Sunday

Gunalah Penapis Air

Sebahagian dari nutrien fitokimia anti-kanser dan anti-penyakit semulajadi yang paling berharga yang biasanya ditemui dalam makanan, didapati boleh menyebabkan kanser bila dicampurkan dengan air paip berklorin. Penemuan ini termasuk makanan yang biasa iaitu soya, buah-buahan, sayur-sayuran, teh, produk kesihatan, dan beberapa preskripsi.
Satu kajian bersama telah dijalankan di Jepun oleh saintis penyelidikan di Institut Sains Kesihatan dan Universiti Wilayah Shizuoka. Mereka menetapkan bahawa bahan-bahan organik semula jadi bertindak balas apabila terdedah kepada air paip berklorin, membentuk sebatian berbahaya penyebab kanser dinamakan MX, yang bermaksud "mutagen tidak diketahui". Ia sama dengan penyebab kanser yang sudah terkenal dan lebih mudah dikesan iaitu THMs (trihalometana).

 
Kajian awal oleh saintis di Finland pada tahun 1997 menetapkan bahawa MX adalah 170 kali ganda lebih berbahaya berbanding produk sampingan lain yang diketahui toksik akibat pengklorinan, dan telah dibuktikan dalam kajian makmal boleh merosakkan kelenjar tiroid serta menyebabkan tumor kanser.

Tiada apa yang salah dengan bahan-bahan organik itu. Ia adalah berpunca dari klorin yang menukarkan bahan-bahan organik kepada bahan merbahaya seperti THMs dan MX. Bahan-bahan organik telah terbukti sangat bermanfaat kepada kita jika digabungkan dengan air minuman yang tulen.

 
Ia menunjukkan bahawa makanan segar yang kita makan juga bertindak balas terhadap air paip berklorin yang kita gunakan untuk memasak makanan kita, mewujudkan toksin. Ini bermakna bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran, salad hijau, teh hijau, teh hitam, teh herba, produk soya, vitamin dan pelbagai makanan tambahan, dan juga beberapa ubat-ubatan farmaseutikal boleh dikaitkan dengan kombinasi dengan air berklorin.

Ejen merbahaya penyebab kanser yang terhasil adalah sangat toksik dalam jumlah yang sangat kecil dan ia sangat sukar untuk dikesan. Sedikit sahaja klorin diperlukan untuk menghasilkan bahan toksin itu.

 
Walaupun klorin pada dasarnya berjaya menghapuskan risiko penyakit bawaan air seperti demam kepialu dan taun, terdapat banyak patogen yang tidak dikawal oleh klorin. Wujud kaedah rawatan air yang lebih baik, seperti pengozonan, dan banyak alternatif yang telah digunakan di seluruh dunia.

 
Mesej ini adalah amat penting kepada orang awam, kerana klorin satu hari nanti, dalam masa terdekat, didedahkan sebagai penyebab utama dan penyumbang kepada kanser dan penyakit degeneratif. Klorin juga akan didapati bertanggungjawab untuk merosakkan sistem imun dan hormon badan dengan mutasi estrogen tumbuhan dan fitokimia yang menyokong sistem tersebut. Sistem imun yang sihat sepatutnya menjadi pertahanan barisan hadapan anda terhadap penyakit.

 
Apa yang boleh anda lakukan?
Menghapuskan atau mengurangkan semua klorin di mana mungkin. Jangan minum air paip klorin. Cara terbaik untuk membuang klorin adalah dengan mendapatkan penapis osmosis songsang, kerana osmosis songsang juga membuang flouride, yang diberi nilai 4/5 pada skala racun dunia (5 merupakan tempat yang tertinggi). Gunakan penapis 2 mikron. Ini adalah sekecil kita boleh dapat dan masih mendapat satu aliran air yang baik.

Secara dasarnya, punca sebenar adalah klorin, bukan bahan-bahan makanan di mana ia bertindak balas. Ramai orang telah menggunakan sistem penapis domestik diletakkan di sumber utama sebelum memasuki rumah mereka. Klorin ada di mana-mana ... teh ais yang anda pesan di restoran atau di warung mungkin dibuat dengan air berklorin, daun salad anda mungkin telah dibasuh dengan air berklorin ... ia berlaku hampir di mana saja. Ramai yang membaca mengenai bahaya klorin mungkin tidak percaya dan terkejut bahawa bahan toksik ini mengalir keluar dari paip air di rumah mereka sepanjang masa. Tetapi dengan mengetahui tentang hal itu akan membantu anda untuk menilai bagaimana untuk mengendalikan bahan toksik yang hadir melalui paip air di rumah anda. 

 
Kit Ujian Klorin Dalam Air

Jika anda tertanya-tanya sama ada sumber air yang keluar dari paip rumah anda mengandungi klorin di dalamnya, anda boleh dapatkan kit ujian air dari pembekal kolam tempatan. Ia akan memberitahu anda jika botol air yang anda beli benar-benar bebas daripada klorin atau tidak. ~
Artikel oleh The Secret Medicines


No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...