Sunday

[HADIS PALSU] Mala’ikat Melihat 70 Kali Sehari


 


1- Telah tersebar suatu hadis palsu di Internet berbunyi:
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.”

2- Ibnu `Iraq Al-Kananiy menyebut hadis ini dalam Tanzih Asy-Syari`ah (2/375) dan Muhammad bin Tahir Al-Fataniy menyebut dalam Tazkiratu l-Mawdhu`at (1/214). Kedua-dua kitab ini ialah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis mawdhu` (rekaan).

3- Hadis ini juga disebutkan dalam Musnad Al-Firdaws oleh Ad-Daylamiy (no. 894). Kitab ini ialah himpunan hadis dha`if dan mawdhu`.

4- Menyebarkan hadis palsu ini ialah suatu pendustaan ke atas Nabi.

WaLlahu a`lam.



No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...