Sunday

Laptop Terbaik Untuk Gaming



Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga giler hackers [GH] yang sentiasa menyokong giler hackers.Admin harap anda semua sihat sejahtera hendaknya.Hari ini,admin ingin berkongsi sedikit info tentang "Laptop terbaik Untuk Gaming".Pasti anda semua gemar bermain Game.Tetapi adakah laptop anda sesuai untuk bermain game?? Yaa!! Sudah tentu anda inginkan laptop yang lancar ketika bermain games tanpa Lagging dan mempunyai grafik 3D yang tinggi.Tahukah anda terdapat atau wujudnya laptop yang dicipta khas untuk Gaming.Maksudnya,terdapat Graphic card atau kad grafik terbaik di dalam laptop tersebut dan sekurang-kurangnya prossesor intel generasi ketiga iaitu core I5 atau core I7.Jadi di sini admin senaraikan laptop yang terbaik untuk gaming.

1.ALIENWARE 18



Alienware 18 ialah sebuah laptop yang direka khas untuk gaming oleh sebuah syarikan pengeluar komputer terkemuka iaitu DELL.Laptop ini mempunyai paparan penuh 1080 HD.Laptop ini menggunakan prossesor generasi ke4 intel iaitu Core I7-4900MQ.Selain itu,saiz ram untuk laptop ini ialah 32GB dan menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX 780M.Jadi bagi admin,Alienware 18 ini laptop terbaik untuk gaming ditambah pula dengan prossesor Core I7,saiz ram 32GB dan menggunakan Geforce GTX 780M sudah cukup memadai untuk bermain games pada masa kini.



2.BATTALION 101 P170EM



Battalion 101 p170em ini ialah produk daripada syarikat IbuyPower.Laptop ini mempunyai skrin dengan skala 17,3 HD yang pastinya membuat anda teruja ketika bermain games.Laptop ini dikuasakan dengan prossesor Intel Core I7-4700MQ.Selain itu,saiz ram untuk laptop ini ialah 16GB = 8GB x 2 dan menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX770M.




3.DELL XPS M1730


Sebuah lagi laptop jenama DELL yang diberi nama xps m1730.Laptop ini mempunyai rekaan yang menarik.Selain itu laptop ini juga menggunakan papan kekunci M1730 yang dilengkapi dengan cahaya berwarna biru,sudah tentu anda boleh bermain games dalam keadaan yang gelap.Laptop ini mempunyai skrin bersaiz 17 inci.Selain itu,laptop ini mempunyai prossesor intel Core 2 duo 2.6GHZ.Akhir sekali,saiz ram untuk laptop ini ialah 4GB dan mempunyai kad graphic 2x Nvidia Geforce 8800M GTX 512MB.



4.MSI GX60 1AC-021US



Msi gx60 1ac-021us mempunyai skrin bersaiz 16,9 inci dengan resolusi 1920x1080.Selain itu,saiz ram bagi laptop ini ialah 8GB.Laptop ini menggunakan prossesor AMD A10-4600M RZ09-00830100-R3U1 dan menmpunyai kad grafik AMD RADEON HD 7970M 2GB GDDR5.Jadi laptop ini 100% menggunakan barang-barang daripada syarikat AMD.




5.RAZER BLADE RZ09-00830100-R3UI

Tiada penerangan lanjut untuk razer blade rz09.Laptop ini mempunyai saiz skrin 17,3 inci dengan resolusi 1920x1080.Prossesor yang digunakan laptop ini ialah intel jenerasi ke4 iaitu Core I7.Mempunyai Saiz ram 8GB dan menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX660M.




6.ORIGION EON-17-S




Origion eon-17-s ini sebuah lagi laptop yang direka khas untuk gaming dan memegang GPU terpantas antara laptop yang lain.Laptop ini memaparkan skrin bersaiz 17,3 inci dengan resolusi 1920x1080.Laptop ini dikuasai dengan prossesor Intel Core I7 ditambah dengan 16GB Ram.Selain itu,kad grafik yang digunakan ialah Nvidia Geforce GTX680M.Apa yang menarik tentang laptop ini ialah,saiz HDD untuk laptop ini ialah mencecah 1TB.



7.ASUS G75VW




Apa yang menarik tentang laptop ini ialah asus g75vw ini reka bentuknya direka merujuk kepada pesawat tempur stealth.Laptop ini mempunyai saiz paparan skrin 17,3 inci dengan resolusi 1920x1080 HD.Prossesor yang digunakan laptop ini ialah intel core I7 dan mempunyai Ram bersaiz 16GB DIMM.Kad grafik yang digunakan ialah Nvidia Geforce GTX670M.






8.MSI GT70 2351




Msi gt70 2351 mempunyai saiz paparan skrin 17 inci dengan resolusi 1920x1080.Laptop ini menggunakan prossesor Intel Core I7-3610QM dan mempunyai ram bersaiz 16GB DDR3.Laptop ini menggunakan kad grafik Nvidia Geforce GTX 670M.




9.ALIENWARE M17X R4




Alienware m17x r4 ini menggunakan prossesor yang terbaru.Tetapi harganya memang mahal sehingga boleh mencecah ribuan ringgit.Laptop ini mempunyai saiz paparan skrin 17 inci dengan resolusi 1920x1080 HD.Prossesor yang digunakan ialah Intel Core I7 dan saiz ram untuk laptop ini ialah 4GB DDR3.Selain itu,Kad grafik yang digunakan untuk laptop ini ialah AMD RADEON HD 7970M.





Artikel Laptop Terbaik Untuk Gaming
Dipost Oleh :azrul haqim.
Jika anda Suka Artikel Beliau, Sokong beliau dengan mengundi Author Kegemaran Anda.
Read more ...

Wednesday

Maksud Hadis ‘Sesiapa Menyerupai Sesuatu Kaum..’

MAKSUD HADIS ‘SESIAPA MENYERUPAI SESUATU KAUM..’
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Soalan: Dr Asri, saya ada seorang kawan yang sentiasa berhujah dengan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Dengan hadis itu beliau selalu macam kata orang lain tidak islamik sebab berpakaian ala-Barat atau makan dengan sudu tidak dengan tangan dan lain-lain lagi. Saya beritahu itu boleh sebab tiada dalil yang melarangnya, tapi beliau sering berdalil “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”. Sejauh manakah penafsiran hadis ini ?

Nurdin, Pasir Tumbuh, Kelantan.

Jawapan: Saudara, sebagai ingat; dalam penghujahan menggunakan sesuatu hadis, terlebih dahulu hendaklah kita semak kedudukan atau status hadis tersebut di sisi muhaddithin (ahli hadis). Jika hadis itu didapati sabit iaitu berada pada kedudukan (nilaian) sahih atau hasan, maka ia boleh dijadikan hujah dalam agama. Setelah perkara tersebut dipastikan, barulah ke peringkat seterusnya iaitu mengkaji maksud matan (teks) hadis tersebut. Bagi menjawab persoalan yang dikemukan maka di sini disebut beberapa perkara;

1. Hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” diriwayatkan daripada beberapa orang sahabat; AbdulLah bin ‘Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik. Antara ahli hadis yang mengumpul hadis ini; Abu Daud, Ahmad bin Hanbal, Ibn Abi Syaibah, al-Bazzar dan lain-lain. Hadis dinilai oleh Ibn Taimiyyah (w. 728H) sebagai sahih, al-Iraqi (w. 806H) juga menilai sebagai sahih, Ibn Hajar al-‘Asqalani (w. 852H) menyatakan ia ‘hasan’ dan demikian juga al-Albani.
2. Hadis ini secara umumnya memberikan maksud yang positif dan negatif. Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum atau puak yang baik atau terpuji maka dia termasuk dalam kalangan mereka yang terpuji atau akan dianggap baik dan terpuji. Sementara sesiapa yang menyerupai kaum atau puak yang buruk atau tidak baik maka dia dianggap dalam kalangan mereka.
3. Perkataan man tasyabbaha (sesiapa yang menyerupai) iaitu tasyabbuh (menyerupai) dalam hadis ini merujuk kepada sesuatu perkara yang menjadi ciri khusus sesuatu pihak yang mana jika seseorang menyerupai keadaan atau hal tersebut maka dia akan dianggap termasuk dalam kalangan mereka seperti pakaian yang khas untuk kumpulan tertentu atau agama tertentu, atau perayaan khas untuk agama tertentu atau majlis khas untuk puak atau agama tertentu, maka dia dinilai dalam kalangan mereka. Adapun jika perkara tersebut bukan khusus untuk mereka, maka itu tidak termasuk. Kata al-Imam al-Son’ani (w. 1182H):
“Hadis menjadi dalil bahawa sesiapa yang menyerupai golongan fasik, atau kuffar atau ahli bid’ah dalam apa-apa perkara yang khusus untuk mereka, samada dalam pakaian, kenderaan atau cara, maka dia termasuk dalam kalangan mereka. Jika dia menyerupai kafir dalam pakaian (khusus) dan beriktikad untuk jadi seperti mereka, maka dia telah kufur. Jika dia tidak beriktikad demikian, maka para fuqaha (ahli fekah) berbeza pendapat mengenainya. Ada yang menyatakan dia menjadi kufur kerana berdasarkan secara zahir hadis tersebut. Ada yang menyatakan tidak kufur, tetapi dia diadabkan (oleh pemerintah)”. (al-Son’ani, Subul as-Salam, 4/321. Beirut: Muassasah Fuad).
4. Ertinya, menyerupai sesuatu yang khusus bagi agama tertentu seperti memakai salib, atau pakaian khusus paderi dan sami, atau amalan khusus agama tertentu seperti bertafakur di kuil dan seumpamanya adalah perbuatan yang haram. Jika ia diikuti dengan iktikad seperti mereka, maka dia menjadi kufur. Sementara, jika dia sekadar suka-suka, atau melakukan tanpa niat yang kufur, amalan tersebut tetap haram. Cumanya, ulama berbeza pendapat, ada yang menganggapnya telah kufur, ada pula yang menyatakan tidak, tetapi berdosa.
Gambar contoh pakaian khusus bagi agama tertentu.
5. Saya menyokong pendapat yang menyatakan sekiranya menyerupai golongan kufur tetapi tidak beriktikad kufur perbuatan tersebut berdosa tetapi tidak terkeluar dari agama. Namun, jika dia menyerupai mereka secara penyerupaan zahir dan juga batin iaitu dengan iktikad yang sama, maka dia menjadi kufur. Kadar dosa menyerupai itu berdasarkan kadar perkara yang ditiru atau diserupai.
6. Sekali lagi hendaklah kita jelas, penyerupaan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah penyerupaan dalam perkara-perkara yang khusus untuk sesuatu puak atau agama. Jika perkara tersebut tidak khusus untuk mereka, maka hadis ini tidak berkaitan. Dalam dunia globalisasi, banyak unsur budaya dan adat telah dikongsi oleh pelbagai pihak seperti pakaian, makanan, binaan dan seumpamanya yang bukan lagi khusus untuk agama tertentu. Maka, kita hendaklah teliti dalam menilai apa yang khusus dan apa yang umum. Pakaian yang dipakai oleh mereka yang bukan muslim tidak semestinya melambangkan agama mereka atau khusus untuk agama mereka. Begitu makanan, binaan dan adat tertentu. Makan dengan sudu-garpu atau cop-stick, berjeket, berumah ala-Inggeris atau Jepun bukanlah berkaitan agama.
7. Dalam hadis “Sesungguhnya Nabi s.a.w memakai jubah Rom –dalam sebahagian hadis disebut jubah syamiah (negeri Syam)- yang sempit kedua tangan bajunya” (Riwayat al-Bukhari, Muslim al-Tirmizi, al-Nasai dan lain-lain). Padahal masyarakat Rom ketika itu adalah Kristian. Demikian juga negara-negara lain pada masa tersebut, belum lagi menganut Islam, tetapi Nabi s.a.w memakai pakaian mereka. Ini kerana pakaian itu bukan pakaian khusus agama.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a (meninggal 728H):
“Rasululah s.a.w itu pernah memakai gamis (baju labuh) dan serban, baginda pernah memakai kain sarung dan ridak (baju separuh yang dipakai bersama kain sarung), baginda pernah memakai jubah dan farajiah (baju besar dan panjang kedua tangannya). Baginda pernah memakai pakaian dari jenis kapas, bulu dan selainnya. Baginda pernah memakai jubah bulu ketika bermusafir. Baginda juga memakai apa yang dibawa dari Yaman dan selainnya. Kebanyakannya dibuat dari kapas. Mereka (pada zaman tersebut) juga memakai buatan Qibti Mesir yang ditenun dari kattan. Maka, bererti sunnah Rasulullah s.a.w dalam hal ini adalah seseorang memakai pakaian dan memakan makanan yang mudah didapati dalam negerinya. Maka perkara ini berbagai-bagai, berdasarkan kepelbagaian negeri” (Ibn Taimiyyah, Majmu’ah al-Fatawa, 11/541, Riyadh: Maktab al-Abikan).
8. Meniru perkara yang baik dan bermanfaat, sekalipun ia berasal dari bukan muslim adalah tidak salah. Apatahlagi jika perkara itu diterima oleh masyarakat awam sebagai sesuatu yang baik dan bermanfaat. Daripada Anas bin Malik, katanya:
“Apabila Nabi s.a.w ingin menulis surat Rum. Lalu diberitahu kepadanya bahawa mereka itu tidak membaca surat yang tidak mempunyai cop. Lalu baginda membuat cop daripada perak. Kata Anas: seakan aku masih melihat kilauan cop berkenaan di tangan Nabi s.a.w. berukir Muhammad RasululLah”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini jelas menunjukkan baginda Nabi s.a.w meraikan dan menerima pakai kebiasaan sesuatu kaum selagi ia tidak menyanggahi prinsip Islam.
9. Berdasarkan hadis “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka” maka muslim dilarang untuk meniru gaya atau kelakuan atau pakaian yang khusus dikenali dengan unsur jahat yang boleh menimbulkan salah sangka orang ramai terhadap orang yang menyerupai tersebut. Kata al-Imam al-Munawi:
“Jika puak fasik atau kaki berfoya mengkhususkan sesuatu pakaian, maka dilarang untuk seseorang memakainya kerana mungkin boleh menyebabkan orang yang tidak tahu berburuk sangka bahawa dia dalam kalangan mereka (fasik dan kaki berfoya), lalu berdosa yang berburuk sangka dan juga yang disangka buruk disebabkan dia punca sangkaan tersebut” (al-Munawi, Faidh al-Qadir, 6/135. Beirut: Dar al-Kurub al-‘Ilmiyyah).
Maka, perbuatan anak-anak muda atau selain yang meniru pakaian atau gaya artis atau kumpulan yang dianggap serong oleh masyarakat itu menyumbang kepada dosa.
10. Manusia ini cenderung menyerupai pihak yang mereka suka atau sayangi. Orang baik cenderung meniru cara orang yang baik. Demikianlah sebaliknya. Kecenderungan kita untuk meniru gaya atau gaya sesuatu pihak, memberi gambaran tentang apa yang tersirat dalam jiwa kita.
11. Kesimpulannya; kita dilarang meniru atau menyerupai apa yang khusus untuk agama lain, atau apa yang khusus untuk sesuatu puak atau kumpulan yang mempunyai nilai yang negatif dan buruk. Kita boleh menyerupai apa yang tidak khusus untuk agama tertentu atau tidak memberi imej yang buruk. Demikian meniru apa yang baik adalah digalakkan sekalipun dari bukan muslim.
Kategori: Akidah
Read more ...

Saturday

Pesakit berhak pilih doktor

“SUSAH sangat­kah hendak bercakap? Kita hendak tanya lagi tetapi dia cepat-cepat suruh keluar dan ambil ubat.”
Itu komen seorang pesakit yang baru mendapatkan perkhidmatan di sebuah klinik kecil di taman perumahannya. Ketika mengadu mengenai sakitnya, si doktor terus memberi beberapa ubat dan si pesakit yang mahu mengetahui ubat yang diberi seperti nama ubat, tujuan diberi dan kesan pe­ngambilannya, dia tidak diberi penjelasan terperinci.
Ternyata doktor itu begitu berat mulut hendak berkomunikasi dan membuat penera­ngan. Tentu ada yang pernah mengalami pengalaman ini dan rasa kecewa lantas membuat keputusan tidak mahu mengunjungi klinik yang sama lagi.

Bolehkah doktor bersifat ‘pendiam’ di dalam tugasnya? Menjenguk bidang kerjaya lain sekadar untuk membuat perbandingan, bolehkah guru juga bersikap ‘pendiam’ lantas dia tidak mahu mengajar muridnya?


Semua bidang pekerjaan memerlukan komunikasi dua hala. Tidak semua doktor

di negara kita tidak mahu berkomunikasi dengan pesakit atau orang yang terbabit dengan pesakit itu.

Pengalaman Zulkeflee Haron yang baru kehilangan ibunya buat selama-lamanya pada 10 Disember lalu berbeza pula.

“Saya pernah melalui pengalaman apabila doktor malas berkomunikasi dengan pesakitnya. Saya bercakap panjang lebar, dia hanya menunduk sambil menulis sesuatu.

“Selepas periksa tekanan darah dia terus menyuruh mengambil ubat di luar. Acuh tidak acuh sikapnya dan kita pun rasa panas hati. Bayaran pula mahal,” katanya.
Namun pengalaman terbaru ketika ibunya tiba-tiba diserang angin ahmar, membuatkan Zulkeflee berubah fikiran bahawa tidak semua doktor berat mulut berkomunikasi.

“Saya dan keluarga bersyukur kerana kali ini kami bertemu semua doktor yang baik-baik belaka di Hospital Besar Melaka. Mereka tidak jemu bercakap dan memberi penerangan mengenai keadaan emak walaupun kami asyik bertanya soalan yang sama berulang-ulang.

“Walaupun ketika itu wad kecemasan sedang sibuk, setiap kali kami adik-beradik mahu penerangan, doktor sentiasa mahu memberi penjelasan terperinci,” katanya.

Setiap orang ada pe­ngalaman tersendiri ketika mendapatkan perkhidmatan doktor sama ada doktor kerajaan mahupun swasta. Namun sedarkah kita bahawa komunikasi antara doktor dan pesakit memang sebenarnya amat penting demi kebaikan kedua-dua pihak?

Komunikasi antara doktor-pesakit adalah antara yang terpenting.

Menurut Pegawai Perubatan Kanan Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd, Dr Zubaidi Ahmad, dalam usaha doktor membantu pesakit menangani penyakitnya, seseorang doktor itu harus mempunyai tiga aspek penting dalam dirinya.

Aspek berkenaan ialah ilmu kedoktoran yang dipelajari, kemahiran menyampaikan informasi dan menerangkan masalah perubatan kepada pesakit serta sikap merawat pesakit yang betul.

“Sikap merawat pesakit yang betul bermakna seorang doktor harus faham bahawa dia berhadapan dengan manusia yang beremosi dan berakal. Doktor bukan saja merawat penyakitnya tetapi harus mengambil kira emosi dan akalnya.

“Seorang profesor saya pernah berkata kepada saya, doktor bukanlah seorang mekanik yang membaiki kereta. Jika dia gagal membaikinya, mekanik mungkin akan membiarkan saja kereta itu menjadi buruk di hujung kedainya,” katanya.

Justeru, kata Dr Zubaidi, seorang doktor perlu sentiasa berinteraksi bagi memastikan usaha merawatnya berjaya.

“Doktor tidak boleh merawat dan kemudian membiarkan saja pesakit terpinga-pinga keliru dengan apa yang berlaku pada dirinya.

“Doktor juga berhadapan dengan manusia yang perlu ditenangkan emosinya dan diberikan penerangan agar fikirannya puas sebelum membuat keputusan.

“Apabila seorang doktor mempunyai sikap yang betul, maka terbinalah kemahiran berkomunikasi. Doktor dapat menerangkan apa yang berlaku pada pesakit dan memberitahu rawatan yang sepatutnya diambil,” katanya.

Komunikasi adalah aspek penting bagi menyampaikan maklumat. Seorang doktor harus sedar bahawa dia bukan saja merawat tetapi memberikan maklumat.

“Bagaimana seorang doktor mahu mengetahui maklumat yang diberikan difahami? Sudah tentu dengan cara mendapatkan maklum balas. Komunikasi dua hala sudah tentu akan melancarkan proses penyampaian maklumat dan memastikan pesakit tidak keliru,” katanya.

Bagaimana sekiranya seorang doktor kurang dalam aspek komunikasi, berat mulut apabila ditanya atau tidak suka ditanya?

“Sekali lagi ia bergantung kepada sikap dan kemahiran berkomunikasi yang baik yang seharusnya dipunyai oleh seorang doktor.

“Katakan seorang tua datang ke pusat kesihatan untuk pemeriksaan berkala serta mendapati tekanan darah dan kandungan gulanya tinggi. Adakah seorang doktor memarahi orang tua itu?

“Seharusnya doktor itu memeriksa tahap pengetahuan pesakitnya mengenai dos ubat dan cara pemakanan ubat yang diberikan. Makan ubat dua biji tiga kali sehari, mudah saja disalahfahamkan sebagai makan ubat tiga biji dua kali sehari. Kegagalan seorang doktor mengesan kelemahan pesakit memahami ubatnya adalah malapetaka yang bakal ditempah. Pesakit itu mungkin saja terlantar akibat terlebih dos atau penyakitnya menjadi bertambah tenat akibat dos yang tidak mencukupi.

“Namun begitu pesakit pun harus cuba memahami situasi seorang doktor. Sebagai contoh seorang doktor yang baru saja menghabiskan ‘on call’ selama 32 jam sudah tentu tidak mempunyai sikap prihatin kepada pesakit.

“Dalam keadaan ini, pesakit harus mencari doktor lain untuk mendapatkan penerangan atau datang semula untuk berjumpa doktor itu di waktu yang lain.

“Jika didapati sikap doktor itu tidak ada kaitan dengan bebanan ‘on call’ tetapi lebih kepada masalah sikapnya sebagai individu, saya mencadangkan agar pesakit memilih doktor lain yang boleh diajak berkomunikasi,” katanya.

Memang tidak ada salahnya seorang pesakit mendapat­kan pandangan kedua atau ketiga daripada doktor lain.

Menurut Dr Zubaidi, meng­anggap doktor itu berilmu dan boleh membuat keputusan baik untuk diri pesakit seharusnya relevan jika doktor itu mempunyai kemahiran berkomunikasi dan sikap menghormati hak pesakit.

“Doktor yang tidak dapat berkomunikasi dengan pesakitnya tentunya tidak boleh diharapkan untuk membuat keputusan bagi pihak pesakit. Ini kerana jika pesakit menghadapi komplikasi rawatan atau penyakitnya tidak sembuh, pesakit terpaksa berjumpa semula dengan doktor itu,” katanya.

Tambah Dr Zubaidi, masalah komunikasi antara doktor-pesakit berlaku di kalangan komuniti Asia yang masih tebal dengan cara kehidupan perbezaan darjat.

“Seperti filem P Ramlee itu, orang kaya dilayan dengan baik, orang miskin dipandang hina. Keegoan doktor yang dilatih tanpa sedar oleh profesor mereka menyebabkan mereka ‘ego tanpa sedar’. Kata-kata mereka menyakitkan hati pesakit tanpa mereka sedari,” kata lulusan Kolej Perubatan Kastuba, Manipal ini.

Sekiranya masalah komunikasi terus beraja antara doktor dan pesakit, bagi membendung dan mengubah budaya ini, kata Dr Zubaidi, seharusnya ada kurikulum atau silibus pembelajaran perubatan mengajar aspek undang-undang dan kemahiran komunikasi yang baik.

“Seingat saya, sepanjang pembelajaran saya tidak ada subjek bagi memperbaiki kemahiran berkomunikasi. Pelajar perubatan harus didedahkan dengan perkara ini.

“Jika tidak mereka akan mengalami kejutan budaya, daripada suasana kampus yang sibuk dengan buku dan amali klinikal kepada suasana masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan harapan.

“Perubahan membabitkan sikap tidak hanya terhadap pelajar perubatan tetapi juga tenaga pengajar mereka iaitu profesor.

“Profesor yang mengajar klinikal juga harus mengubah sikap mereka yang dengan selamba memarahi pelajar di hadapan pesakit ketika latihan klinikal di wad.

“Jika seorang guru (profesor) sanggup memarahi seorang pelajar perubatan dengan dengan kata, ‘Hoi monkey!’, bayangkan apa yang bakal doktor ini katakan pada pesakitnya nanti?” katanya.

Mengenai perbezaan perkhidmatan di hospital kerajaan dan swasta, Dr Zubaidi berpendapat, perbezaan perkhidmatan swasta dan kerajaan adalah daripada sudut jumlah pesakit.

“Jika tekanan kerja kurang, tentu doktor dapat memberikan perhatian kepada pesakitnya. Sebagai perbandingan semasa saya bekerja di Jabatan Kardiothoracic,
setiap hari saya membantu lima pembedahan jantung selama lima hari dalam seminggu. Dalam seminggu bermakna 25 kes pembedahan.

“Di hospital swasta, rakan memberitahu mereka melakukan pembedahan sekali seminggu dan hasil gajinya berlipat kali ganda berbanding dengan kerja di hospital kerajaan.

“Di hospital kerajaan doktor bekerja dengan pesakit yang ramai berbanding dengan swasta. Maka nampak perbezaan layanan yang ketara,” katanya.

Menurut Dr Zubaidi, tekanan pesakit yang ramai dan harus dihabiskan dalam waktu tertentu (untuk me­ngelakkan aduan menung­gu lama daripada pesakit), membuatkan doktor akan cuba mempercepatkan rutin­nya melihat pesakit.

“Bagi penyakit yang tidak serius seperti batuk atau selesema, ada kalanya
diperiksa hanya lima minit. Malah ada yang tidak me­meriksa langsung. Rawatan hanya berdasarkan aduan pesakit. Namun bagi penyakit yang serius dan berulang, catatan sejarah dan pemeriksaan yang lengkap adalah suatu kemestian,” katanya.

Ada doktor yang malu mengaku kekurangan mereka seperti kurang pengetahuan dan hasilnya mereka tidak menjawab soalan pesakit.

“Doktor yang kurang berpengalaman atau berpengetahuan harus merujuk kepada doktor yang lebih senior. Kami faham mereka hanya manusia biasa yang mem­punyai kelemahan,” katanya.

Panik dan takut pada apa yang menimpa diri juga sering dihadapi oleh ramai orang. Apakah bantuan yang boleh diberikan oleh doktor?

“Pesakit yang takut adalah fenomena biasa. Mereka panik, disebabkan tidak biasa berada di hospital atau melihat sesuatu yang mengerikan di klinik atau di wad. Seorang doktor yang berpengalaman tentu saja tidak panik kerana sudah biasa dengan situasi itu. Namun jika doktor juga panik, ini bermakna mereka kurang berpengalaman atau kurang berpengetahuan.

“Mereka menterjemahkan panik mereka dengan me­marahi pesakit. Jika doktor penat atau sedih, saya rasa adil bagi mereka untuk sedikit beremosi. Namun jika ia disebabkan oleh masalah sikap, maka wajar seorang pesakit mencari doktor yang lain,” katanya.

Bagi menghadapi suasana panik atau kecemasan, doktor harus tenang dan menjadi contoh pada staf paramedik yang lain. Ketenangan dan kepantasan doktor tentu saja akan me­nyelamatkan pesakit.

“Pesakit berhak memilih doktor sebagaimana doktor berhak memilih pesakit (kecuali dalam keadaan kecemasan). Selagi belum terjadi hubungan doktor-pesakit, mereka berhak memilih. Jadi pilih doktor yang berpengalaman, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran berkomunikasi. Itu hak pesakit,” katanya.

Dr Zubaidi, selain sibuk dengan kerjayanya, juga aktif di Internet dan boleh dilawati di www.drzubaidi.com.

Dia berpengalaman bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru selama lima tahun di Jabatan Pembedahan serta Jabatan Trauma dan Kecemasan. Selepas itu
di Kumpulan Perubatan Penawar Sdn Bhd sehingga kini.


Read more ...

Tuesday

Payung yang Kreatif



Heart Umbrella
Read more ...

Monday

National Geographic Test your Brain Pay Attention Game



sila on caption
Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...