Thursday

Makanan Yang Tidak Boleh Dicampur dengan Ubat

Dr Alder akan menjelaskan beberapa makanan yang sebaiknya tidak dikombinasikan dengan ubat tertentu kerana boleh membuat ubat menjadi tidak berguna atau justeru berbahaya iaitu;

Jus buah
Grapefruit mengandung senyawa yang disebut dengan furanokumarin yang boleh mencegah enzim dalam usus untuk menjaga benda asing tetap berada di luar, sehingga tidak bekerja secara optimum. Keadaan ini akan membuat lebih banyak ubat yang diserap sehingga keberkesanannya boleh 2-3 kali ganda dari dos yang dianjurkan.

Sebaiknya tidak mencampur jus grapefruit dengan ubat untuk mengubati irama jantung abnormal, antidepresan, antihistamin (ubat alergi), statin dan ubat anti kejang. Sedangkan jus cranberry dan jus delima boleh melambatkan kelajuan hati untuk memecah pencair darah ubat dan pada ubat antidepresan boleh menyebabkan penurunan keberkesanan ubat.

 Makanan produk susu
Kalsium dalam susu boleh mengikat tetrasiklik dan minosiklik dari antibiotik. Jika kandungan antibiotik ini digabung dengan mineral akan membuatnya tidak larut dalam usus sehingga tidak diserap oleh tubuh. Mengambil susu setengah liter boleh mengurangkan keberkesanan antibiotik sehingga 80 peratus. Kalsium juga boleh mengganggu penyerapan ubat osteoporosis. Elakkan minum susu dalam masa 2 jam sebelum minum ubat. 

Makanan fermentasi
Makanan hasil fermentasi seperti keju yang mengandungi tyramine dalam kepekatan tinggi boleh menyebabkan 'sindrom keju'. Tyramine akan bertindak balas dengan ubat antidepresan yang disebut monoamine oxidase inhibitor (Maois) dengan mencegah enzim yang berfungsi mencerna sebatian. Keadaan ini akan mengakibatkan tekanan darah tinggi yang berbahaya. 

Daging panggang
Pesakit asma harus mengelakkan daging panggang kerana kandungan karbonnya boleh membentuk sebatian yang menghalang ubat asma dengan teofilinn bekerja secara optimum. Selain itu karbon ini juga boleh mencetuskan serangan asma meskipun sudah makan ubat. 

Sayuran hijau
sebahagian besar sayur-sayuran hijau termasuk bayam, kol dan teh hijau mengandungi kadar vitamin K yang tinggi dan boleh menyebabkan pembekuan darah. Jika dimakan dengan ubat pencair darah akan membuatnya menjadi tidak berguna. 

Makanan berserat
Makanan yang tinggi serat boleh melambatkan penyebaran banyak ubat termasuk digoxin yang digunakan untuk mengatur degupan jantung tidak teratur, ubat diabetes metformin dan mencegah penyerapan ubat penurun kolesterol statin. Tapi bukan bermaksud makanan berserat harus dihilangkan dari menu makanan, tapi elakkan mengambilnya dalam masa 2 jam sebelum minum ubat. 

Sumber: detik.com 

Makanan Yang Tidak Boleh Dicampur

 


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...