Friday
Kisah Ketua Paderi Kristian Masuk Islam
Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah. Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN
OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama
Islam dan Kristian berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi
terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar
Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal
jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah
ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang
akhirnya mendapat hidayah Allah
dan kemudiannya memeluk agama Islam. Tetapi apa yang paling menakjubkan
kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok
bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas
paderi besar di seluruh Sabah, yang belajar sebahagian besar dalam
hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap
paling tinggi dan mulia sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk
mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah
contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.
Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di
sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama
termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah
kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi.
Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir
SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH
yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh,
Melaka, baru-baru ini.
SEMASA Kristian saya dikenali sebagai
Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.
Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di
Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung
di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat
pengajian pada tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di
Vantiken. Seterusnya Saya memohon untuk kembali ke negara asal saya
iaitu Sabah.
Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah
dan berkhidmat sebagai paderi di Saya Bertugasdi Gereja St. Mary,
Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di
Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah
sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya
menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya
mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah
anak lelaki tunggal dalam keluarga. Semasa menjadi paderi, saya banyak
membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika
itu saya tidak tahu langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan
tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya
dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya
aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak
buku-buku Islam.
Setelah banyak membuat kajian, saya
terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan
yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang
Tidak Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang
paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa
manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa
bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang
diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia dan
tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian
mengenai Islam.
Apabila saya diberi tanggungjawab
mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya
rasakan seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia.
Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus
Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa
dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul.
Saya telah berdialog dengannya dan
bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya menjadi
paderi. Saya berkata kepadanya, “Paul, saya sekarang rasa ragu dengan
agama yang kita ini”. Dia terkejut dan bertanya, “Apa yang kamu
ragukan?” Saya berkata, “Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini
seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri
setiap malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang
beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa. Mereka harap saya yang
mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah
melakukannya.” Beliau berkata, Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik
menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak
mempunyai sebarang dosa,” Saya katakan yang saya merasakan diri saya
mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, “Memang kita manusia ini
mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa.
Apabila seseorang yang telah dilantik
menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus
Christ tidak ada dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai
dosa.”
Di situlah saya mula tidak percaya pada
agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai
dosa. Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia
terkejut lalu berkata, “Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat
tertinggi untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu
jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong”. Saya menyoalnya,
“Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?” Beliau menjawab, “Dia Tuhan. “Saya
bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan?Bagaimana wujudnya Tuhan?
Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa?
(Allah).” Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
Saya menyoal kembali, “Apa matlamat
utama Jesus Christ diutus ke dunia?” Beliau menjawab, “Untuk menebus
dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama.” Jadi saya katakan padanya
kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah
menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil
berkata, “Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani
mempertikaikan Kristian.”Saya katakan padanya, “Kita seorang paderi yang
suci, bagaimana iblis boleh masuk?” Saya juga katakan padanya saya
mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa
mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai
seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh
mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun
dari ibunya.
Selepas perdebatan itu Pope John Paul
meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah
kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh
rukun iaitu:-
i. Ekaristi Pembaptisan – seseorang yang ingin memeluk Kristian Mereka mesti dibaptiskan air suci.
ii. Ekaristi Pengakuan – mengaku dosa di hadapan paderi
iii. Ekaristi Maha Kudus – memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
iv. Ekaristi Minyak Suci – air suci
v. Ekaristi Krisma – penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma
vi. Ekaristi Imaman – menjadi paderi
vii. Ekaristi Perkahwinan – hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)
Dalam Kristian air suci atau lebih
dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk
menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan
iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani
sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar
kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa
yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan Melayu di Selangor.
Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah
tertutup.
Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi
dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian
beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah
permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa
sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau
memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam
tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh
melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya
pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya
semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja beliau akan
diberi minum air tersebut.
Beliau menyatakan kepada saya beliau
akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah
Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa.
Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak
siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan
menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali
mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu
berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk
ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada
agama Kristian, tetapi apabila minum air itu segala-galanya akan
berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis
ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya pegangan akidah..
Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia
kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan
membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula
berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi
Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan
John Paul mengenainya. Saya katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim
itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak
Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya, apabila
semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas
dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh
dimakan. Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak
boleh dipertikaikan lagi.
Apa yang paling merbahaya ialah Holy
Water. Khusti Kudus tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah
seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy
Water yang kesannya cukup kuat.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun
dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun
bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan
Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia
mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk moyang
mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan bayi yang baru lahir
itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).
Sebenarnya agama Kristian ini tidak
salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian
ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman
Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari
agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi.
Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut
Kristian. Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama
Islam. Pernah terjadi dalam tahun ’78, semasa itu saya terjumpa kitab
yang menyatakan kebenar dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak
begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai
Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ketika itu saya masih belajar di
Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas
pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi
perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ.
Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga
kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka
almari.” Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya
hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebutkan sedangkan
kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka
itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu Semangat saya terlalu
berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa
a.s.Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.
Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa
Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses
untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan
kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang
Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika
boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai.
Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam
nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan
tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah
saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah
pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke
atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas
bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya. Berbalik
kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi
yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya
apakah saya ada mengambilnya.
Saya menafikan dengan mengatakan tidak
pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan
menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut. Disebabkan
seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai
pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat
sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab
suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai
ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat
sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya
terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi
masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di
atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya
didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah.
Pada suatu malam Ahad pada tahun 1991,
saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya
iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ).
Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh
manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.’ Apabila saya
selesai sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya
berkata, alangkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di
bawah tempat tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?
Turunnya Hidayah Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai
kertas dan saya tulis diatasnya, “Tuhan, diantara agama Islam, Kristian,
Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini
tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar
bagiku”. Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya
mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain
macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur.
Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi
tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah
kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki
lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu
mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya
yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang
berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di
antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi.
Saya bertanya kepadanya, Negeri apakah
ini?”Beliau berkata kepada saya, “Awak tidak layak masuk ke negeri ini,
ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w.” Saya meminta keizinannya sekali
lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya
dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang halusnya
seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau
apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan kenapa
orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah
sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu
berkata lagi, “Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana
keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian). “Alangkah
terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya
dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan
sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja
azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.
Saya bangun dan membersihkan badan saya.
Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya
menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu
tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta
menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang
berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai
menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang
bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.
Beliau terkejut dan berkata kepada saya,
“Awak ini di bawah Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami
hendak Islamkan awak, tambahanpula awak paderi besar seluruh Sabah.”
Saya katakan padanya,” Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang
ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini
saya mahu peluk Islam.” Seterusnya imam tersebut berkata lagi, “Awak tak
boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan
surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam.” Dengan agak
kasar saya katakan kepadanya, “Kalau beginilah caranya untuk memeluk
Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini
terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.
Untuk masuk Islam pun perlu isi borang
ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba
saya dilanggar kereta dan mati, maka apa akan jadi kepada saya dan
siapa yang akan bertanggungjawab?” Akhirnya imam tersebut menyuruh saya
mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah
sebagai seorang Islam. Kekuatan Diri Setelah selesai mengucap, saya
kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan gereja, orang ramai
sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka melambai
tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu
seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan
membuat pengumuman di hadapan mereka.
Saya katakan kepada mereka, “Kamu ini
jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus.” Kemudian
saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya
meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli
keluarga sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah
siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah
mereka sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan
kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak
payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di
makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil
memandang ke arah bapa saya, “Saya hendak memberitahu kamu sesuatu
perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu
banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu
bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang
betul adalah Islam.” Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di
wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya
menyambung kembali, “Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana
dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang
Islam.” Bapa saya berkata kepada saya, “Oh! kamu sudah Islam! Tidak
mengapa!” Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak
ada apa-apa ketika itu.
Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau
pergi mengambil parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang
kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah.
Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam Tuhan masih mahu
memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai
sepinggang hingga ke hari ini.
Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya
yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak
murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak. Hijrah untuk
Keselamatan dan Belajar Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam
Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana
menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya
saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut
Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke
Nilam Puri sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang
paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap.
Tidak lama kemudian saya diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka
hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan
ke majlis Agama Islam Kelantan.
Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan
buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu
dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan
meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak
khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal
maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini
saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup
memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang
cahaya mata berusia satu tahun setengah. Islam tidak menyusahkan
penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi
setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan dan zuriat
yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).
Di Vantiken, orang Kristian yang keluar
agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka
seseorang yang murtad di anggap kotor dan mencemarkan maruah agama.
Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad
kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti
penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian
hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya
mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam
Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab
terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak
mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai
pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang
melebihi dari keperluan bulanan.
Pernah saya katakan kepda seorang
doktor, “Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak
RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah
serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor,
kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji
doktor sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan
Islam?” Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang
yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh
sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi
ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak
longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka
begitu kuat. Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke
sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini
kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik
berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti
bersatu.
Mereka berkata jika di negara Barat,
penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap
Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad
diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai
pergi menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu
peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya
mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia
terutamanya ke Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di
antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang
sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih
penting ialah misi mengkristiankan orang Islam. Bagi pandangan saya,
saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai
fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok sendiri. Kadangkala di
kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang
Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua
orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa
saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah
terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka,
mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas
saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada
dalam simpanan saya.
Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka
ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk
Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya
mereka membelanja saya makan setelah mengatahui saya telah memeluk
Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
Adakalanya saya terfikir kenapa ketika
Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini
negara yang pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan
begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang
boleh kalah dengan pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan
saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken
dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang Yahudi sekarang
sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan Hadis. Dia mengatakan
pada saya;”Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian
walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam salah sebuah
ayatnya yang bermaksud; Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang
yang beragama Yahudi dan Nasara.” Sekarang kami pendakwah Kristian mahu
pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus
khusus mengkaji al-Quran dan Hadis.
Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu.” Saya katakan
kepadanya, “Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan
seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi
al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran
bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu
apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam.
Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah
boleh membaca al-Quran.” Saya katakan lagi padanya, “Sebenarnya awak
tidak tahu tafsir al-Quran.” Maksud sebenar ayat tersebut ialah “Telah
berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga
melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah
merupakan angan-angan kamu yang kosong.” Itu bukan firman Allah,
kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.
Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, “Apakah angan-angan
kosong itu?” Saya katakan,” Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu.
Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah
memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?” Beliau tidak boleh
berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan
kepadanya, “Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan
mengampunkan dosa kamu?” Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di
hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana
jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang tidak faham dan rendah
pengetahuan agamanya?
Siapakah Sasaran Kristian?
Program mereka kini ialah berdakwah
kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya
golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di
kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di
gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang
tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai
namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus
nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut,
maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara,
kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada
peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke
atas bebas beragama.
Apa ikhtiar kita?
Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi
keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri
saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah
saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu
saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, “Kamu tidak sayangkan
Islam ke? Tolong buang benda yang ada didalam tudung kamu itu”. Dia
tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian
beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau
sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa.
Saya katakan padanya yang saya dahulu
memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil
rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak
atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak
remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi.
Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai
langkah paling mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin,
mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan memurtadkan isterinya itu.
Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat
‘Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian
mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan
kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang
dijanjikan kepada kamu.’
Sumber: tranungkite.net
Wallahu’alam….
Mengucap Dua Kalimah Shahadah
Mengucap dua kalimah shahadah ialah
pengislaman. Upacara pengislaman dibuat atau diadakan di dalam suasana
yang amat berbeza daripada yang lain-lain. Mengucap dua kalimah shahadah
adalah hasil seseorang yang mencari Allah S.W.T. Dengan penerimaan
shahadah itu, beliau telah dapat bertemu Allah S.W.T. dan telah menjadi
tetamu Allah S.W.T. Dan orang itu telah menjadi seorang Muslim,
seterusnya dia akan mempelajari agama Islam dan hidup dengan cara Islam.
Mengucap dua kalimah shahadah ialah:
1. ASH-HADU AN LA ILAHA ILLA LLAH
2. WA ASH-HADU ANNA MUHAMMADA RRO SULU LLAH
Ertinya ;
AKU BERSAKSI DAN BERIKRAR
BAHAWA TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MENLAINKAN ALLAH, DAN AKU
BERSAKSI DAN BERIKRAR BAHAWA NABI MUHAMMAD ADALAH PESURUH ALLAH YANG
TERAKHIR.
Untuk mengetahui tentang Islam (cara untuk masuk Islam) atau bertanya Soal Jawab mengenai Islam (Klik Disini)
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih