Friday

Di Kalung Kasihan-Nya | L♡Ve for Everyone

بسم الله الرحمن الرحيم  how r u lover sekalian today✿◠‿◠)?nice post to read now,mudah-mudahan kita semua sentiada dalam naungan RahmatNya~Kita semua hamba Allah S.W.T. yang di kalung rahmatNya.Janganlah ada sebesar zarah kesombongan dalam diri.Tanpa Cinta dan RahmatNya,tidaklah seorang pun manusia yang masih mampu bernafas.Takhluk hati anda dengan kemanisan iman ^^. i always said about that before.

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
(An-Nuur 24:21) | <Embed> | English Translation

Syeikh Muhyiddin Abdul Kadir al-Jailani berkata: DenganMu, kita tidak dapat sampai, sedang kami amat berhajat kepadaMu. Yakni, kita tidak dapat sampai ke mana-mana dengan amalan kita tanpa rahmat Allah Ta'ala, sedang kita wajib beramal kerana menurut perintahNya. 

Daripada Anas bin Malik radhiyallahu `anhu, katanya: Aku mendengar Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam bersabda:

Firman Allah Tabaraka wa Ta`ala: Wahai anak Adam! Tidaklah engkau berdoa kepadaKu dan mengharapkanKu, akan Aku ampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu mencapai setinggi langit, kemudian engkau beristighfar kepadaKu, akan Aku ampuni dosa-dosamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya engkau datang kepadaKu dengan kesalahan yang memenuhi bumi, kemudian engkau menemuiKu, engkau tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu, akan Aku datang kepadamu dengan ampunan yang memenuhi bumi.


Status:

* At-Tirmidzi: Ini hadits hasan gharib, kami tidak mengetahuinya kecuali daripada jalur ini.

* Al-Albani [no. 3540]: Shahih

* Syu`aib Al-Arna'uth [no. 3852]: Hadits hasan lighairihi, isnad ini dha`if kerana Katsir bin Fa'id [salah seorang rawi] majhul hal. Hadits ini ada penguat [syahid], iaitu hadits Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Ahmad [21472], dan hadits tersebut adalah hasan.



Berkata Syeikh Abu Said al-Kharraz: Siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala dengan amalannya, maka ia adalah seorang yang membuang masa. Dan siapa yang mengira, bahawa ia akan sampai kepada Allah Ta'ala tanpa amalan pula, maka ia adalah seorang yang berangan-angan kosong. Yang demikian itu adalah sikap yang bodoh dan terpedaya. Menyerah kepada Allah serta mengharapkan rahmatNya tidak boleh berlaku, melainkan sesudah berbakti dan beramal saleh.

Berkata Al-Hasan al-Bashri: Sesungguhnya mencita-citakan pengampunan itu telah memperdayakan banyak orang, sehingga mereka meninggalakan dunia ini dalam muflis, tiada mempunyai bekalan amal saleh sekali. Beliau menambah lagi; Sesungguhnya orang Mukmin itu berbakti seraya gementar terhadap Allah Ta'ala. Manakala seorang Munafik pula membuat kejahatan seraya merasa aman dan sentosa sepanjang masa.


...dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

 Sabda baginda SAW yang bermaksud: 

“Seseorang dari kalian tidak akan masuk syurga kerana amalnya, dia akan memasukinya kerana rahmat Allah.” Para sahabat bertanya: Dan termasuk Engkau juga wahai Rasulullah? Baginda bersabda: ”Ya, termasuk aku kecuali Allah telah menyelimutiku dengan rahmat-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). 



Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa saja yangg Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yangg Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling kucintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh.
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhoan-Mu".[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih, Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa dipanjatkan oleh nabi Daud a.s]














Amal saleh menentukan tingkatan syurga yang layak diduduki;

Al-Imam Ibnu al-Qayyim mengemukakan pandangan tentang firman Allah SWT yang bermaksud: ”Dan itulah syurga yang diwariskan kepada kalian disebabkan amal-amal yang dahulu kalian kerjakan.” Surah al-Zukhruf: Ayat 72. Jika ayat ini digandingkan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Tidak masuk syurga salah seorang dari kamu dengan amalnya melainkan dengan rahmat Allah.” Kedua-duanya kelihatan seolah-olah bercanggah satu dengan yang lain, namun al-Imam Ibnu al-Qayyim menegaskan maksud keduanya adalah benar. Allah SWT memasukkan mereka ke syurga kerana rahmat-Nya tetapi bukan bermakna amal saleh yang telah dilakukan itu tiada berguna sama sekali, bahkan penghisaban akan dilakukan untuk menentukan di manakah tempat yang layak diduduki, kerana syurga ada lapan pintu dan tingkat yang masing-masing mempunyai kelebihan. Orang yang terbaik dan terbanyak amalannya tentulah menjadi jiran kepada para Nabi dan syuhada’ di dalam Jannatul Firdaus, sedangkan yang lebih rendah dari mereka akan menduduki tingkatan syurga di bawahnya.

Hujah ini menolak anggapan orang yang hanya memegang prinsip percaya kepada Allah SWT tetapi meninggalkan apa yang difardukan dalam beribadat. Bagi mereka, sembahyang boleh ditinggalkan, tidak mengapa asalkan hati beriman kepada Allah Yang Maha Penyayang. Sesungguhnya iman mereka telah tertolak, bagaimana mungkin Allah SWT merahmati mereka jika diri mereka suka bermaksiat dengan meninggalkan perintah Allah SWT dan ternyata iman mereka itu hanyalah omong kosong dan permainan belaka. Mereka mahu menipu Allah SWT sedangkan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Sebagai hamba-Nya yang saleh kita beribadat dengan satu matlamat mendapatkan rahmat-Nya demi syurga yang dijanjikan.




No comments:

Post a Comment

ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...