Lemon adalah sejenis buah sitrus yang banyak ditanam di Asia seperti
India, China dan juga negara-negara Amerika Selatan.Ia mempunyai banyak
khasiat dari segi perubatan dan ia juga sering digunakan dalam masakan
untuk menambah rasa.
Ia mengandungi vitamin B dan C, potassium dan fosforus, sebagai
antioksidan, anti-bakteria, anti-viral, menguatkan imun dan melawan
jangkitan. Ia membantu penghadaman dan sebagai minuman untuk menurunkan
berat badan. Hanya sedikit perahan lemon di dalam air panas sudah cukup
untuk membersihkan sistem pencernaan dan organ hati. Kandungan vitamin C
dan asid citric berkesan untuk menghilangkan jerawat dan melicinkan
kulit.
Lemon baik untuk merawat demam selsema. Vitamin C dan anti-viral memberi
pertahanan segera kepada sel-sel tubuh. Jika anda sakit tekak, minum
air perahan lemon dicampur madu lebah dengan air suam 3 kali sehari. Ia
dapat melegakan kesakitan.
Campuran perahan lemon dan madu lebah juga dapat merawat penyakit
jangkitan kulit seperti ekzema dan ruam-ruam dengan menyapukan di
bahagian luaran.
Bagi yang aktif dalam sukan dan pengembara yang sering keluar negara,
lemon dapat memberi kesegaran dari rasa letih dan memberi ketahanan
terhadap ancaman jangkitan wabak penyakit. Selain itu, lemon baik untuk
mengelak dari penyakit batu karang. Kajian saintifik mendapati lemon
membantu aktiviti anti-kanser oleh liminoids, kompaun yang melindungi
sel-sel dari kerosakan yang boleh membawa kepada pembentukan sel kanser.
Bagaimanapun, masih belum jelas sejauh mana berkesannya buah sitrus
dapat mengelak atau melawan kanser dalam badan manusia. Dakwaan sebegini
masih belum dibuktikan. Lebih selamat untuk dikatakan, ia bukan untuk
melawan semua jenis kanser.
http://thesecretmedicines.blogspot.com

No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih