Cinta
seorang lelaki kepada wanita dan cinta wanita kepada lelaki adalah
perasaan yang manusiawi yang bersumberkan dari fitrah yang diciptakan
Allah SWT di dalam jiwa manusia , iaitu kecenderungan kepada lawan jenisnya ketika telah mencapai kematangan fikiran dan fizikalnya.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (QS Ar Rum : 21)
Cinta pada
dasarnya adalah bukanlah sesuatu yang kotor, kerana kekotoran dan
kesuciannya bergantung kepada kita. Jika kita mengarah cinta itu kepada
kebaikan, maka terbitlah cinta yang suci dan halal. Jika kita mengarahkan cinta kita berlandaskan hawa nafsu semata – mata, maka terbitlah cinta yang kotor dan haram
Cinta
mengandungi segala makna kasih sayang , keharmonian , penghargaan dan
kerinduan, disamping mengandungi persiapan untuk menempuh kehidupan
dikala suka dan duka, lapang dan sempit.
Cinta bukanlah hanya sebuah tarikan luaran sahaja.Tarikan secara luaran hanyalah permulaan cinta, bukan puncaknya. Dan sudah fitrah manusia untuk menyukai keindahan. Tetapi disamping keindahan bentuk dan rupa harus disertai keindahan keperibadian dengan akhlak yang baik.
Islam adalah agama fitrah. Kerana itulah Islam tidaklah membelenggu perasaan manusia. Islam tidak mengingkari perasaan cinta yang tumbuh pada diri seorang manusia. Akan
tetapi Islam mengajarkan pada manusia untuk menjaga perasaan cinta itu,
dirawat dan dilindungi dari segala kehinaan dan apa saja yang
mengotorinya.
Islam membersihkan dan mengarahkan perasaan cinta. Islam mengajarkan bahawa sebelum dilaksanakan akad nikah, kita harus bersih dari persentuhan dan perkara – perkara lain yang haram.
Jadi, kenapa ada sesetengah dari kita mahu menghalang perasaan cinta?
Cinta itu hendaklah dikawal, Bukan Dihalang. Kerana Cinta adalah Fitrah
dari: http://akuislam.com/blog/renungan/cinta-itu-adalah-fitrah/#ixzz2N8MIKgLP
Sahih Muslim Hadith no. 4803
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?. [info]Akibat Cinta Dihalang
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=266456
Paderi (Pastor) Kristian (Protestant) boleh kahwin, paderi (godfather) kristian (Catholic) tak boleh kahwin.

PHILADELPHIA: Seorang paderi kanan Amerika Syarikat menolak tuduhan menyembunyikan kes paderi mencabul kanak-kanak pada minggu ke-9 perbicaraan mengenai salah laku seksual dalam gereja Roman Katolik negara itu dalam tempoh lebih satu dekad lalu.
Antara
fakta yang menggemparkan ialah Laporan Persidangan Paderi Katolik
Amerika lebih 10,000 tuduhan mengenai pencabulan seks oleh paderi di
negara itu antara 1950 hingga 2002.
William
Lynn mengaku mengarahkan seorang paderi tinggal di pekarangan gereja
bersebelahan sekolah rendah apabila paderi itu dituduh mendera dan
mencabul seorang kanak-kanak lelaki 10 tahun.
Lynn,
61, memberi keterangan mempertahankan diri atas tuduhan melindungi
paderi yang didakwa melakukan penderaan seksual dengan memindahkan
mereka ke gereja lain. Dia berdepan hukuman penjara 28 tahun jika
disabit kesalahan.
Sebagai
setiausaha paderi di bawah Kardinal Anthony Bevilacqua, Lynnn menyelia
paderi di sini selama 12 tahun. Dengan 1.5 juta anggota, Philadelphia
Archdiocese (pentadbir paderi) yang keenam terbesar di Amerika.
Lynn memberi keterangan cara dia menguruskan aduan penderaan pada 1990-an ke atas paderi Edward Avery yang dilucutkan jawatan.
Avery,
yang dijadual dibicarakan bersama Lynn, mengaku bersalah beberapa hari
sebelum perbicaraan bermula dan kini menjalani hukuman penjara lima
tahun atas jenayah seks.
Lynn
memberi keterangan pada 1990-an, seorang pemuda mengadu Avery
mencabulnya 20 tahun sebelum itu di kediaman paderi pada 1970-an.
“Avery
menyentuh dan mencabulnya,” kata Lynn yang memberitahu dia bersemuka
dengan Avery dan apabila tertuduh menafikan tuduhan, Lynn
mencadangkannya dihantar ke hospital Katolik untuk paderi bermasalah.
Selepas
beberapa tahun perkembangan menggalakkan di sana, Lynn mencadangkan
paderi itu bekerja semula tetapi ditolak Bevilacqua, yang mengarahkan
Avery ditempatkan ke sebuah asrama paderi. – Reuters
Sumber : http://www.bharian.com.my

No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih