
Ikan
mengandungi banyak nutrien penting, termasuk protin dan sepatutnya
menjadi sebahagian besar dari diet harian kita. Hanya sebahagian kecil
dari ikan (100 gram) menyediakan 1/3 hingga separuh dari keperluan
protin seharian. Ikan juga kaya dengan vitamin B12 yang diperlukan oleh
sistem tubuh. Ikan berlemak seperti salmon, makerel dan herring juga
mengandungi 2 kali ganda kalori dari ikan lain. Tidak seperti lemak tepu
dari haiwan, lemak tak tepu dari minyak ikan adalah sangat berfaedah
kepada kita. Kajian yang pernah dijalankan menunjukkan seseorang yang
makan ikan berminyak sekali seminggu adalah jauh dari risiko penyakit
jantung dan strok.
Omega-3Asid
lemak Omega-3 dari minyak ikan diketahui membantu melindungi jantung
dan melancarkan perjalanan darah. Ia adalah suatu keperluan (essential)
kepada sistem imun kerana tubuh kita tidak menghasilkannya melainkan
kita harus mendapatkannya dari sumber luar. Saintis mendapati asid lemak
Omega-3 penting untuk kesihatan mata dan otak. Ibu mengandung
sepatutnya menjadikan ia sebahagian dari diet mereka. Ia dapat memberi
keseimbangan terhadap pemakanan sumber omega-6 yang berlebihan.
Terdapat dalam bentuk kapsul atau cecair, minyak ikan boleh dikategorikan kepada 2 jenis:
1. minyak limpa ikan (seperti kod, salmon, makerel)
2. minyak isi ikan (seperti ikan bilis, sardin).
Istilah
minyak limpa ikan kod berasal dari minyak yang diekstrak dari limpa
ikan kod. Minyak ikan adalah sumber yang baik untuk vitamin A dan D.
Spesis Ikan BerminyakTenggiri (Mackerel)Kaya
dengan omega-3, Vitamin D dan selenium. Mengandungi 2 ~ 3 % asid lemak
omega 3. Bagaimanapun, kandungan lemak omega-3 berbeza mengikut musim.
Kekurangan selenium boleh mendatangkan penyakit jantung dan kanser.
SalmonDikatakan spesis kedua kaya dengan omega 3 selepas Tenggiri.
Todak (Swordfish)Meskipun
mengandungi omega 3, ia tidak dapat menandingi kandungan omega 3
seperti yang terkandung di dalam ikan tenggiri dan salmon.
Ikan Sebelah (Halibut)Ikan
jenis ini juga mengandungi omega 3 yang tinggi, kurang sedikit dari
ikan kod. Ada yang memanggil ikan ini ikan sisa nabi di mana ada kisah
yang menceritakan bagaimana kedua-dua belah matanya hanya terletak di
sebelah kiri, dan warna yang berlainan di antara sisinya, iaitu seorang
Nabi pernah memakan ikan ini di sebelah sisinya kemudian mencampakkan
ke laut, kemudian ikan ini hidup semula dan jadilah ia ikan separuh
badan.
Ikan Kayu/Tongkol (Tuna)Ikan
tuna kaya dengan vitamin D, B12 dan Omega-3. Tetapi tuna bukanlah
sumber terbaik untuk asid lemak omega 3 kerana kandungannya terlalu
rendah. Tuna di dalam tin tetap kaya dengan vitamin tetapi sumber
omega-3 semakin kurang kerana kebanyakan minyak sudah dikeluarkan
sebelum ditinkan.
Ikan Kod (Cod)Banyak
faedah yang kita dengar tentang minyak limpa ikan kod. Antaranya
menguatkan tulang dan gigi, memelihara kulit, merawat gout dan arthritis
dan juga untuk kesihatan jantung.
Ikan Parang (Wolf-Herring)Mengandungi omega 3, vitamin A dan C, kalsium dan zat besi.
Sardin (Sardine/Pilchard)Boleh
didapati dengan harga yang murah di pasaran tetapi sangat berguna untuk
sumber protin, zat besi dan zink termasuk semua jenis nutrien yang
terkandung di dalam ikan-ikan yang disebutkan di atas termasuk omega-3.
Sardin tergolong dalam kumpulan yang sama dengan salmon dan trout.
Layaran (Sailfish)Ikan Layaran juga antara sumber terbaik omega3.
Siakap (Barramundi)Siakap
harganya agak mahal tetapi ia tidak kurang juga khasiat protin dan
omega-3. Masakan popular yang menyelerakan ialah siakap tiga rasa.
Tetapi lebih baik ia tidak digoreng terlebih dahulu demi memelihara
khasiatnya.
Kerapu (Grouper)Juga kaya dengan omega-3 dan protin.
Ikan Bilis (Anchovies)Ikan
yang kecil tapi tidak kurang dari segi khasiatnya. Ia seperti ikan
sardin, mempunyai lemak omega-3 dan protin yang berfaedah kepada
kanak-kanak dan juga orang dewasa. Ia juga kaya dengan vitamin E dan D,
mineral kalsium dan selenium. Ikan kecil seperti ini lebih baik dari
ikan besar seperti siakap dan tuna kerana ia mengandungi kurang kadar
pencemaran logam berat seperti merkuri, plumbum dan arsenik oleh sebab
pencemaran alam. Ini kerana ikan kecil mempunyai jangka hayat yang
pendek dan ia kurang risiko pencemaran.
Ikan MentahMemakan
ikan secara mentah seperti di Jepun iaitu sushi dan sashimi boleh
mendatangkan risiko kecacingan kerana ikan adalah antara perumah yang
baik untuk cacing-cacing parasit. Ia perlu dimasak untuk memastikan
semua cacing dan telurnya mati. Sesudah dimasak, hendaklah dimakan
ketika masih panas kerana ikan yang dimasak cepat rosak dan membiakkan
bakteria. Masak stim, bakar atau panggang adalah kaedah terbaik untuk
memelihara kesihatan.