Wednesday

Teori Stimulus mekanoreseptor pada magis spot | Sains&Al-Quran


Dr Muhammad Asim Mahmod Khan memiliki teori yang menarik mengenai pengaruh bacaan Quran kepada kesihatan.Kesan penyembuhan Quranik menurutnya berlatarbelakangkan dua hal,gerakan lidah dan kesan gelombong suara.Beberapa lafaz ayat atau kalimat-kalimat suci yang apabila diartikulasikan membentuk gerakan lidah yang spesifik.

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya,Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.
(Al-Ahzaab 41-42)

Gerakan hujung lidah menyentuh apa yang disebutnya sebagai magic spot yang terletak di atas langit-langit mulut di belakang gusi dan gigi seri bahagian atas.Cuba amati atau rasakan apbila menyebut perkataan ‘Allah’/ الله‎ atau kalimat ‘La Hawla Wala Quwwata illa Billah’.Kalimat-kalimat ini menggerakkan hujung lidah menyentuh bahagian atas langit-langit di belakang gigi seri atas iaitu lokasi ‘magic spot’ yang disebut tadi.Berdasarkan kajian yang dilakukan Norma F.Capra daripada Jabatan Sains Biologi Oral & Craniofacial,Universiti Maryland,Amerika Syarikat,Mahmod menghuraikan pada dinding langit-langit mulut terdapat banyak saraf sensorik berupa mekanoreseptor yang bertanggungjawab  pengurusan gerakan mengunyah,menelan makanan dan persepsi daripada gerakan oral.

Ketika kita mengucapkan kalimat-kalimat suci al-Quran,terdapat stimulus mekanoreseptor daripada ketukan hujung lidah secara lembut pada magic spot 10-12 kali setiap tiga saat.Diyakini mengaktifkan pengeluaran neurotransmitter dan neuromodulasi di otak yang bermanfaat bagi kesihatan.

__________________________________________________________________________
Satu kajian makmal tentang subjek ni ada dalam majalah "Sceintific American" keluaran Disember 1993.

Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar:Dalam kajian ni,sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tu satu persatu dan mengaitkannya dengan kata kerja yang berkaitan.Apabila beberapa sukarelawan melakukan tugas mereka,beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf,termasuk bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali,aktiviti saraf otak akan merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf yang lain.Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka,aktiviti saraf kembali meningkatkan di kawasan pertama.Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir,terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.


___________________________________________________________________________
Vander Hoven, seorang ahli psikologi ternama dan Belanda dari netherlands telah mengumumkan penemuan hasil kajian terbarunya tentang kesan membaca Quran dan kesan mengulangi menyebut perkataan ALLAH/ الله‎ yang dilakukan terhadap pesakitnyanya.  
Professor itu telah menjalankan kajian ke atas ramai pesakitnya selama  tiga tahun.
Sesetengah dan pesakit yang dibuat kajian itu bukan beragama Islam dan tidak pandai berbahasa Arab tetapi telah dilatih untuk menyebut perkataan Alif Lam Lam Ha الله‎(ALLAH).Hasil dari kajian itu amat mengkagumkan khusus sekali untuk yang mengalami tekanan dan murung.
 
Bagi yang beragama Islam dan mampu membaca Quran,boleh menghindari mereka dari penyakjt jiwa dan psikologi jika mengamalkan pembacaan Al Quran dan mengeja perkataan Allah.
 Pakar psikologi itu menjelaskan setiap huruf arab ALLAH itu memberikan kesan lega terhadap penyakit psikologi.Dalam kajiannya dia dapati semasa menyebut perkataan ALIF,ia keluar dari sistem pernafasan dan dapat mengawal nafas.Semasa menyebut huruf LAM berulang dua kali,di mana lidah menyentuh sedikit bahagian hujung langit-langit buat seketika,membuatkan pernafasan rehat.Kemudian menyebut huruf HA pula berlakulah hubungan antara jantung dan hati dan hubungan ini mengawal degupan jantung manusia.
Lebih menarik lagi diberitahu,professor yang menjalankan kajian ini bukan beragama islam dan mencari serta membongkar segala rahsia yang ada di dalam Al-Quran. (SUMBER dari Akhbar Al Watan ,Saudi Arabia)

Vander Hoven, a psychologist from Netherlands, announced his new discovery about the effect of reading the Quran and repeating the word ALLAH  الله both on patients and on normal persons. The Dutch professor confirms his discovery with studies and research applied on many patients over a period of three years.

Some of his patients were non-Muslims, others do not speak Arabic and were trained to pronounce the word “ALLAH”
الله clearly; the result was great, particularly on those who suffer from dejection and tension.

Al Watan, a Saudi daily reported that the psychologist was quoted to say that Muslims who can read Arabic and who read the Quran regularly can protect themselves from psychological diseases. The psychologist explained how each letter in the word “ALLAH”
الله affects healing of psychological diseases. He pointed out in his research that pronouncing the first letter in the word “ALLAH” الله which is the letter (A), released from the respiratory system, controls breathing. He added that pronouncing the velar consonant (L) in the Arabic way, with the tongue touching slightly the upper part of the jaw producing a short pause and then repeating the same pause constantly, relaxes the aspiration. Also, pronouncing the last letter which is the letter (H) makes a contact between the lungs and the heart and in turn this contact controls the heart beat.

What is exciting in the study is that this psychologist is a non-Muslim, but interested in Islamic sciences and searching for the secrets of the Holy Quran.
Perkongsian

Dua kalimat yang ringan di lidah, pahalanya berat di timbangan (hari Kiamat) dan disenangi oleh Tuhan Yang Maha Pengasih, adalah: Subhaanallaah wabihamdihi, subhaanallaahil ‘azhiim.” (HR. Al-Bukhari 7/168, Muslim 4/2072.)

سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ





No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...