Wednesday

Menang Hadiah RM904,567 dengan main GAME komputer

Ingat Main Game buang masa saja-saja?Main Game komputer boleh kaya?

Mungkin itu persoalan yang sering bermain di fikiran ramai orang. Bukan bermakna mereka tidak pernah bermain Game komputer tetapi sungguh tidak sangka sampai boleh mendapat hadiah duit ratusan ribu ringgit seorang.

Baru-baru ini sekumpulan 5 anak muda yang mewakili Malaysia melalui nama pasukan Orange Neolution telah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan bertaraf antarabangsa iaitu 3rd The International Dota2 Championship 2013.
Mereka membawa pulang hadiah lumayan berbentuk wang ringgit sebanyak USD 287,438 = RM 904,567.

Bayangkan jumlah RM 904,567 dibahagi 5 akan dapat RM 180,913 setiap seorang. Dikatakan duit hadiah itu diberikan sepenuhnya kepada pemain dan penaja tidak ambil bahagian.
Penaja utama adalah Orange Esports milik penuh syarikat Orange Internet Cafe yang memiliki 30 cawangan Cyber Cafe di Kuala Lumpur dan Selangor.

Game yang mereka main adalah Dota 2. Kepada peminat tegar permainan komputer memang tidak sah kalau tidak pernah main Game ini sekali seumur hidup.


Ada orang dengan duduk di rumah boleh jana pendapatan ribuan ringgit sebulan.

Dunia tanpa sempadan, tiada yang mustahil selagi ada minat, usaha dan strategi yang betul.

Sumber : Orange FB


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...