Sunday

Demi Cantik, Bagaimana Merkuri Berfungsi Ke Atas Kulit Dan Kesan Penggunaannya

Nota Editor: Isu 2 produk Qu Puteh yang mengandungi merkuri telah mendorong Rahman Baco, ahli farmasi dan penulis buku menerangkan bahaya merkuri ke atas pengguna yang mahu cantik segera di Facebook Page miliknya. Dengan izin beliau, kami paparkan semula buat manfaat anda. Ini adalah pendapat beliau berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya.
merkuri 2
Penggunaan merkuri dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian FDA mengharamkan penggunaannya dalam kosmetik pada tahun 1990.
Pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan oleh penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi untuk menghasilkan pigmentasi warna kulit.
Pigmentasi warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat.
BAGAIMANA MERKURI PUTIHKAN KULIT?
Merkuri ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil ‘raksa’ biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segara. Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin yang memberikan warna gelap pada kulit.
Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin ini adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan oleh badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari, walaubagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebab warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.
Selain raksa, ada beberapa bahan lain lagi yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon. Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).
Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul di kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan dan masuk ke salur darah. Raksa mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.
KESAN BURUK MERKURI
Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.
WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan gangguan sistem saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak.
TANDA-TANDA KERACUNAN MERKURI
Tanda-tanda keracunan raksa termasuklah ganguan emosi, letih, hilang ingatan, mudah lupa dan sakit kepala. Keracunan raksa ini juga boleh menyebabkan perubahan tingkah laku seperti cepat terasa, kurang keyakinan diri dan kurang selesa semasa bergaul. Raksa yang berlebihan dalam badan menyebabkan gangguan buah pinggang (membranous nephropathy), badan menggigil dan kekejangan otot.
KENAPA ADA MERKURI DALAM PRODUK QU PUTEH?
Dua produk Vida Beauty iaitu ‘Qu Puteh Whitening Pro 9’ dan ‘Qu Puteh Whitening UV Block’ disahkan mengandungi merkuri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Selain daripada 2 produk kosmetik ini, Vida Beauty juga mempunyai lebih 33 produk kosmetik lain yang bernotifikasi dengan KKM. Produk Qu Puteh Whitening UV Block masih lagi terdapat dalam sistem notifikasi BPFK dengan nombor NOT151106645K.
Ujian saringan bahan beracun ke atas produk kosmetik adalah ujian rutin yang dijalankan oleh Pusat Kawalan Kualiti, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM. Ujian bahan beracun ini termasuklah ujian hidrokuinon, tertinoin, dan juga had logam berat termasuklah merkuri.
Ujian saringan ini dijalankan berdasaran persampelan produk kosmetik di pasaran dan juga berdasarkan aduan yang diterima daripada pengguna. Produk-produk kosmetik seperti krim pemutih dan krim pelansing adalah produk yang berisiko tinggi dicampurkan dengan bahan beracun ini. Oleh itu sampel-sampel produk kategori ini diberikan lebih perhatian untuk diuji.
Dari kajian yang pernah saya jalankan ke atas produk kosmetik semasa bertugas di Pusat Kawalan Kualiti, BPFK, KKM pada tahun 2007 hingga 2011, hampir 8 – 10% daripada 300 produk kosmetik di pasaran Malaysia yang diuji sepanjang tahun didapati positif mengandungi bahan beracun. [Screening of Hydroquinone in Cosmetics Products by QCC in 2006 and 2007 by Rahman Baco et. al.]
Sampel kosmetik yang didapati positif mengandungi bahan beracun pada ujian saringan pertama akan diuji semula oleh penganalisa berbeza untuk mengesahkan keputusannya benar-benar tepat. Apabila keputusan telah disahkan, maklumat produk kosmetik beracun ini akan dikongsikan dengan pihak berkuasa kesihatan negara jiran iaitu Brunei, Singapura, Indonesia dan Thailand untuk tindakan selanjutnya sebelum kenyataan akhbar dikeluarkan.
Sebab itulah, posting-posting di media sosial banyak menggunakkan laporan akhbar daripada negara Brunei yang dikeluarkan lebih awal berbanding Malaysia.
Produk kosmetik mengandungi bahan beracun seperti merkuri yang dikesan dalam 2 produk jenama Qu Puteh ini boleh berlaku kepada mana-mana jenama kosmetik yang lain dan juga pernah terjadi ke atas jenama kosmetik popular yang lain.
Vida Beauty selaku pemegang pendaftaran produk ini telah mendaftarkan produk kosmetik ini mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Produk kosmetik yang telah didaftarkan akan diberikan nombor Notifikasi yang bermula dengan NOT. Sistem Notifikasi produk kosmetik ini memudahkan proses recall (panggil-balik) produk dari pasaran apabila berlaku kejadian seperti ini.
Pihak Vida Beauty diberi masa 72 jam untuk menarik balik 2 produk kosmetik ini daripada pasaran dan mengambil langkah pembendungan yang perlu.
Tidak adil untuk kita menghukum semua produk keluaran Vida Beauty atau jenama Qu Puteh beracun kerana Vida Beauty mempunyai lebih 30 produk kosmetik atas jenama Qu Puteh dan 2 produk tradisional atas jenama PAMOGA yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Jadilah Pengguna Yang Bijak Memilih”
RAHMAN BACO, Pharmacist
Herbal Choice
Your Halal Trusted Pharmacist

‪#‎vidabeauty‬
‪#‎quputeh‬
‪#‎pamoga‬
‪#‎herbalchoice‬
Berikut senarai produk-produk kosmetik yang disahkan mengandungi bahan-bahan beracun yang diharamkan:
1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena’s Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk
5. EETYE Whitening Cream
6. O’Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Eriesya Spa Beauty Cream
35. Natasya Krim Herba
36. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
37. Ratna Sari Whitening Night Cream
38. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
39. Chantique – Whitening Night Cream
40. NV Toner Treatment No 1
41. Zara Rejuvenation Cream
42. Natasya Gold Krim Herba
43. De Putih Night Cream
44. BML HB LOTION
45. Yoko Whitening Cream
46. Sensual Whitening Cream
47. Derma-Rx Arbutin-R Cream
48. EZEE SUNBLOCK CREAM
49. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
50. Daily Protecting Cream – Joie et Beaute
Senarai penuh produk kosmetik yang diharamkan KKM rujuk diwww.bpfk.gov.my
Read more ...

Koleksi Kata-Kata Amran Fans[GAMBAR]

mesti di sini ramai yang kenal amran fans kan?

















Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...