Tuesday

Peaceful Phlegmatic | Lebih Suka Mendengar daripada Bercakap



السلام عليكم  ,Tittle di atas mungkin berkaitan dengan Personaliti anda,rakan-rakan  atau bini anda..yang pasti,berkaitan juga dengan aku :) .Tidaklah hairan mereka mendapat gelaran guru kaunseling dan pakar kaunseling sejak di bangku sekolah kerana kemahiran mereka iaitu pendengar yang baik dan memberi pandangan tersendiri serta penyelesaian bimbingan dengan cara tidak memaksa.



Rakan-rakan yang mengenali personaliti Peaceful Phlegmatic bukan orang asing bagi mereka dan tiada rasa segan untuk meluahkan apa yang terpendam dalam jiwa kepada personaliti ini .Walakin begitu,personaliti ini mereka sendiri ada masalah yang tertangguh dalam masa yang sama mereka mampu menyelesaikan masalah orang lain sedangkan diri sendiri ada masalah umpana doktor yang sakit yang merawat pesakitnya tetapi penyakit diri sendiri dalam proses mencari ubatnya tetapi belum jumpa.Perkara tersebut tidaklah menjadi masalah bagi mereka.Mereka ini sebenarnya juga memegang banyak rahsia yang diketahui.

Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya, dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (Riwayat Abu Nuaim)

Seterusnya,mereka juga mempunyai empati yang tinggi.Salah satu sebab kenapa mereka yang bersifat Peaceful Phlegmatic mempunyai ramai kawan ialah kerana mereka adalah pendengar yang baik.Tidak hairanlah,pada lewat malam ada rakan  yang telefon mereka,mesej facebook,wechat panjang macam karangan SPM semata-mata untuk menceritakan sesuatu perkara atau masalah yang dihadapi kepada personaliti Peaceful Phlegmatic  ini.Peaceful Phlegmatic ini akan menapis setiap perkataan dan menggunakan perkataan yang 'halus' .yang keluar dari mulut mereka dalam keadaan yang serius supaya percakapannya tidak mengguris hati sesiapa dan banyak ke arah pemikiran optimistik untuk cover sesuatu perkara. contohnya dalam hatinya terkata "bf awak dah membuatkan tindakan yang sangat bodoh, bangang dan tak masuk akal sepatutnya dia buat tindakan yang sebegitu.............." tetapi dia akan sebut "walaupun bf awak dah buat tindakan yang kurang bijak,mungkin dia dalam keadaan stress harini,u known nobody perfect,semua orang tidak lari buat dari kesilapan,apa yang terbaik ialah awak berdoa agar dia mendapat petunjuk okeyh,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".Mereka ini selalunya, tidak akan membuatkan orang lain lebih sedih serta keputusan yang mereka buat selalunya tidak berakhir dengan kesedihan.


Dalam satu kumpuIan, mereka yang bersifat Peaceful Phlegmatic lebih suka mendengar daripada bercakap. Seorang Peaceful Phlegmatic boleh mendiamkan diri. Dia tidak perlu berkata sepatah pun. Personaliti-personaliti lain sangat suka mempunyai seorang kawan yang mereka boleh jadikan tempat meluahkan perasaan pada waktu-waktu tertentu. Terutamanya bagi Popular Sanguine, adalah sangat perlu bagi mereka untuk memiliki kawan-kawan yang bersifat Peaceful Phlegmatic dan membenarkan mereka berceloteh serta menjadi penonton yang responsif.

Ketika Florance Littauer memegang jawatan sebagai presiden untuk sebuah kelab wanita, saya mempunyai seorang kawan baik yang bersifat Peaceful Phlegmatic bernama Lucy. Dia tinggal di sebelah rumah Florance Littauer. Pada setiap hari Rabu, selepas mesyuarat, Florance Littauer akan mengunjungi rumahnya dan memberitahunya semua perkara yang mengecewakan dan melucukan yang terjadi di dalam kelab itu. Dia akan mendengar, tersenyum, bersimpati, dan mengangguk. Apabila Florance Littauer selesai meluahkan semua perasaannya, Lucy akan mengucapkan terima kasih kerana mengunjunginya dan Florance Littauer akan pulang. 

Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.


Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]


Kata- kata hukama: “Diam mengandungi 7000 kebaikan dan tersimpul dalam 7 kalimah dalam setiap kalimah mengandungi 1000 kebaikan.” 


Daripada Abu Syuraih al-Khuza’ie RA bahawasanya Nabi SAW telah bersabda, “Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam”.(Diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz ini dan setengah daripadanya diriwayatkan oleh Bukhari)







meme comic yang orang create yang aku jumpa





;tapi jangan jadi bila orang tanya berjela ,sepatah jawab ...hehehe..



Read more ...

Allahyarham Munir SMK Tun Hussien Onn


Pada Jumaat 14 Februari 2014, Munir Ismail telah disahkan meninggal dunia akibat dilanggar lari.
munir
  • Nama Penuh: Munir Ismail
  • Asal: Pulau Pinang
  • Rekod Jenayah: Pembuli SMK Tun Hussein Onn, Seberang Jaya
  • Punca Kematian: Langgar Lari
  • Tarikh Kematian: Jumaat 14 Februari 2014
Insiden Munir Ismail Meninggal Dunia
Pagi itu (Jumaat) semasa dalam perjalanan ke sekolah di SMK Taman Inderawasih. Motor Allahyarham Munir terlanggar motor yang terlibat kemalangan sebelum dia tercampak dan meninggal dunia. Jenazahnya tiba di Surau Tuna jam 1230 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya jam 1.

Menurut kenalan rapat, arwah Munir sudah banyak berubah dan banyak membuat tugas-tugas kebajikan dan terlibat dengan gotong-royong membersihkan surau dan masjid. Sebelum meninggal, arwah sempat memohon maaf kepada ibubapa dan mangsa buli tersebut.
Ucapan Takziah Dari Kenalan Munir Ismail Pada 14 Februari 2014
takziah
Hebahan Menerusi Laman Sosial
kes


Read more ...

Saturday

Otak dicuci ketika Tidur


Otak tidur
Semua orang tahu mereka akan sukar berfikir jika kurang tidur, sesuatu yang kurang difahami saintis sekalipun.

Bagaimanapun, satu kajian baru membayangkan seseorang yang nyenyak tidur akan berasa segar dan fokus apabila terjaga.
Ia disebabkan penyelidik menemui sistem baru di kepala yang membersihkan otak ketika orang itu tidur.
Penemuan itu bukan saja dianggap boleh mengubah pemahaman mengenai tidur tetapi juga mungkin membantu untuk merawat masalah seperti Alzheimer yang ada kaitan dengan penambahan toksin dalam otak.
Sistem berhenti ketika jaga
“Kita ada sistem pembersihan yang hampir berhenti ketika kita terjaga dan bermula apabila kita tidur.
“Ia umpama membuka dan menutup paip air, sungguh dramatik,” kata Dr Maiken Nedergaard, pengarah bersama Pusat bagi ‘Translational Neuromedicine’ di Pusat Perubatan Universiti Rochester.
Nedergaard adalah ketua penyelidik kajian yang disiarkan minggu lalu oleh jurnal Science.
Dia dan rakan mula melaporkannya tahun lalu mengenai sistem pembuangan sisa otak membuang produk toksik yang bertambah ketika seseorang itu terjaga.
Saintis berkenaan menggunakan alat mikroskop pengimbasan baru membolehkan mereka melihat ke dalam tisu termasuk otak tikus.
Mereka mendapati aktiviti pembuangan sisa itu bergerak dengan membuangnya ke dalam sistem pengaliran tubuh hingga sampai ke hati.
Mereka mendapati, ketika seseorang itu tidur, sel otak mengembang yang menambah ruang antara sel hingga 60 peratus membenarkan pembuangan berjalan dengan lancar.

Sumber: Berita Harian
Foto: npr.org

Read more ...

Minuman Bergas, Ubah Tisu Otak



Drinking-soda
Pengambilan secara kerap minuman bergas sarat dengan gula mungkin menyebabkan tisu otak bertukar, kata pakar.
Satu kajian mendapati pengambilan jangka panjang minuman manis menjurus kepada hiperaktif dan mengubah ratusan protein dalam otak.
Perubahan sama ke atas otak dapat dilihat dalam penyakit berkaitan kanser sehingga Alzheimer.
Penyelidikan itu dilakukan ke atas tikus namun saintis Australia berkata ia menyediakan bukti bahawa diet bergula mempunyai kesan sebaliknya ke atas kesihatan fizikal.          
Penyelidik kanan Jane Franklin berkata, “ di kalangan masyarakat Barat, ada peningkatan membimbangkan dalam pengambilan minuman bergula”.
Pengambilan Kalori
“Bagi kebanyakan orang dewasa, minuman ini mewakili sebahagian besar pengambilan kalori harian mereka.
“Penyelidikan kami mengatakan bahawa pengambilan jangka panjang minuman bergula berbanding air kosong boleh menyebabkan perubahan berkekalan terhadap kelakuan dan perubahan mendalam dalam bahan kimia otak.
“Jika anda haus, minum air kosong. Minuman ringan perlu dinikmati secara sederhana.”
Amaran itu muncul di tengah kebimbangan meningkat berhubung kesan kesihatan minuman ringan yang dinikmati jutaan rakyat Britain setiap hari.

Serangan jantung, diabetes, peningkatan berat badan tulang rapuh, kanser pankreas dan prostat, lemah otot dan lumpuh semuanya disebut sebagai punca masalah.
Kajian terbaru memfokuskan otak berbanding tubuh.
Franklin dari Universiti Macquarie di Sydney, membandingkan tikus yang minum air bergula selama sebulan dengan makhluk itu yang diberi air kosong.
Air dengan kandungan sukrosa mengandungi secara kasar kepekatan sama gula dalam minuman ringan.
Jadi hiperaktif
Tikus yang minum air gula menjadi hiperaktif dan pemeriksaan tisu diambil daripada hanya satu bahagian otak menunjukkan perubahan dalam tahap hampir 300 protein berbeza.
Penyelidik memberitahu persidangan tahunan Persatuan Sains Saraf Antarabangsa, “ ada sebahagian besar organisasi yang mengkaji kesan diet tinggi sukrosa untuk kesihatan jantung, obesiti dan perkembangan diabetes, namun kurang diketahui kesannya terhadap kesihatan mental dan fungsi sel otak.
“Kajian itu menunjukkan diet tinggi sukrosa boleh secara ketara menukar bahan kimia otak dan kelakuan”.
Sumber –Berita Harian

Read more ...

Selfie Phenomena


Selfie Phenomena



Selfie? Binatang apa tu? Okay, maybe some of u are getting used with this word but some might be not.. selfie tu maksudnya ambil gambar sendiri.. 0.0 Saintifiknya ialah gambar diambil sendiri menggunakan telefon bimbit dan dimuat naik ke laman sosial.. get it? Hihi.. Okay, kenapa pula aku sibuk- sibuk nak post perihal remeh yang semua orang buat including myself ni.. haiyoo.. Urm, tak sangka benda alah ni boleh jadi sebagai topik dominan kan.. Takpe, kita teroka perlahan- lahan okay. 

Tahu tak, tahun 2013 dikenali sebagai tahun selfie sebab fenomena ni. Masyarakat sekarang diserang dengan fenomena selfie atau mengambil gambar sendiri untuk dikongsi dengan rakan di laman sosial. Plus, kecanggihan teknologi dan kewujudan smart phone serta digital camera menyebabkan selfie yang menampilkan banyak aksi dan mimic muka terus menjadi kegilaan setiap lapisan masyarakat. Bukan setakat selfie je yang wujud, macam- macam bentuk ayat yang muncul seperti helfie pose dengan hair style, welfie yakni pose ketika sedang bersenam, belfie iaitu pose yang tampil dengan bahagian belakang tubuh dan shelfie memaparkan aksi dengan perabot..

Okay, bukan saja je aku post perihal ni tanpa sebarang tujuan kalau tak melibatkan batang hidung sendiri. Kita ambil pendekatan untuk mengetahui dengan lebih lanjut okay. Seorang pakar dalam bidang sosial menyifatkan selfie sebagai revolusi untuk mengumpulkan maklumat autobiografi mengenai diri sendiri dan orang sekeliling. Dia juga memberitahu bahawa selfie merupakan medium terbaik untuk menampilkan diri secara semula jadi.

Tapi ada juga pihak yang berpendapat selfie sebenarnya mewujudkan budaya narsisisme iaitu keadaan individu yang terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri. Istilah tersebut dikatakan berasal daripada mitos Yunani mengenai seorang lelaki bernama Narcissus yang jatuh cinta dengan bayang- bayangnya sendiri. Pakar dari Amerika juga menyifatkan orang yang melakukan selfie terutamanya dalam skop makanan, jelas ketara mengalami gangguan physcology. Ni yang nak marah ni.


Penulis dari Amerika menyifatkan selfie tidak ubah seperti pertandingan yang mengejar populariti di sekolah tinggi.. tapi aku tak menolak kenyataan yang bersifat kritikan dan sarkastik itu. Tambahnya lagi, media sosial menjadi medium utama bagi remaja memaparkan aksi pelik dan comel semata- mata untuk menarik perhatian rakan sebaya. Kebanyakkan mereka mempamerkan sikap bangga diri individu terutama jika mereka mempunyai paras rupa yang cantik.. Nak sentap boleh dipersilakan sekarang.

Ada yang beranggapan mereka lebih menyayangi diri sendiri dengan adanya selfie. Entah, pendapat orang kan. Tapi ada je yang menyatakan mereka seronok ambil gambar sendiri. Komen yang sebati dalam diri selfie.. kan? Semakin jelas menunjukkan budaya narsisisme makin menular di seluruh dunia. Ada je yang kata wujudnya selfie ni sebab takde keyakinan diri. That’s y cuba expose dalam sisi lain. Wallahualam

Kajian penyelidik di Britain mendapati terlalu banyak berkongsi gambar selfie boleh merosakkan hubungan dengan dunia sebenar. Perkara yang membimbangkan apabila ada pihak cuba mengeksploitasi mana- mana gambar untuk tujuan porno.. nauzubillah, khuatir pula mendengarnya. Tapi feedback yang diterima berbeza oleh anak- anak muda, mereka kata laman sosial boleh merapatkan hubungan yang terjalin. Apa pun, tepuk dada tanya selera. Niat tu penting..

Selfie ni ada juga kebaikan antaranya sebagai agen penyelamat bagi orang desperate yang perlukan bantuan.. seorang yang cedera parah di Kentucky terselamat apabila post gambar selfie yang berlumuran darah di internet untuk meminta bantuan. Malah, ada juga pencuri yang mencuri smart phone seorang wanita berjaya dikesan kerana gambar yang diambil pencuri tu tersebar di laman sosial wanita berkenaan. macam- macam kan?

Tepuk dada tanya selera.. apa niat anda? Jika ditanya pada aku, tiada tujuan  lain melainkan untuk tampak cantik. Damn answer.. cantik ke? Terpesong.. kalau exam tu guarantee takde dalam skema dan fail.. ingat, cuba kita jauhkan diri dari sifat bangga diri, riak atau sombong. In sha Allah, nasihat untuk diri dan kalian. Ingat, sombong itu sifat Allah, ibarat selendang Allah. Bukan kita iaitu manusia yang serba lemah dan kekurangan. Cuba muhasabah balik, check mana yang lemah dan baiki. Kita cuba, takpe kalau masih fail tu anda masih dalam ruang percubaan.. Semangat tu yang penting. Kalau niat tu betul, dah bagus dah.
Read more ...

Thursday

Dafuq Salji Bakal Turun Di Malaysia 2014 | FAKE



Kebelakangan,aku kat sekolah dari pukul 8 pagi sampai pukul 11 masih rasa sejuk,.di Cameron Highlands catat suhu paling rendah 12 Celsius.ramai kata  mengenai malaysia bakal turun salji?Kejadahkah ini?ini semua akibat Angin Monsun Timur Laut melampau di Hemisfera Utara.


Berita palsu salji bakal turun melanda di Malaysia pada januari 2014. Berita ini tersebar berikutan suhu sejuk sedang melanda Malaysia sejak beberapa hari lalu. Menerusi makluman rasmi daripada Jabatan Metereologi Malaysia, kawasan pantai timur dan utara semenanjung Malaysia kini mengalami suhu paras sejuk bermula pada 23 Januari 2014 sehingga minggu hadapan. Cuaca sejuk ini juga tidak akan mengakibatkan fenomena salji di Malaysia seperti yang dihebohkan dilaman sosial. Menurut Jabatan Metereologi lagi, cuaca sejuk yang melanda Malaysia berpunca daripada tiupan angin dari tanah besar China yang pada ketika ini mengalami musim sejuk.
Kenyataan Akhbar Jabatan Metereologi Malaysia
sejuk


Berita palsu salji turun di Indonesia pada bulan Januari 2014. Dilaman sosial kini kecoh dengan isu negara jiran Indonesia yang beriklim tropika dikhabarkan turun salji dan berita itu tersebar sejak beberapa hari yang lalu. Hasil siasatan pihak kami mendapati video laporan berita yang dikeluarkan oleh sebuah laman “Chelms Ford News”adalah palsu. Video yang mendakwa Indonesia dilanda musim salji sebenarnya dimuat naik pada 9 Ogos 2013 lalu. Dalam rakaman berdurasi 1 minit dan 48 saat, terdapat beberapa elemen yang meragukan seperti ketiadaan seorang saksi yang dapat ditemuramah untuk membuktikan dakwaan tersebut. Selain itu, tiada laporan rasmi oleh akhbar tempatan atau media antarabangsa mengenai fenomena salji di Indonesia. Terdahulu, akhbar Chelms Ford News juga pernah menyebarkan berita palsu mengenai negara Filipina turun salji pada 23 Julai 2013 lalu. Namun, ianya ternyata tidak benar setelah Jabatan Kaji Cuaca Filipina menafikan dakwaaan tersebut.
salji
Video Laporan Palsu Salji Turun Di Indonesia Januari 2014


sebelum menerima sesuatu berita,kita mestilah siasat dulu..Ini semua poyo


Read more ...

Sunday

Laptop Terbaik Untuk Gaming



Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga giler hackers [GH] yang sentiasa menyokong giler hackers.Admin harap anda semua sihat sejahtera hendaknya.Hari ini,admin ingin berkongsi sedikit info tentang "Laptop terbaik Untuk Gaming".Pasti anda semua gemar bermain Game.Tetapi adakah laptop anda sesuai untuk bermain game?? Yaa!! Sudah tentu anda inginkan laptop yang lancar ketika bermain games tanpa Lagging dan mempunyai grafik 3D yang tinggi.Tahukah anda terdapat atau wujudnya laptop yang dicipta khas untuk Gaming.Maksudnya,terdapat Graphic card atau kad grafik terbaik di dalam laptop tersebut dan sekurang-kurangnya prossesor intel generasi ketiga iaitu core I5 atau core I7.Jadi di sini admin senaraikan laptop yang terbaik untuk gaming.

1.ALIENWARE 18



Alienware 18 ialah sebuah laptop yang direka khas untuk gaming oleh sebuah syarikan pengeluar komputer terkemuka iaitu DELL.Laptop ini mempunyai paparan penuh 1080 HD.Laptop ini menggunakan prossesor generasi ke4 intel iaitu Core I7-4900MQ.Selain itu,saiz ram untuk laptop ini ialah 32GB dan menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX 780M.Jadi bagi admin,Alienware 18 ini laptop terbaik untuk gaming ditambah pula dengan prossesor Core I7,saiz ram 32GB dan menggunakan Geforce GTX 780M sudah cukup memadai untuk bermain games pada masa kini.



2.BATTALION 101 P170EM



Battalion 101 p170em ini ialah produk daripada syarikat IbuyPower.Laptop ini mempunyai skrin dengan skala 17,3 HD yang pastinya membuat anda teruja ketika bermain games.Laptop ini dikuasakan dengan prossesor Intel Core I7-4700MQ.Selain itu,saiz ram untuk laptop ini ialah 16GB = 8GB x 2 dan menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX770M.




3.DELL XPS M1730


Sebuah lagi laptop jenama DELL yang diberi nama xps m1730.Laptop ini mempunyai rekaan yang menarik.Selain itu laptop ini juga menggunakan papan kekunci M1730 yang dilengkapi dengan cahaya berwarna biru,sudah tentu anda boleh bermain games dalam keadaan yang gelap.Laptop ini mempunyai skrin bersaiz 17 inci.Selain itu,laptop ini mempunyai prossesor intel Core 2 duo 2.6GHZ.Akhir sekali,saiz ram untuk laptop ini ialah 4GB dan mempunyai kad graphic 2x Nvidia Geforce 8800M GTX 512MB.



4.MSI GX60 1AC-021US



Msi gx60 1ac-021us mempunyai skrin bersaiz 16,9 inci dengan resolusi 1920x1080.Selain itu,saiz ram bagi laptop ini ialah 8GB.Laptop ini menggunakan prossesor AMD A10-4600M RZ09-00830100-R3U1 dan menmpunyai kad grafik AMD RADEON HD 7970M 2GB GDDR5.Jadi laptop ini 100% menggunakan barang-barang daripada syarikat AMD.




5.RAZER BLADE RZ09-00830100-R3UI

Tiada penerangan lanjut untuk razer blade rz09.Laptop ini mempunyai saiz skrin 17,3 inci dengan resolusi 1920x1080.Prossesor yang digunakan laptop ini ialah intel jenerasi ke4 iaitu Core I7.Mempunyai Saiz ram 8GB dan menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX660M.




6.ORIGION EON-17-S




Origion eon-17-s ini sebuah lagi laptop yang direka khas untuk gaming dan memegang GPU terpantas antara laptop yang lain.Laptop ini memaparkan skrin bersaiz 17,3 inci dengan resolusi 1920x1080.Laptop ini dikuasai dengan prossesor Intel Core I7 ditambah dengan 16GB Ram.Selain itu,kad grafik yang digunakan ialah Nvidia Geforce GTX680M.Apa yang menarik tentang laptop ini ialah,saiz HDD untuk laptop ini ialah mencecah 1TB.



7.ASUS G75VW




Apa yang menarik tentang laptop ini ialah asus g75vw ini reka bentuknya direka merujuk kepada pesawat tempur stealth.Laptop ini mempunyai saiz paparan skrin 17,3 inci dengan resolusi 1920x1080 HD.Prossesor yang digunakan laptop ini ialah intel core I7 dan mempunyai Ram bersaiz 16GB DIMM.Kad grafik yang digunakan ialah Nvidia Geforce GTX670M.






8.MSI GT70 2351




Msi gt70 2351 mempunyai saiz paparan skrin 17 inci dengan resolusi 1920x1080.Laptop ini menggunakan prossesor Intel Core I7-3610QM dan mempunyai ram bersaiz 16GB DDR3.Laptop ini menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX 670M.




9.ALIENWARE M17X R4




Alienware m17x r4 ini menggunakan prossesor yang terbaru.Tetapi harganya memang mahal sehingga boleh mencecah ribuan ringgit.Laptop ini mempunyai saiz paparan skrin 17 inci dengan resolusi 1920x1080 HD.Prossesor yang digunakan ialah Intel Core I7 dan saiz ram untuk laptop ini ialah 4GB DDR3.Selain itu,Kad grafik yang digunakan untuk laptop ini ialah AMD RADEON HD 7970M.





Artikel Laptop Terbaik Untuk Gaming
Dipost Oleh :azrul haqim.
Jika anda Suka Artikel Beliau, Sokong beliau dengan mengundi Author Kegemaran Anda.
Read more ...

Wednesday

Maksud Hadis ‘Sesiapa Menyerupai Sesuatu Kaum..’

MAKSUD HADIS ‘SESIAPA MENYERUPAI SESUATU KAUM..’
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Soalan: Dr Asri, saya ada seorang kawan yang sentiasa berhujah dengan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Dengan hadis itu beliau selalu macam kata orang lain tidak islamik sebab berpakaian ala-Barat atau makan dengan sudu tidak dengan tangan dan lain-lain lagi. Saya beritahu itu boleh sebab tiada dalil yang melarangnya, tapi beliau sering berdalil “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Sejauh manakah penafsiran hadis ini ?

Nurdin, Pasir Tumbuh, Kelantan.

Jawapan: Saudara, sebagai ingat; dalam penghujahan menggunakan sesuatu hadis, terlebih dahulu hendaklah kita semak kedudukan atau status hadis tersebut di sisi muhaddithin (ahli hadis). Jika hadis itu didapati sabit iaitu berada pada kedudukan (nilaian) sahih atau hasan, maka ia boleh dijadikan hujah dalam agama. Setelah perkara tersebut dipastikan, barulah ke peringkat seterusnya iaitu mengkaji maksud matan (teks) hadis tersebut. Bagi menjawab persoalan yang dikemukan maka di sini disebut beberapa perkara;

1. Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.
2. Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.
3. Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk. Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):
“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).
4. Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.
Gambar contoh pakaian khusus bagi agama tertentu.
5. Saya menyokong pendapat yang menyatakan sekiranya menyerupai golongan kufur tetapi tidak beriktikad kufur perbuatan tersebut berdosa tetapi tidak terkeluar dari agama. Namun, jika dia menyerupai mereka secara penyerupaan zahir dan juga batin iaitu dengan iktikad yang sama, maka dia menjadi kufur. Kadar dosa menyerupai itu berdasarkan kadar perkara yang ditiru atau diserupai.
6. Sekali lagi hendaklah kita jelas, penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan dalam perkara-perkara yang khusus untuk sesuatu puak atau agama. Jika perkara tersebut tidak khusus untuk mereka, maka hadis ini tidak berkaitan. Dalam dunia globalisasi, banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian, makanan, binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu. Maka, kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.
7. Dalam hadis “Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):
“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).
8. Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya:
“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam.
9. Berdasarkan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” maka muslim dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai tersebut. Kata al-Imam al-Munawi:
“Jika puak fasik atau kaki berfoya mengkhususkan sesuatu pakaian, maka dilarang untuk seseorang memakainya kerana mungkin boleh menyebabkan orang yang tidak tahu berburuk sangka bahawa dia dalam kalangan mereka (fasik dan kaki berfoya), lalu berdosa yang berburuk sangka dan juga yang disangka buruk disebabkan dia punca sangkaan tersebut” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/135. Beirut: Dar al-Kurub al-‘Ilmiyyah).
Maka, perbuatan anak-anak muda atau selain yang meniru pakaian atau gaya artis atau kumpulan yang dianggap serong oleh masyarakat itu menyumbang kepada dosa.
10. Manusia ini cenderung menyerupai pihak yang mereka suka atau sayangi. Orang baik cenderung meniru cara orang yang baik. Demikianlah sebaliknya. Kecenderungan kita untuk meniru gaya atau gaya sesuatu pihak, memberi gambaran tentang apa yang tersirat dalam jiwa kita.
11. Kesimpulannya; kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim.
Kategori: Akidah
Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...