Sunday

Kisah Pengawal Penjara Guantanamo Peluk Islam

Kisah Pengawal Penjara Guantanamo Peluk Islam | Terry Holdbrooks (29) adalah bekas pengawal penjara yang bertugas di kem tahanan “pengganas” di Guantanamo Bay. Semasa bertugas sebagai pengawal penjara tentera ini, beliau seorang athiest yang percaya kesemua agama di dunia ini adalah kejam dan jahat. Ini semuanya berubah selepas beliau bertugas di Gitmo.
2
Terry bertugas selalunya pada shift malam. Kerana kebosanan beliau mula berbual dengan banduan yang ditangkap. Beliau sering berbual dengan seorang banduan bernama Ahmed Errachidi yang berasal dari Ethiopia. Perbualan tentang agama antara mereka berdua membawa kepada terbukanya hanti Terry untuk memeluk agama Islam pada tahun 2003. 

 Beliau mengucap syahadah di hadapan beberapa orang banduan dan secara serta merta kehidupan beliau berubah. Terry mula kehilangan rakan dan dicemuh pengawal penjara yang lain. Beliau juga dituduh sebagai PEMBELOT kerana memeluk agama “ganas” Islam. Selepas berhenti berkhidmat kepada tentera beliau kembali semula ke Amerika Syarikat.

Di Amerika beliau mula menjadi seorang pemabuk dan mengambil dadah. Ini adalah kerana beliau mahu melupakan apa yang beliau lihat sepanjang beliau bertugas di Gitmo. Menurut Terry lagi beliau melihat banduan diseksa dengan teruk sekali. Ada banduan yang dipaksa berdiri sambil tangan digari selama 8 jam berturut-turut sehingga terbuang air besar. Beliau melihat muka banduan dicalit dengan darah haid serta banduan bogel disimbah air di dalam bilik dengan penghawa dingin pada tahap maksimum.

Kerana tidak mahu meneruskan hidup yang tidak tentu arah beliau berubah untuk menjadi seorang muslim sejati. Beliau berhenti meminum minuman keras dan mengambil dadah. Terry menulis sebuah buku bertajuk “TRAITOR” yang menceritakan pengalaman beliau bekerja sebagai pengawal penjara di Gitmo dan hijrah beliau menjadi seorang muslim. 

Kini beliau berusaha untuk memaksa Presiden Obama menutup kem tahanan Gitmo yang pada hemat beliau melanggar hak asasi manusia dan tidak langsung menepati ideal Amerika Syarikat yang mengutamakan kebebasan dan hak saksama antara manusia. Obama pernah berjanji pada tahun 2008 untuk menutup Gitmo jika memenangi pilihanraya presiden. Janji tidak ditepai kini masa menjawab kepada Terry.
Apabila ditemuramah mengapa beliau memeluk Islam, Terry Holdbrooks berkata;

“I had all the freedom in the world, But I was waking up unhappy while these men were in cages, smiling and praying five times a day.”

Anda boleh follow Terry Holdbrooks atau nama Islam beliau sekarang Mustafa Abdullah di Twitter di @TerryHoldbrooks.

4 

kisahbest.my


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...