Ternyata sekarang ini musim
panas dan ramai di antara kita
gemar tidur dengan menghadap
kipas angin yang dihidupkan.
Namun perkara itu sebenarnya
mengundang bahaya kepada diri
sendiri. Sebagai contoh cubalah
bernafas di dalam kereta yang
sedang bergerak laju dengan
tingkap terbuka. Anda mungkin
akan sukar bernafas kerana
cepatnya aliran angin.
Angin kencang dari kipas angin
diarahkan ke muka kita pun
akan menyebabkan fenomena
yang sama.
Kerana aliran udara
ini sangat kencang, kita tak
boleh menghirup oksigen yang
kita perlukan sehingga akan
timbul gejala sukar bernafas.
Lebih parah lagi kalau kita tidur
menggunakan kipas angin yang
arah anginnya menghadap ke
wajah kita di dalam bilik yang
semua tingkapnya tertutup,
kerana suhu tubuh kita akan
menurun.
Pada dasarnya, waktu tidur suhu
tubuh kita akan menurun
perlahan-lahan. Angin dari kipas
angin akan membuat suhu
tubuh kita semakin turun, nafas
dan denyut jantung kita akan
menurun perlahan-lahan. Jadi,
angin dari kipas angin akan
membuat suhu tubuh kita
semakin turun, nafas dan denyut
jantung kita menjadi lambat,
serta tekanan darah kita pun
menurun.
Fenomena ini sama
seperti ketika kita masuk ke air
sejuk untuk tempoh yang lama,
yang boleh menyebabkan
jantung kita tidak boleh bekerja
dan fungsi pernafasan kita
lemah, dan akhirnya boleh
menyebabkan kematian.
Dengan kata lain, kalau kita tidur
di dalam bilik yang semua
tingkapnya tertutup dengan
kipas angin terbuka, lalu kipas
anginnya menghadap tepat ke
wajah kita, boleh mengakibatkan
kematian kerana hal itu
membuat kita sukar bernafas,
kekurangan oksigen, serta
membuat suhu tubuh kita
menurun.
http://crewfathi.blogspot.com/2012/07/bahaya-jika-tidur-menghadap-kipas-angin.html

No comments:
Post a Comment
ヅ komen anda amat dialu-alukan
๏̯͡๏ tak puas hati sila komen
(>‿♥) jika terdapat kesalahan,sila tegur
''◠‿◠)Sekian,terima kasih