Sunday

Adakah Hujan Penyebab Sakit?

masa kecik-kecik,pernah mak korang marah main hujan?masa budak-budak aku mana tau apa aku ikut lha cakap,kadang-kadang redah ja~hehhe..Perunding Olahraga,Dr Jason Chia dari Changi Sports Medicine Centre&Singapore Sports Medicine Centre dalam Menshealth.com.Menurut beliau,sebenarnya yang menyebabkan seseorang menjadi sakit ketika terkena hujan air hujan bukan disebabkan air hujan,tetapi disebabkan wujud perbezaan suhu dalam tubuh badan.

Umumnya,tubuh yang terkena air hujan akan menyebabkan suhu badan menjadi lebih sejuk.Misalnya,ketika air hujan mengenai kepala,maka bahagian tersebut akan lebih sejuk berbanding bahagian tubuh lain yang berkeadaan panas.Apabila keadaan ini berlaku,beberapa fungsi badan turut terganggu seperti sistem kekebalan tubuh menurun dan pembuluh darah pada lapisan hiung serta kerongkong menjadi sempit.

Perubahan sistem dan suhu tubuh akibat terkena air hujan inilah sebenarnya yang membuatkan seseorang itu jatuh sakit atau merasa berdenyut-denyut pada kepala.Dalam keadaan ini ada yang menyebut sebagai 'kepala pusing atau pening kepala'.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.

(Al-Baqarah 2:164) | <Embed> | English Translation
Behold! in the creation of the heavens and the earth; in the alternation of the night and the day; in the sailing of the ships through the ocean for the profit of mankind; in the rain which Allah Sends down from the skies, and the life which He gives therewith to an earth that is dead; in the beasts of all kinds that He scatters through the earth; in the change of the winds, and the clouds which they Trail like their slaves between the sky and the earth;- (Here) indeed are Signs for a people that are wise.
Melihat pada situasi ini,timbul pertanyaan apakah air hujan berbahaya kepada kesihatan manusia?Kajian menemukan bahawa,air hujan yang tutun ke permukaan bumi secara alamiahnya adalah bersifat asid.Ini kerana,karbon dioksida(CO2) di udara yang larut dalam air hujan menjadi masam.Jenis asam dalam hujan ini didapati sengat bermanfaat sebagai agen melarutkan mineral dalam tanah yang diperlukan oleh tumbuhan dan haiwan.

Namun demikian,sekiranya hujan yang turun ke bumi dlaam keadaan rintik-rintik atau gerimis akan membuatkan kandungan asidnya tinggi.Dan jika secara ,kebetulan seseorang terkena hujan gerimis tersebut,keadaan inilah yang yang kadangkala membuatkan seseorang itu jatuh sakit.Justeru jika terkena hujan,sebaiknya mandi dengan air hangat kerana dengan cara ini suhu badan dipercayai akan kembali normal


_____________________________________________________________________________

  “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hujan asid
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh loji tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.
 

Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.

__________________________________________________________________________________

Teringat,masa kecil-kecil aku kat Perlis...main hujan dengan kawan-kawan.memang best sangat!

carian anda: searching for kena hujan boleh sakit ke?.
                                   hujan
                                     

No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...