Wednesday

Quotes Cinta Wallpaper | no 1

Percintaan semakin rapuh apabila lebih banyak keraguan berbanding saling mempercayai tetapi percintaan lebih teguh apabila kami belajar mempercyai walaupun dengan banyak keraguan
Read more ...

Tuesday

Masalah membawa payung?

yang ni meme aku try create sendiri..ok x?



anda kali pertama terfikir idea ni??~
Read more ...

Sunday

Membaca Watak Seseorang dari Tulisan Tangan ?

Dimasa kita menulis sebenarnya tangan kita hanya sebagai alat untuk memegang pena.

Gaya tulisan kita itu berasal dari fikiran bawah sedar kita.Maka boleh dikatakan bahawa tulisan boleh mendedahkan pelbagai perasaan emosi si penulisnya.
 
Tentu sahaja untuk mengetahuinya tidak sembarangan,perlu ada ilmu membaca rahsia di sebalik tulisan tangan atau yang disebut dengan graphology.


Ambil Ballpen anda dan tuliskan sesuatu, yang mana ya kira-kira watak anda? 


Dibawah ini ada menggariskan penjelasannya. 

Tekanan Dari kuat atau ringannya tekanan tulisan seseorang kita dapat mengetahui karakter orang tersebut. Boleh anda perhatikan dengan memperhatikan bekas goresan dibalik kertas.

Tekanan yang kuat: Orang yang tulisannya tebal hingga menimbulkan bekas coretan di sebalik kertas biasanya mereka mempunyai emosi yang tinggi. Terlalu mendalami perasaan mereka sama ada  sedang gembira atau sakit hati. Mereka menyerap segala sesuatu seperti span. 
Biasanya mereka juga mempunyai selera yang tinggi. Tegas dan mempunyai keinginan yang kuat bahkan cenderung memaksa orang lain untuk menuruti kemahuan mereka. Jadi selalunya orang yang mempunyai tekanan tulisan seperti ini biasanya kaku, susah menyesuaikan diri dalam pergaulan.

Tekanan yang ringan: Tulisan yang mempunyai tekanan halus mencerminkan keperibadian yang tenang dan santai. Mereka lebih bertoleransi... sukar mengambil keputusan dan biasanya mudah terpengaruh. 

SaizTulisan besar Orang yang menulis dengan saiz tulisan yang besar biasanya cenderung suka diperhatikan selalu ingin tampil di depan dan ingin kata-katanya didengari. 

Tulisan kecil Orang yang menulis dengan saiz kecil biasanya lebih memperhatikan terperinci Introspektif, cenderung lebih pendiam dan bebas.

Tulisan Condong

Tulisan Condong ke kanan Orang dengan tulisan seperti ini biasanya mempunyai watak yang impulsif emosi aktif, suka bergaul mesra, menyukai cabaran, lebih terbuka (ekstrovert) dan ekspresif. 

Tulisan Condong ke kiri Jenis tulisan seperti ini biasanya penulisnya bersikap menutup diri (introvert). Lebih proektif selalu berfikiran logik dan mencerminkan sifat seseorang yang lebih menarik diri.

Tegak lurus Orang yang mempunyai tulisan tegak lurus mencerminkan seseorang yang boleh mengawal diri dan boleh menahan. WallahuA'lam.


kredit: exelroze

_____________________________________________________

jadi.. tulisan komputer macam mana?    (─‿‿─)'' LOL ..skema?
Read more ...

40 orang cakap seseorang itu bodoh Maka akan jadi bodohlah | Hadith Syiah

Biasa kita dengar kalau 40 orang cakap seseorang tu bodoh,
maka akan jadi bodohlah orang tu.Memang ada ke hadith tentang ni?
atau rekaan orang Melayu semata2?.

Hadith palsu,dari Syiah~

1. Hadis mustajab doa 40 orang adalah dari Syi`ah.

2. Ia didapati dari kitab Syi`ah, antaranya:


ما من رهط أربعين رجلا اجتمعوا فدعوا الله عز وجل في أمر إلا استجاب الله لهم، فإن لم يكونوا أربعين فأربعة يدعون الله عز وجل عشر مرات إلا استجاب الله لهم، فإن لم يكونوا أربعة فواحد يدعو الله أربعين مرة فيستجيب الله العزيز الجبار له.


HADIS SYI`AH
: "Tidaklah dari kumpulan 40 orang lelaki mereka berkumpul lalu berdoa kepada Allah `Azza Wajalla dalam satu perkara melainkan Allah menjawab bagi mereka. Maka jika tidak berlaku (tidak cukup) 40 (orang), maka 4 (orang) berdoa kepada Allah `Azza Wajalla 10 kali melainkan Allah menjawab bagi mereka. Maka jika tidak berlaku 4, maka seorang berdoa kepada Allah 40 kali maka Allah Al-`Aziz Al-Jabbar menjawab baginya" [Al-Kafi, Juzu' 2, Muka 487]
ما اجتمع أربعة رهط قط على أمر واحد فدعوا [الله] إلا تفرقوا عن إجابة.


HADIS SYI`AH
: "Tidaklah berkumpul 4 kumpulan sahaja di atas satu perkara lalu mereka berdoa [kepada Allah] melainkan mereka berpisah untuk jawapan" [Al-Kafi, Juzu' 2, Muka 487]

Sumber:
shiaonlinelibrary.com/%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%AA%D8%A8/1123_%D8%A7%D9%84%D9%83%D8%A7%D9%81%D9%8A-%D8%A7%D9%84%D8%B4%D9%8A%D8%AE-%D8%A7%D9%84%D9%83%D9%84%D9%8A%D9%86%D9%8A-%D8%AC-%D9%A2/%D8%A7%D9%84%D8%B5%D9%81%D8%AD%D8%A9_487


carian anda:cakap 40 kali jadi 
Read more ...

Tuesday

Pertandingan Ratu Cantik di Arab Saudi?



 Maram dinobat ratu cantik Arab Saudi | Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh, tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.

Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga ratu cantik Arab Saudi 2012.

Selamat datang ke acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ , di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau. Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif.

Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’ Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan.

Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.

Ratu yang berasal dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.

Selain etika peserta dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.

Ratu etika perlu menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis. Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?

Al Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang pekerjaan sesuai.

Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta. - Agensi/taotauajer
Read more ...

Sunday

Kejaiban Air Liur Sains& Hadis | Rahsia Sebaliknya


Pernahkah anda terfikir mengapa haiwan seperti kucing menggunakan air liur untuk menjilat-jilat badannya? Dan, kenapa sebahagian orang, apabila baru bangun tidur pada waktu pagi terus makan, tanpa menggosok gigi terlebih dahulu. Perbuatan ini dilihat sebagai pengotor, walhal perkara sebegitu telah lama menjadi budaya orang luar? Saintis Belanda baru-baru ini telah menemui satu jawapan mengenai pekara ini.


Hasil penyelidikan yang dilakukan mereka, didapati rembesan cecair dalam mulut yang dikeluarkan oleh kelenjar air liur itu memang menyimpang banyak komponen luar biasa yang memberi manfaat kepada tubuh manusia. Salah satunya ialah zat yang mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Fakta ini muncul selepas satu eksperimen dijalankan dengan menggunakan sel-sel epitelium yang diambil daripada mulut untuk meneliti sebatian air liur. Sel-sel berkenaan kemudian diletakkan dalam dua bekas berasingan dan selepas itu sedikit koyakkan dibuat pada kedua-dua sel menyebabkan keadaan sel terengang.

Untuk  melihat sebarang tindak balas, pengkaji menambahkan air liur ke dalam satu bekas uji kaji dan satu bekas lagi dimasukkan air biasa. Selepas 16 jam berlalu, sel yang mengandungi air liur menunjukkan reaksi di mana koyakkan tadi hampir tertutup. Manakala sel yang diletakkan di bawah pengaruh air biasa tidak menunjukkan sebarang perubahan.

Kesimpulan uji kaji ini, para peneliti mengatakan bahawa air liur atau " saliva " bukan sekadar cairan dalam mulut yang dianggap menjijikkan, tetapi ia menyimpang banyak kebaikan yang tidak diketahui umum. " Histatin ", protein kecil dalam air ludah misalnya, sebelum ini bahawa " Histatin "  dalam air liur bukan saja mampu mengawal bakteria jahat, tetapi ia membantu proses penyembuhan luka.


 Termaktub dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim dan Aisyah r.a., mengkhabarkan: “Dahulu pada masa Rasulullah,jika ada orang sakit, terluka atau kudis, baginda melakukan seperti ini dengan jarinya 1

*1-Orang Arab biasa menggunakan kata ‘ucapan’ sebagai ungkapan untuk menggambarkan segala bentuk perbuatan .Rujuk An-Nihayah III:285

(Sufyan mencontohkan dengan meletakkan jari telunjuknya di atas tanah lalu mengangkatnya) sambil berkata:

“Dengan nama Allah, tanah negeri kami dengan air ludah sebahagian di antara kami, mudah-mudahan sembuhlah penyakit ini dengan izin Tuhan kami. “ [ Ditakhrij oleh Al-Bukhari,Muslim,An-Nasa’I dan Ahmad]
Maksud hadis tersebut, bahawa Rasulullah s.a.w. mengambil Iudahnya sendiri lalu meletakkan di hujung jari telunjuk, kemudian diletakkan di atas tanah hingga sebahagian tanah itu melekat, baru diusapkan pada luka tersebut. Baginda juga mengucapkan kalimat yang berisi pengambilan berkat menyebut 2nama Allah, menyerahkan urusan kepada-Nya, bertawakkal kepada-Nya hingga dua jenis rawatan itu disatukan dan pengaruhnya menjadi lebih kuat.
*2-Tambahan ini dari Zadul Ma’ad ,hal.125


mohon klik link di bawah untuk penerangan selanjutnya mengenai hadis di atas:  http://hantuwriter.blogspot.com/2012/10/bimbingan-rasulullah-meruqyah-luka-atau.html
                
 
Penemuan ini turut diakui oleh pensyarah Biologi di Jabatan Sains Biokimia, Fakulti Peubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia ( UPM ), Dr. Huzwah Khazaai. Beliau berkata, amalan menggunakan air liur dalam perubatan sebenarnya telah lama dilakukan sejak zaman dahulu lagi. Misalnya, mengapa orang yang mengalami luka akibat terhiris jari ataupun tertusuk jarum memasukkan jari ke dalam mulut? Daripada sudut saintifik, perbuatan ini ada alasannya.

Dalam konteks penyembuhan luka, ujar dr.Huzwah, air liur memang tidak dapat dinafikan mengandungi banyak pelindung alamiah yang bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antivirus.. " Histatin " iaitu protein kecil dalam cairan mulut, antaranya tidak hanya bertindak sebagai antifungus, tetapi pada masa yang sama, ia turut berperanan sebagai antibakteria.

Selain itu, ' lisozim ' yang terdapat dalam air liur terut berperanan memecahkan atau menghancurkan dinding sel bakteria menyebabkan bakteria mati dalam mulut. Dan satu pekara yang mungkin tidak ramai tahu bahawa dalam cairan liur juga sebenarnya mengandungi imunoglobulin yang bertindak sebagai antibodi.

Berdasarkan penelitian yang pernah dilakukan di Jepun pada tahun 2001 mendapati, air liur mengandungi 40 hungga 50 protein. Setiap proyein tersebut mempunyai fungsi yang berbeza dan mempunyai kemampuan untuk membunuh atau mencegah pertumbuhan bakteria.

Di sinilah, jelas Dr.Huzwah, air liur bekerja sebagai pelindung alamiah, seterusnya terlibat dalam pengubatan. Ia menjadi jawapan kenapa luka pada gusi gigi yang baru dicabut cepat pulih berbanding luka di bahagian anggota tubuh lain. Daya pertahanan dalam mulut ini bagaimanapun tidak ketahui sejauh mana kekuatannya. Pun begitu, semua komposisi inilah yang bergabung dan bekerja dalam proses penyembuhan.

Di samping itu, kajian dari Belanda ini turut memberikan kita pemahaman mengapa sesetengah haiwan menjilat luka di tubuh keraana inilah saja cara 'mereka' mengubati kecederaan ini secara alamiah. Laporan ini telah disiarkan dalam THE JOURNAL OF FEDERATION OF AMERICAN SOCIETIES FOR EXPERIMENTAL BIOLOGI (FASEB).


سبحان الله !! rasulullah seorang yang hebat~


Read more ...

Bimbingan Rasulullah Meruqyah Luka atau Kudis

Termaktub dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim dan Aisyah r.a., mengkhabarkan: “Dahulu pada masa Rasulullah,jika ada orang sakit, terluka atau kudis, baginda melakukan seperti ini dengan jarinya 1

*1-Orang Arab biasa menggunakan kata ‘ucapan’ sebagai ungkapan untuk menggambarkan segala bentuk perbuatan .Rujuk An-Nihayah III:285

(Sufyan mencontohkan dengan meletakkan jari telunjuknya di atas tanah lalu mengangkatnya) sambil berkata:

“Dengan nama Allah, tanah negeri kami dengan air ludah sebahagian di antara kami, mudah-mudahan sembuhlahpenyakit ini dengan izin Tuhan kami. “ [ Ditakhrij oleh Al-Bukhari,Muslim,An-Nasa’I dan Ahmad]

ini termasuk bentuk rawatan yang mudah dan ringkas namun amat berkhasiat dan pebagai guna. Cara ini termasuk rawatan yang bersifat lembut, untuk mengubat bermacam-macam luka dan kudis yang masih segar, terutama sekali jika tidak ada ramuan ubat lain, sebab bahan-bahannya boleh diperolehi di seluruh negeri.

Sebagaimana telah dimaklumkan sifat tanah yang murni adalah sejuk dan kering, boleh berfungsi mengeringkan luka atau kudis hingga boleb mencegah agar tidak membesar dan tidak mengeluarkan nanah, terutama sekali di negeri-negeri panas. Mereka yang mempunyai penghadaman panas biasanya jika terkena luka atau kudis, selalunya luka atau kudis,selalunya luka atau kidis itu akan mengikuti penghadaman mereka yang tidak baik dan panas.maka berlakulah komplikasi antara penghadaman yang panas dengan negeri yang panas dan juga luka yang panas, bertemu dengan tanah murni yang sejuk dan kering, lebih sejuk dari bentuk ramuan ubat tunggal yang berunsur sejuk.

Tanah yang sejuk itu boleh merawat dan mengubat penyakit yang panas, terutama sekali jika tanah itu sudah dicuci dan bersifat kering. Kudis biasanya mempunyai kelembapan yang tidak sihat dan cairan putih. Semua itu boleh dikeringkan dengan tanah, kerana strukturya yang memang kering dan kasar hingga mengatasi kelembapan yang tidak baik yang sering menghalang kesembuhan luka.

Dengan cara itu, organ tubuh yang sakit boleh distabilkan. Jika sudah stabil, stamina tubuhnya juga akan meningkat hingga penyakitnya lenyap, dengan izin Allah.

Maksud hadis tersebut, bahawa Rasulullah s.a.w. mengambil Iudahnya sendiri lalu meletakkan di hujung jari telunjuk, kemudian diletakkan di atas tanah hingga sebahagian tanah itu melekat, baru diusapkan pada luka tersebut. Baginda juga mengucapkan kalimat yang berisi pengambilan berkat menyebut 2nama Allah, menyerahkan urusan kepada-Nya, bertawakkal kepada-Nya hingga dua jenis rawatan itu disatukan dan pengaruhnya menjadi lebih kuat.
*2-Tambahan ini dari Zadul Ma’ad ,hal.125

Sekarang apa pula maksud Nabi dengan “...tanah negeri kami,” adakah Ia tanah di setiap penjuru bumi, atau hanya tanah Madinah sahaja? Ada dua pendapat dalam hal ini. Tidak diragukan lagi bahawa tanah itu mempunyai khasiat yang tidak dimiliki banyak ubat lain, berguna mengubat pelbagai penyakit kronik.

Galenius berkata: “Di Iskandariah aku pernah melihat ramai orang yang terkena penyakit luka hati (lever) dan busung. Mereka menggunakan tanah lempung Mesir untuk dilumuri di betis, paha, lengan, punggung dan rusuk mereka. Ternyata khasiatnya amat mujarab sekali.” Ia melanjutkan: “Melalui proses yang sama, kerim seperti ini boleh juga digunakan untuk mengubat bengkak,radang kerongkong dan penyakit biri-biri. “Saya sendiri mengetahui ada segolongan orang yang badan mereka diserang semacam biri-biri kerana banyak mengeluarkan darah dari dubur,ternyata boleh diubati dengan tanah ini secara ajaib.Ada lagi sekelompok orang yang mengalami busung lapar kerana lapar berpanjangan hingga banyak organ tubuhnya yang diserang penyakit secara hebat, ternyata juga boleh sembuh melalui rawatan ini dan hilang penyakitnya sama sekali.”

Penulis buku Al-Masih berkata: “Tenaga tanah yang datang dan daerah Kunus, termasuk kepulauan Mushthaki, adalah tenaga pembersih dan pengeruk, boleh merangsang tumbuhnya daging pada luka serta mengeringkan kudis.”

Jika benar begitu khasiat tanah-tanah tersebut, bagaimana pula dengan tanah paling elok di muka bumi, tanah yang paling penuh dengan berkat, tanah yang pernah disentuh oleh air liur Rasulullah, ditambah dengan menyebut nama Tuhannya serta menyerahkan urusan hanya kepada-Nya.

Sebelum ini telah dijelaskan bahawa tenaga ruqyah dan pengaruhya bergantung pada tenaga orang yang meruqyah serta tindak balas dan pihak yang diruqyah terhadap ruqyah tersebut. Realiti ini tidak dinafikan oleh pakar perubatan manapun, selagi Ia adalah muslim yang berakal. Jika salah satu dan kriteria tersebut hilang, entah apa yang boleh dikatakan lagi. 

Rujukan kitab At-Tibb an-Nabawiy : Ibnu Qayyim Al-Jauziah



Read more ...

Saturday

al-Kindi Memecahkan Kod | Islam Abad Pertengahan

Berabad-abad sebelum Dan Brown dikenali di seluruh dunia dengan novel laku keras kodnya, seperti The Da Vinci Code dan Digital Fortress, ilmuwan muslim al-Kindi telah menggegarkan dunia dengan mengadakan cryptanalysis atau memecahkan kod secara sistematik buat pertama kalinya dalam sejarah.Beliau juga yang mempelopori munculnya bidang ilmu tentang kod pesanan atau kriptologi. Alkisah, pada masa lampau, ketika kerajaan-kerajaan kuno masih sering berseteru dan sering berperang, kod memiliki peranan penting untuk menyampaikan pesanan rahsia agar tidak diketahui oleh pihak musuh, Keberkesanan steganography atau tulisan dengan kod bergantung pada tahap kerumitan dalam menyembunyikan pesanan selain juga kecerdasan pihak musuh dan ketepatan mereka dalam mencari atau menyiasat media penghantar pesanan.

Kod rahsia pertama kali diketahui digunakan pada lebih kurang abad ke-5 SM oleh seorang penduduk Yunani bernama Demaratus. Dia ditugaskan untuk mengintip kegiatan militari Raja Xerxes I dan Persia yang hendak menyerang Yunani dan meluaskan wilayah Persia sehingga ke Sparta dan Yunani. Demaratus kemudian mengirimkan pesanan rahsia dengan menuliskan pesanan tersebut di sebalik kayu yang dilapisi dengan lilin dan ditutup dengan lapisan lilin lagi sehingga lembaran tersebut kelihatan kosong. Pendek kata, pesanan penting tersebut lolos dan pemerhatian para penjaga Persia dan akhirnya pasukan Yunani berjaya mengundurkan dan mengalahkan pasukan Persia. Tentu sahaja, setelah mereka membaca pesanan rahsia Demaratus.

Perkembangan pesanan berkod mencapai babak baru pada masa kekhalifahan Dinasti Abbasiyah di Baghdad pada lebih kurang abad ke-9 M. Abu Yusuf Ya’qub bin Ishaq al-Kindi yang buat pertama kali mengadakan kajian khas mengenai kriptologi. Ilmuwan serba boleh ini yang lahir di Kufah pada tahun 800 M ini memiliki pengetahuan luas dalam bidang linguistik, matematik dan statistik, tiga bidang ilmu yang berperanan besar dalam usahanya “mengilmiahkan” kriptologi. Dalam risalahnya yang berjudul “A Manuscript on Deciphering Cryptographic Messages” atau “Satu Risalah Mengenai Menafsirkan Pesanan Berkod,”
 The first page of al-Kindi's manuscript "On Deciphering Cryptographic Messages", containing the oldest known description of cryptanalysis by frequency analysis.

al-Kindi dengan mudah menghuraikan langkah-langkah kriptoanalisis seperti berikut:
 “Satu cara untuk memecahkan pesanan rahsia adalah dengan mengetahui bahasanya, laitu dengan menemui satu teks biasa yang berbeza di dalam bahasa yang sama, yang cukup panjang sehingga dapat memenuhi satu halaman, kemudian kita jumlahkan setiap hurufnya. Kita dahulukan huruf yang ‘pertama’ paling sering muncul, kemudian yang ‘kedua’ yang paling sering muncul lalu yang ‘ketiga’ yang paling sering muncul dan seterusnya sehingga kita memperolehi jumlah semua huruf pada teks tersebut. Kemudian, kita amati teks dengan kod yang telah ditafsirkan dan kita kumpulkan simbol-simbolnya. Maka, akan kelihatan simbol yang paling sering muncul, akan dapat diubah ke dalam bentuk huruf’pertama’ dan contoh teks. Seterusnya, simbol yang paling biasa diubah ke dalam bentuk huruf ‘kedua’ dan seterusnya sehingga kita perolehi jumlah dan semua simbol pada teks berkod tersebut.”

Teknik memecahkan kod penemuan al-Kindi yang dikenali sebagai frequency analysis (analisis frekuensi atau menganalisis berdasarkan kekerapan sesuatu huruf digunakan dalam pesanan rahsia) tersebut memang hanya memasukkan pengiraan peratusan huruf dalam bahasa tertentu dalam teks yang biasa. Kiraan peratusan huruf yang terdapat pada kod lalu menggantikan simbol pada huruf yang mempunyai peratusan kemunculan yang sama. Seiring dengan semakin majunya zaman, peralatan menyalin kod dan kod yang perlu ditafsirkan juga semakin rumit sehingga peralatan rnemecahkan kod pun perlu sentiasa diperbaharui dan dipertingkatkan. Bagaimanapun atas jasa al-Kindi , ilmu kriptologi dapat berkembang sedemikian pesat seperti pada saat ini. Beliaulah tokoh yang pertama kali rnenggunakan pesanan berkod dengan ‘cerdas’ dan sistematik setelah sebelumnya orang masih menyorokkan pesanan atau lebih tepatnya menyembunyikan pesanan secara ‘fizikal’
.


Read more ...

Thursday

Bekas Mafia Jepun Shaykh Abdullah Takazawa

Di Jepun terdapat seorang lelaki yang dikenali sebagai Shaykh Abdullah Takazawa. Lelaki ini sebenarnya merupakan seorang Imam dan dikatakan merupakan bekas Mafia Jepun.

Maka beruntunglah kepada sesiapa yang menerima hidayah Allah. Menerima hidayah Allah merupakan salah satu nikmat yang tidak terhingga diberikan kepada hambaNya. Samalah juga seperti kita yang beragama Islam, dilahirkan sebagai Islam merupakan nikmat yang paling besar. Di Jepun terdapat individu yang dikenali sebagai Shaykh Abdullah Takazawa. Benarkah beliau ini merupakan bekas mafia?


Sebelum ini dikatakan merupakan seorang artis tatu untuk Yakuza (Mafia Jepun), tetapi apabila Allah memberkati dia dengan Islam melalui dakwah saudara asing, beliau mengembara ke Arab untuk membuat Haji. Kemudian beliau telah ditawarkan biasiswa untuk menimba ilmu di sana, di mana beliau tinggal selama beberapa tahun. Dia datang kembali untuk menjadi seorang Imam di Tokyo.
Populasi di Jepun: 127,000,000
Anggaran masyarakat Jepun Muslim: 10,000
Anggaran masyarakat Jepun yang memeluk Islam (bukan untuk tujuan perkahwinan): 2 ke 300
Jumlah imam Jepun di Jepun: 5
Jumlah imam Jepun di Tokyo: 1
Melayukini.net
Read more ...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...