Sunday
Kucing bukan Najis Sains&Hadith
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah
najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas
minuman kucing.Kenapa Rasulullah saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi
najis kepada manusia? Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan
kucing tidak mempunyai najis? Jawapannya, kulit kucing mempunyai
otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot
manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai
benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup
seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan
kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari
lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang
paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati
dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut
pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak
kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan
pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan
pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur)
yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif
sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini
menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini
termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang
selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya.
Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium
menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air
liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George
Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali
ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu
menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing,
manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia.
Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa
kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat
subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan
suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka
mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah
yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua
Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa
itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di
bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu
Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu
Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis.
Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR
At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw
pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas,
tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air.
Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing
datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi
berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah
berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya
Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori
sesuatu, malah tidak ada najis”.
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang
menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun
ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia
memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai
mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu
memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut
dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing
dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia
binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw
berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq,
dan Al-Daruquthni).
Wallahu’alam…
Misteriousgrapesz
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih