming.Maksudnya,terdapat Graphic card atau kad grafik terbaik di dalam laptop tersebut dan sekurang-kurangnya prossesor intel generasi ketiga iaitu core I5 atau core I7.Jadi di sini admin senaraikan laptop yang terbaik untuk gaming.
1.ALIENWARE 18
Alienware 18 ialah sebuah laptop yang direka khas untuk gaming oleh sebuah syarikan pengeluar komputer terkemuka iaitu DELL.Laptop ini mempunyai paparan penuh 1080 HD.Laptop ini menggunakan prossesor generasi ke4 intel iaitu Core I7-4900MQ.Selain itu,saiz ram untuk laptop ini ialah 32GB dan menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX 780M.Jadi bagi admin,Alienware 18 ini laptop terbaik untuk gaming ditambah pula dengan prossesor Core I7,saiz ram 32GB dan menggunakan Geforce GTX 780M sudah cukup memadai untuk bermain games pada masa kini.
2.BATTALION 101 P170EM
Battalion 101 p170em ini ialah produk daripada syarikat IbuyPower.Laptop ini mempunyai skrin dengan skala 17,3 HD yang pastinya membuat anda teruja ketika bermain games.Laptop ini dikuasakan dengan prossesor Intel Core I7-4700MQ.Selain itu,saiz ram untuk laptop ini ialah 16GB = 8GB x 2 dan menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX770M.
3.DELL XPS M1730
Sebuah lagi laptop jenama DELL yang diberi nama xps m1730.Laptop ini mempunyai rekaan yang menarik.Selain itu laptop ini juga menggunakan papan kekunci M1730 yang dilengkapi dengan cahaya berwarna biru,sudah tentu anda boleh bermain games dalam keadaan yang gelap.Laptop ini mempunyai skrin bersaiz 17 inci.Selain itu,laptop ini mempunyai prossesor intel Core 2 duo 2.6GHZ.Akhir sekali,saiz ram untuk laptop ini ialah 4GB dan mempunyai kad graphic 2x Nvidia Geforce 8800M GTX 512MB.
4.MSI GX60 1AC-021US
Msi gx60 1ac-021us mempunyai skrin bersaiz 16,9 inci dengan resolusi 1920x1080.Selain itu,saiz ram bagi laptop ini ialah 8GB.Laptop ini menggunakan prossesor AMD A10-4600M RZ09-00830100-R3U1 dan menmpunyai kad grafik AMD RADEON HD 7970M 2GB GDDR5.Jadi laptop ini 100% menggunakan barang-barang daripada syarikat AMD.
5.RAZER BLADE RZ09-00830100-R3UI
Tiada penerangan lanjut untuk razer blade rz09.Laptop ini mempunyai saiz skrin 17,3 inci dengan resolusi 1920x1080.Prossesor yang digunakan laptop ini ialah intel jenerasi ke4 iaitu Core I7.Mempunyai Saiz ram 8GB dan menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX660M.
6.ORIGION EON-17-S
Origion eon-17-s ini sebuah lagi laptop yang direka khas untuk gaming dan memegang GPU terpantas antara laptop yang lain.Laptop ini memaparkan skrin bersaiz 17,3 inci dengan resolusi 1920x1080.Laptop ini dikuasai dengan prossesor Intel Core I7 ditambah dengan 16GB Ram.Selain itu,kad grafik yang digunakan ialah Nvidia Geforce GTX680M.Apa yang menarik tentang laptop ini ialah,saiz HDD untuk laptop ini ialah mencecah 1TB.
7.ASUS G75VW
Apa yang menarik tentang laptop ini ialah asus g75vw ini reka bentuknya direka merujuk kepada pesawat tempur stealth.Laptop ini mempunyai saiz paparan skrin 17,3 inci dengan resolusi 1920x1080 HD.Prossesor yang digunakan laptop ini ialah intel core I7 dan mempunyai Ram bersaiz 16GB DIMM.Kad grafik yang digunakan ialah Nvidia Geforce GTX670M.
8.MSI GT70 2351
Msi gt70 2351 mempunyai saiz paparan skrin 17 inci dengan resolusi 1920x1080.Laptop ini menggunakan prossesor Intel Core I7-3610QM dan mempunyai ram bersaiz 16GB DDR3.Laptop ini menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX 670M.
9.ALIENWARE M17X R4
Alienware m17x r4 ini menggunakan prossesor yang terbaru.Tetapi harganya memang mahal sehingga boleh mencecah ribuan ringgit.Laptop ini mempunyai saiz paparan skrin 17 inci dengan resolusi 1920x1080 HD.Prossesor yang digunakan ialah Intel Core I7 dan saiz ram untuk laptop ini ialah 4GB DDR3.Selain itu,Kad grafik yang digunakan untuk laptop ini ialah AMD RADEON HD 7970M.
Artikel Laptop Terbaik Untuk Gaming
Dipost Oleh :azrul haqim.
Jika anda Suka Artikel Beliau, Sokong beliau dengan mengundi Author Kegemaran Anda.
Wednesday
Maksud Hadis ‘Sesiapa Menyerupai Sesuatu Kaum..’
MAKSUD HADIS ‘SESIAPA MENYERUPAI SESUATU KAUM..’
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Soalan: Dr Asri, saya
ada seorang kawan yang sentiasa berhujah dengan hadis “Sesiapa yang
menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Dengan hadis
itu beliau selalu macam kata orang lain tidak islamik sebab berpakaian
ala-Barat atau makan dengan sudu tidak dengan tangan dan lain-lain lagi.
Saya beritahu itu boleh sebab tiada dalil yang melarangnya, tapi beliau
sering berdalil “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam
kalangan mereka”. Sejauh manakah penafsiran hadis ini ?
Nurdin, Pasir Tumbuh, Kelantan.
Jawapan: Saudara, sebagai ingat; dalam
penghujahan menggunakan sesuatu hadis, terlebih dahulu hendaklah kita
semak kedudukan atau status hadis tersebut di sisi muhaddithin (ahli
hadis). Jika hadis itu didapati sabit iaitu berada pada kedudukan
(nilaian) sahih atau hasan, maka ia boleh dijadikan hujah dalam agama.
Setelah perkara tersebut dipastikan, barulah ke peringkat seterusnya
iaitu mengkaji maksud matan (teks) hadis tersebut. Bagi menjawab
persoalan yang dikemukan maka di sini disebut beberapa perkara;
2. Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.
3. Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk. Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):
“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).4. Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.
Gambar contoh pakaian khusus bagi agama tertentu.
5. Saya menyokong pendapat yang menyatakan sekiranya menyerupai
golongan kufur tetapi tidak beriktikad kufur perbuatan tersebut berdosa
tetapi tidak terkeluar dari agama. Namun, jika dia menyerupai mereka
secara penyerupaan zahir dan juga batin iaitu dengan iktikad yang sama,
maka dia menjadi kufur. Kadar dosa menyerupai itu berdasarkan kadar
perkara yang ditiru atau diserupai.6. Sekali lagi hendaklah kita jelas, penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan dalam perkara-perkara yang khusus untuk sesuatu puak atau agama. Jika perkara tersebut tidak khusus untuk mereka, maka hadis ini tidak berkaitan. Dalam dunia globalisasi, banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian, makanan, binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu. Maka, kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.
7. Dalam hadis “Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):
“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).8. Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya:
“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam.
9. Berdasarkan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” maka muslim dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai tersebut. Kata al-Imam al-Munawi:
“Jika puak fasik atau kaki berfoya mengkhususkan sesuatu pakaian, maka dilarang untuk seseorang memakainya kerana mungkin boleh menyebabkan orang yang tidak tahu berburuk sangka bahawa dia dalam kalangan mereka (fasik dan kaki berfoya), lalu berdosa yang berburuk sangka dan juga yang disangka buruk disebabkan dia punca sangkaan tersebut” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/135. Beirut: Dar al-Kurub al-‘Ilmiyyah).Maka, perbuatan anak-anak muda atau selain yang meniru pakaian atau gaya artis atau kumpulan yang dianggap serong oleh masyarakat itu menyumbang kepada dosa.
10. Manusia ini cenderung menyerupai pihak yang mereka suka atau sayangi. Orang baik cenderung meniru cara orang yang baik. Demikianlah sebaliknya. Kecenderungan kita untuk meniru gaya atau gaya sesuatu pihak, memberi gambaran tentang apa yang tersirat dalam jiwa kita.
11. Kesimpulannya; kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim.
Kategori: Akidah
Saturday
Pesakit berhak pilih doktor
“SUSAH sangatkah hendak bercakap? Kita hendak tanya lagi tetapi dia cepat-cepat suruh keluar dan ambil ubat.”
Itu komen seorang pesakit yang baru mendapatkan perkhidmatan di sebuah klinik kecil di taman perumahannya. Ketika mengadu mengenai sakitnya, si doktor terus memberi beberapa ubat dan si pesakit yang mahu mengetahui ubat yang diberi seperti nama ubat, tujuan diberi dan kesan pengambilannya, dia tidak diberi penjelasan terperinci.
Ternyata doktor itu begitu berat mulut hendak berkomunikasi dan
membuat penerangan. Tentu ada yang pernah mengalami pengalaman ini dan
rasa kecewa lantas membuat keputusan tidak mahu mengunjungi klinik yang
sama lagi.
Bolehkah doktor bersifat ‘pendiam’ di dalam tugasnya? Menjenguk bidang kerjaya lain sekadar untuk membuat perbandingan, bolehkah guru juga bersikap ‘pendiam’ lantas dia tidak mahu mengajar muridnya?
Semua bidang pekerjaan memerlukan komunikasi dua hala. Tidak semua doktor
di negara kita tidak mahu berkomunikasi dengan pesakit atau orang yang terbabit dengan pesakit itu.
Pengalaman Zulkeflee Haron yang baru kehilangan ibunya buat selama-lamanya pada 10 Disember lalu berbeza pula.
“Saya pernah melalui pengalaman apabila doktor malas berkomunikasi dengan pesakitnya. Saya bercakap panjang lebar, dia hanya menunduk sambil menulis sesuatu.
“Selepas periksa tekanan darah dia terus menyuruh mengambil ubat di luar. Acuh tidak acuh sikapnya dan kita pun rasa panas hati. Bayaran pula mahal,” katanya.
Namun pengalaman terbaru ketika ibunya tiba-tiba diserang angin ahmar, membuatkan Zulkeflee berubah fikiran bahawa tidak semua doktor berat mulut berkomunikasi.
“Saya dan keluarga bersyukur kerana kali ini kami bertemu semua doktor yang baik-baik belaka di Hospital Besar Melaka. Mereka tidak jemu bercakap dan memberi penerangan mengenai keadaan emak walaupun kami asyik bertanya soalan yang sama berulang-ulang.
“Walaupun ketika itu wad kecemasan sedang sibuk, setiap kali kami adik-beradik mahu penerangan, doktor sentiasa mahu memberi penjelasan terperinci,” katanya.
Setiap orang ada pengalaman tersendiri ketika mendapatkan perkhidmatan doktor sama ada doktor kerajaan mahupun swasta. Namun sedarkah kita bahawa komunikasi antara doktor dan pesakit memang sebenarnya amat penting demi kebaikan kedua-dua pihak?
Komunikasi antara doktor-pesakit adalah antara yang terpenting.
Menurut Pegawai Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad, dalam usaha doktor membantu pesakit menangani penyakitnya, seseorang doktor itu harus mempunyai tiga aspek penting dalam dirinya.
Aspek berkenaan ialah ilmu kedoktoran yang dipelajari, kemahiran menyampaikan informasi dan menerangkan masalah perubatan kepada pesakit serta sikap merawat pesakit yang betul.
“Sikap merawat pesakit yang betul bermakna seorang doktor harus faham bahawa dia berhadapan dengan manusia yang beremosi dan berakal. Doktor bukan saja merawat penyakitnya tetapi harus mengambil kira emosi dan akalnya.
“Seorang profesor saya pernah berkata kepada saya, doktor bukanlah seorang mekanik yang membaiki kereta. Jika dia gagal membaikinya, mekanik mungkin akan membiarkan saja kereta itu menjadi buruk di hujung kedainya,” katanya.
Justeru, kata Dr Zubaidi, seorang doktor perlu sentiasa berinteraksi bagi memastikan usaha merawatnya berjaya.
“Doktor tidak boleh merawat dan kemudian membiarkan saja pesakit terpinga-pinga keliru dengan apa yang berlaku pada dirinya.
“Doktor juga berhadapan dengan manusia yang perlu ditenangkan emosinya dan diberikan penerangan agar fikirannya puas sebelum membuat keputusan.
“Apabila seorang doktor mempunyai sikap yang betul, maka terbinalah kemahiran berkomunikasi. Doktor dapat menerangkan apa yang berlaku pada pesakit dan memberitahu rawatan yang sepatutnya diambil,” katanya.
Komunikasi adalah aspek penting bagi menyampaikan maklumat. Seorang doktor harus sedar bahawa dia bukan saja merawat tetapi memberikan maklumat.
“Bagaimana seorang doktor mahu mengetahui maklumat yang diberikan difahami? Sudah tentu dengan cara mendapatkan maklum balas. Komunikasi dua hala sudah tentu akan melancarkan proses penyampaian maklumat dan memastikan pesakit tidak keliru,” katanya.
Bagaimana sekiranya seorang doktor kurang dalam aspek komunikasi, berat mulut apabila ditanya atau tidak suka ditanya?
“Sekali lagi ia bergantung kepada sikap dan kemahiran berkomunikasi yang baik yang seharusnya dipunyai oleh seorang doktor.
“Katakan seorang tua datang ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan berkala serta mendapati tekanan darah dan kandungan gulanya tinggi. Adakah seorang doktor memarahi orang tua itu?
“Seharusnya doktor itu memeriksa tahap pengetahuan pesakitnya mengenai dos ubat dan cara pemakanan ubat yang diberikan. Makan ubat dua biji tiga kali sehari, mudah saja disalahfahamkan sebagai makan ubat tiga biji dua kali sehari. Kegagalan seorang doktor mengesan kelemahan pesakit memahami ubatnya adalah malapetaka yang bakal ditempah. Pesakit itu mungkin saja terlantar akibat terlebih dos atau penyakitnya menjadi bertambah tenat akibat dos yang tidak mencukupi.
“Namun begitu pesakit pun harus cuba memahami situasi seorang doktor. Sebagai contoh seorang doktor yang baru saja menghabiskan ‘on call’ selama 32 jam sudah tentu tidak mempunyai sikap prihatin kepada pesakit.
“Dalam keadaan ini, pesakit harus mencari doktor lain untuk mendapatkan penerangan atau datang semula untuk berjumpa doktor itu di waktu yang lain.
“Jika didapati sikap doktor itu tidak ada kaitan dengan bebanan ‘on call’ tetapi lebih kepada masalah sikapnya sebagai individu, saya mencadangkan agar pesakit memilih doktor lain yang boleh diajak berkomunikasi,” katanya.
Memang tidak ada salahnya seorang pesakit mendapatkan pandangan kedua atau ketiga daripada doktor lain.
Menurut Dr Zubaidi, menganggap doktor itu berilmu dan boleh membuat keputusan baik untuk diri pesakit seharusnya relevan jika doktor itu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan sikap menghormati hak pesakit.
“Doktor yang tidak dapat berkomunikasi dengan pesakitnya tentunya tidak boleh diharapkan untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit. Ini kerana jika pesakit menghadapi komplikasi rawatan atau penyakitnya tidak sembuh, pesakit terpaksa berjumpa semula dengan doktor itu,” katanya.
Tambah Dr Zubaidi, masalah komunikasi antara doktor-pesakit berlaku di kalangan komuniti Asia yang masih tebal dengan cara kehidupan perbezaan darjat.
“Seperti filem P Ramlee itu, orang kaya dilayan dengan baik, orang miskin dipandang hina. Keegoan doktor yang dilatih tanpa sedar oleh profesor mereka menyebabkan mereka ‘ego tanpa sedar’. Kata-kata mereka menyakitkan hati pesakit tanpa mereka sedari,” kata lulusan Kolej Perubatan Kastuba, Manipal ini.
Sekiranya masalah komunikasi terus beraja antara doktor dan pesakit, bagi membendung dan mengubah budaya ini, kata Dr Zubaidi, seharusnya ada kurikulum atau silibus pembelajaran perubatan mengajar aspek undang-undang dan kemahiran komunikasi yang baik.
“Seingat saya, sepanjang pembelajaran saya tidak ada subjek bagi memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Pelajar perubatan harus didedahkan dengan perkara ini.
“Jika tidak mereka akan mengalami kejutan budaya, daripada suasana kampus yang sibuk dengan buku dan amali klinikal kepada suasana masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan harapan.
“Perubahan membabitkan sikap tidak hanya terhadap pelajar perubatan tetapi juga tenaga pengajar mereka iaitu profesor.
“Profesor yang mengajar klinikal juga harus mengubah sikap mereka yang dengan selamba memarahi pelajar di hadapan pesakit ketika latihan klinikal di wad.
“Jika seorang guru (profesor) sanggup memarahi seorang pelajar perubatan dengan dengan kata, ‘Hoi monkey!’, bayangkan apa yang bakal doktor ini katakan pada pesakitnya nanti?” katanya.
Mengenai perbezaan perkhidmatan di hospital kerajaan dan swasta, Dr Zubaidi berpendapat, perbezaan perkhidmatan swasta dan kerajaan adalah daripada sudut jumlah pesakit.
“Jika tekanan kerja kurang, tentu doktor dapat memberikan perhatian kepada pesakitnya. Sebagai perbandingan semasa saya bekerja di Jabatan Kardiothoracic,
setiap hari saya membantu lima pembedahan jantung selama lima hari dalam seminggu. Dalam seminggu bermakna 25 kes pembedahan.
“Di hospital swasta, rakan memberitahu mereka melakukan pembedahan sekali seminggu dan hasil gajinya berlipat kali ganda berbanding dengan kerja di hospital kerajaan.
“Di hospital kerajaan doktor bekerja dengan pesakit yang ramai berbanding dengan swasta. Maka nampak perbezaan layanan yang ketara,” katanya.
Menurut Dr Zubaidi, tekanan pesakit yang ramai dan harus dihabiskan dalam waktu tertentu (untuk mengelakkan aduan menunggu lama daripada pesakit), membuatkan doktor akan cuba mempercepatkan rutinnya melihat pesakit.
“Bagi penyakit yang tidak serius seperti batuk atau selesema, ada kalanya
diperiksa hanya lima minit. Malah ada yang tidak memeriksa langsung. Rawatan hanya berdasarkan aduan pesakit. Namun bagi penyakit yang serius dan berulang, catatan sejarah dan pemeriksaan yang lengkap adalah suatu kemestian,” katanya.
Ada doktor yang malu mengaku kekurangan mereka seperti kurang pengetahuan dan hasilnya mereka tidak menjawab soalan pesakit.
“Doktor yang kurang berpengalaman atau berpengetahuan harus merujuk kepada doktor yang lebih senior. Kami faham mereka hanya manusia biasa yang mempunyai kelemahan,” katanya.
Panik dan takut pada apa yang menimpa diri juga sering dihadapi oleh ramai orang. Apakah bantuan yang boleh diberikan oleh doktor?
“Pesakit yang takut adalah fenomena biasa. Mereka panik, disebabkan tidak biasa berada di hospital atau melihat sesuatu yang mengerikan di klinik atau di wad. Seorang doktor yang berpengalaman tentu saja tidak panik kerana sudah biasa dengan situasi itu. Namun jika doktor juga panik, ini bermakna mereka kurang berpengalaman atau kurang berpengetahuan.
“Mereka menterjemahkan panik mereka dengan memarahi pesakit. Jika doktor penat atau sedih, saya rasa adil bagi mereka untuk sedikit beremosi. Namun jika ia disebabkan oleh masalah sikap, maka wajar seorang pesakit mencari doktor yang lain,” katanya.
Bagi menghadapi suasana panik atau kecemasan, doktor harus tenang dan menjadi contoh pada staf paramedik yang lain. Ketenangan dan kepantasan doktor tentu saja akan menyelamatkan pesakit.
“Pesakit berhak memilih doktor sebagaimana doktor berhak memilih pesakit (kecuali dalam keadaan kecemasan). Selagi belum terjadi hubungan doktor-pesakit, mereka berhak memilih. Jadi pilih doktor yang berpengalaman, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berkomunikasi. Itu hak pesakit,” katanya.
Dr Zubaidi, selain sibuk dengan kerjayanya, juga aktif di Internet dan boleh dilawati di www.drzubaidi.com.
Dia berpengalaman bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru selama lima tahun di Jabatan Pembedahan serta Jabatan Trauma dan Kecemasan. Selepas itu
di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd sehingga kini.
Read more ...

Monday
Saturday
Anda Upload Gambar Makanan dalam Facebook?
Adakah
anda selalu mengambil gambar makan yang dihidang atau dimasak dan
memasukkan foto tersebut ke dalam laman sosial atau internet?
Jika selalu, anda mungkin mengalami masalah psikologi kerana satu kajian
pakar mendapati, kecenderungan individu mengambil dan menyiarkan gambar
makanan mereka disifatkan sebagai 'sakit mental'.
Ketua
Psikiatri Hospital Kolej Wanita di Universiti Toronto, Dr. Valerie
Taylor berkata, kegilaan orang ramai berbuat demikian bukan sahaja satu
perkara yang menjengkelkan, malah petanda bagi masalah psikologi.
"Saya melihat beberapa klien yang obses dengan makanan mereka.
"Mereka tidak mahu keluar bersosial secara normal dan menjadikan
makanan sebagai teman sosial dengan memaparkan apa mereka makan, bila
mereka makan dan melakukan perkara yang sama berulang kali," jelasnya.
Kegilaan menyiarkan gambar makanan atau dikenali sebagai
"foodstagramming" merupakan trend mengambil gambar makanan dan memuat
naik foto itu ke dalam Instagram atau Twitter.
Tabiat tersebut
menjadi sangat popular sehingga menyebabkan sesetengah restoran tidak
membenarkan pelanggan meraka mengambil gambar makanan yang disediakan
atas sebab cahaya kamera dan tindakan itu boleh mengganggu pelanggan
lain.
Januari lalu, tukang masak terkemuka New York, David Bouley melarang pelanggan mengambil gambar makanan di dalam restorannya.
Dalam Sidang Kemuncak Obesiti Kanada di Vancouver pada minggu lalu,
Taylor menjelaskan tentang gangguan pemakanan dan peranan makanan dalam
kebudayaan dan kehidupan moden.
"Trend foodstagramming yang berleluasa ketika ini sangat membimbangkan.
"Kita sepatutnya mengambil gambar yang penting dan bermakna untuk diri
kita, namun bagi segelintir orang, makanan menjadi perkara utama buat
mereka sehingga menjadi obses," jelasnya.
Taylor turut
menegaskan penyiaran banyak gambar makanan memberi kesan buruk terhadap
orang ramai dan boleh menaikkan berat badan.
Kenyataan itu
dikaitkan dengan kajian Universiti Southern Carlifornia pada tahun lalu
yang menunjukkan orang ramai yang meluangkan masa melihat gambar makanan
secara dalam talian akan mempengaruhi otak dan menyebabkan mereka makan
terlalu banyak. - AGENSI
Source - Utusan Malaysia - Jumaat 10 Mei 2013.
'Foodstagrammers' aren't just annoying - they may have a psychological problem, says leading psychiatrist
[http://www.dailymail.co.uk/health/article-2321307/Foodstagrammers-arent-just-annoying--psychological-problem-says-leading-psychiatrist.html]
Friday
Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak&organ manusia | Sains&al-Quran
Dr. Al Qadhi, melalui
penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida
Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan
ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab
ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.
Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-A'raaf 7:204) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
When the Qur'an is read, listen to it with attention, and hold your peace: that ye may receive Mercy.
Bunyi yang bergerak dari
telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis
baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai
kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan
menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka,
otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke
seluruh organ-organ badan terutama sistem imun.
Penurunan kemurungan,
kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit
merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam
penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu.
Penelitiannya ditunjang
dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan
darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap
aliran elektrik.
Satu sel kanser meletup
dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah
sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat
kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!
Dari hasil uji kajinya
dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97%
dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.
Kajian Dr. Al Qadhi ini
diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang
berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan
Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran
terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang
mendengarkannya.
Molekul air membentuk
perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada
air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri
air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel
dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.
Kesimpulan hasil uji
kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang
diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang
sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita.
Kelima orang tersebut
tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan
diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus
dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi
terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama
meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang
terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mendengar satu ayat dari kitab Allah nescaya ditulis untuknya satu kebaikan yang berlipat ganda, dan barangsiapa yang membacanya maka baginya cahaya pada hari kiamat nanti.” (Hadis dhaif, HR Imam Ahmad).
Kajian yang dilakukan
sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an
dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.
Kesimpulannya, responden
mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan
mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang
bukan dari Al-Qur'an.
Al-Qur'an memberikan
pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan
Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi
Islam di Malaysia pada tahun 1997.
Gambar sebenar sel darah
yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet
di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan
menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada
penyakit malignan.
Menurut kajian, bayi
yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an
dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih
tenang.
Sungguh suatu
kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai
Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan
pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.
Jika mendengar muzik
klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan
emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain
mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan
spiritual (SQ).
Thursday
Kisah Hidup Yasmin J Hunwick Di Novel’kan | Lahir di Dunia Bangkit di Syurga
Kejadian yang menimpa Yasmin J Hunwick atau Yasmin Johan ini pernah trending di Twitter pada ketika itu memandangkan beliau adalah seorang yang agak popular dikalangan blogger di Malaysia walaupun masih di usia yang muda.
Yasmin pergi menghadap Ilahi pada usia yang begitu muda iaitu 17 tahun. Pemergiannya juga begitu tragis dan mengundang air mata sesiapa sahaja. Yasmin hanya seorang gadis biasa, berparas rupa yang ayu dan berjiwa muzik. Permainan muzik kegemarannya adalah Piano. Yasmin juga tidak lekang dengan senyuman yang menyejukkan hati sesiapa sahaja. Yasmin sama juga seperti kebanyakkan remaja lain yang aktif di Twitter, Instagram, Facebook dan sebuah blog diari hidupnya.
Ditakdirkan, arwah pernah memuatkan satu gambar buku di Instagram bertajuk “BEGINIKAH RASANYA 7 MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR” dan bersama caption “This book kinda interesting” yang ditulis oleh arwah sendiri dan itu merupakan posting Instagram terakhir yang dilakukan arwah sebelum pergi buat selama-lamanya.
Arwah meninggal dunia dalam satu kemalangan motosikal yang ditunggang bersama 2 rakannya. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia selepas dilanggar oleh sebuah van pelancong di satu persimpangan lampu isyarat di Langkawi ketika cuba membuat pisangan U. Ketiga-tiga mereka meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.
Biodata Arwah yang diambil terus dari blog arwah.
Nama Sebenar : Yasmin Johan EusoffeNOVEL
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-
Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II
Twitter : @yasminhunwick
Tumblr : themeanofmien.tumblr.com
Jika anda berminat untuk mendapatkan novel ini (kini tinggal 150 naskah sahaja lagi), ianya hanya berharga RM30 termasuk penghantaran bagi semenanjung Malaysia dan RM35 untuk Sabah/Sarawak. Anda boleh menghubungi Facebook penulis novel ini, saudara Syimir melalui Message di Facebook [klik] secara terus. Untuk makluman, novel ini tidak dipasarkan di mana-mana tempat lain selain dari terus menghubungi penulisnya sahaja. Anda juga boleh LIKE pages khas untuk Novel ini di Facebook.
Banyak kisah menarik tentang kisah hidup seorang Yasmin yang menjadikan dia sangat istimewa dan hidup di hati ramai yang lain biarpun tidak pernah mengenali Yasmin secara peribadi. Kisahnya dibukukan untuk menjadi tatapan kenangan dan juga pengajaran untuk kita yang masih bernyawa. Umum tahu mengenai kisah mimpi yasmin beberapa bulan sebelum kematiannya dan dalam buku ini terungkai semua petanda dan juga kisah eksklusif terus dari keluarga arwah yasmin. Ianya amat menyentuh perasaan.
Video di bawah ini adalah kompilasi video arwah Yasmin yang masih ada untuk tatapan kita yang masih ada.
Blog arwah masih wujud sehingga kini dan dijaga dan dikemaskini rapi oleh ibunya. – http://misschronicz.blogspot.com
moga ditempatkan dalam syurga~ :)